1-Fiqh al-Manhaji(Kiab Feqah Mazhab Syafie) oleh
Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali asy-Syarbaji.
Nafkah kepada furu’ tidak menjadi hutang kepada
pemberi nafkah apabila tidak diberikan pada waktunya. Ini kerana nafkah adalah
pertolongan daripada usul kepada furu’. Oleh itu ia bukanlah pemilikan
terhadap hak tertentu, tetapi ditetapkan kerana hubungan kekeluargan.
Maksudnya, furu’ mendapatkan keperluannya
melalui nafkah. Jika keperluan tersebut tidak diperlukan lagi dan penerima
tidak mahu ditunaikan kerana ingin menjaga kehormatan diri, lupa atau
sebagainya sedangkan usul mampu melaksanakannya, adalah tidak lojik
tanggungjawab tersebut menjadikan bapa berhubung kepada anaknya disebabkan
keperluan yang anaknya sendiri tidak meminta ditunaikan kerana menjaga
kehormatan diri, tidak mengambil berat atau luput sehingga luput waktunya dan
ia tidak diperlukan lagi.
Ini
adalah hukum asal yang digunapakai ketika hubungan di antara anak dan ayah
berlaku seperti biasa.
Tetapi ketika berlaku perselisihan, qadi perlu
masuk campur untuk menyelesaikannya. Qadi hendaklah menetapkan nafkah tertentu
yang mesti diberikan oleh bapa, atau memberi izin kepada anak untuk berhutang
dengan kadar tertentu atau kadar yang diperlukannya menggunakan nama
bapanya(maksudnya, bapanya yang menanggung hutang tersebut).
Oleh itu, nafkah tersebut menjadikan bapa
berhutang apabila tidak ditunaikan pada waktunya. Nafkah tersebut tidak
digugurkan dengan luputnya masa kerana ia telah menjadi hak milik anak disebabkan
hukuman yang dijatuhkan oleh qadi. Sekalipun sebelum itu ia hanya dianggap
sebagai pertolongan dan bantuan.