Saturday, 24 November 2018

Membina Istana di Syurga: Antara amalan-amalan yang diganjari dengan rumah di Syurga.


Terdapat beberapa amalan yang membolehkan seseorang itu mendapatkan rumah di dalam syurga. Diantaranya:

1- Mengerjakan solar sunat Rawatib.

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

Dari Ummu Habibah dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Barangsiapa mengerjakan solat sunnah dua belas raka'at dalam sehari, maka akan di bangunkan baginya rumah di syurga." HR Abu Daud, 1059.

َ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ

Dari Ummu Habibah ia berkata; "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunnah dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah isya` dan dua rakaat sebelum subuh." Abu Isa berkata; "Hadith Anbasah dari Ummu Habibah dalam bab ini derajatnya hasan sahih, dan hadith ini juga telah diriwayatkan dari Anbasah dengan jalur lain." HR Tirmizi, 380

Begitulah hebatnya nilai cinta yang ada dalam jiwa para penagih janji Allah, alangkah jujurnya pengakuan cinta yang mereka lafazkan. Betapa benarnya iman mereka kepada Allah dan Rasul. Sebaik saja mereka mendengar jaminan Allah yang akan pengurnian sebuah rumah di syurga, sejak itu mereka memperjuangkan 12 rakaat ini dalam kehidupan mereka.

2- Meninggalkan perbalahan, berdusta dan melazimi diri dengan akhlak yang mulia.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik." HR Abu Daud, 4167.

3- Memenuhkan saf yang kosong.

عَنْ عَائِشَةَ ، َ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ سَدَّ فُرْجَةً فِي صَفٍّ رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً,  وْ بَنَى لَهُ  بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ " . 

Dari Aisyah,""Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang memenuhkan ruang kosong dalam saf(berjamaah), Allah akan mengangkat untuknya satu darjat dan Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. HR al-Tabrani, 5959, Hasan lighairihi.

Perbuatan meluruskan dan memenuhkan saf merupakan perbuatan yang dituntut sebelum seseorang itu mendirikan solat. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan akan kelebihan perbuatan tersebut. Selain itu, perbuatan ini termasuk di dalam perkara yang sunat dilakukan sebelum solat.
Di samping itu juga, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam  sentiasa memastikan saf para sahabat ra yang solat bersama Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam berada dalam keadaan yang sempurna sebelum solat jemaah itu didirikan. Untuk itu, meluruskan saf ini adalah satu perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para imam. Antara hadith yang menceritakan akan kepentingan meluruskan saf adalah:

Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam  bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ

“Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam mendirikan solat.” HR al-Bukhari,723.

Daripada Ibn Umar ra, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

“Barangsiapa yang menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” HR Abu Daud,666 dan Ahmad,5724.

Maksud hadith:
Adapun yang dimaksudkan dengan Allah menyambungnya adalah Allah Subhanahuwata'ala akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. Barangsiapa yang memotong saf pula bermaksud sesiapa yang tidak datang ke saf tersebut dan tidak memenuhi ruang yang kosong itu atau meletakkan sesuatu benda yang menghalang (daripada dirapatkan saf). Selain itu juga, Allah akan memotongnya bermaksud terputus daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]

Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ، مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat.” HR Muslim,433.

Dalam permasaalahan memenuhkan saf yang kosong:

Dalam isu memenuhkan saf yang kosong, terbahagi kepada dua keadaan:

Pertama: Keadaan Saf Masih Belum Penuh

Sekiranya saf masih belum penuh disebabkan bilangan jemaah yang sedikit maka kedudukan saf adalah seperti berikut:

Imam berada di tengah-tengah saf solat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‏ وَسِّطُوا الإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ

"Jadikanlah kedudukan imam berada di tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong". HR Abu Daud,681.

Manakala makmum pula hendaklah mengisi kedudukan di bahagian belakang imam kanan dan kiri, dan lebih diutamakan untuk dipenuhkan bahagian kanan saf. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.aha bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan. HR Abu Daud,676.

"Pada hadis ini menunjukkan istihbab(tuntutan) untuk berada di bahagian kanan saf yang pertama dan saf-saf yang selepasnya’’. Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud, Syams Al-Haq Al Azhim Abaadi (2/281).

Ini menunjukkan bahawa kedudukan makmum di belakang imam hendaklah diutamakan bahagian kanan saf terlebih dahulu dan hukumnya adalah sunat.

Kedua: Keadaan Saf Telah Penuh

Manakala apabila keadaan saf telah penuh, dan ada kekosongan disebabkan terdapatnya jemaah yang mufaraqah (berpisah) dari solat sama ada disebabkan keuzuran atau sebagainya, maka  dalam hal sebegini, kekosongan saf tersebut perlulah diisi dan bukannya dibiarkan kosong. Ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

وَسُدُّوا الْخَلَلَ

"Dan tutuplah ruang-ruang kosong".
HR Abu Daud,681

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar ra bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

"Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya".
HR Abu Daud,666.

Hadith di atas ini melarang dari saf dibiarkan dalam keadaan kosong tanpa diisi. Kelebihan buat mereka yang menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong adalah dia akan disambungkan dengan rahmat Allah. Manakala keburukan bagi mereka yang tidak merapatkan saf adalah terputusnya dia dari rahmat dan ‘inayah Allah Sunhanahuwata'ala.

Manakala dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ

"Luruskanlah saf-saf kamu, sesungguhnya lurusnya saf merupakan antara tanda kesempurnaan solat.
HR Bukhari,723.

Hadith di atas ini merupakan suatu tuntutan untuk meluruskan saf di dalam solat. Bahkan ia merupakan antara tanda lengkap dan tepatnya solat yang sedang didirikan. Bahkan diberikan perumpamaan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam meluruskan saf para sahabat seperti diluruskan anak-anak panah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir ra beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُسَوِّي صُفُوفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ

"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah meluruskan saf-saf kami seakan-akan baginda meluruskan anak-anak panah. HR Muslim,436.

Hadith ini memberi petunjuk kepada kita bahawa disamakan kelurusan saf dalam solat seperti lurusnya anak-anak panah.

4- Membaca zikir masuk ke Pasar.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا أَزْهَرُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ وَاسِعٍ قَالَ قَدِمْتُ مَكَّةَ فَلَقِيَنِي أَخِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ فَحَدَّثَنِي عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَقَدْ رَوَاهُ عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ وَهُوَ قَهْرَمَانُ آلِ الزُّبَيْرِ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ هَذَا الْحَدِيثَ نَحْوَهُ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani' telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah mengabarkan kepada kami Azhar bin Sinan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Wasi'? ia berkata; aku datang ke Mekkah kemudian bertemu dengan saudaraku iaitu Salim bin Abdullah bin Umar kemudian ia menceritakan kepadaku dari ayahnya dari datuknya bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barang siapa yang memasuki pasar kemudian mengucapkan;  (maksudnya; tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, dan mematikan, Dia tidak mati, di tanganNya segala kebaikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu) maka Allah mencatat baginya satu juta kebaikan, dan menghapus darinya satu juta kesalahan, serta mengangkat untuknya satu juga derajat." Abu Isa berkata; hadith ini adalah hadith gharib. 'Amru bin Dinar yang merupakan wakil keluarga Az Zubair telah meriwayatkan dari Salim bin Abdullah hadith ini seperti hadith itu. HR Tirmizi,3350. Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, no 1930 dari Umar al-Khatab ra. Menurut al-Hakim hadith ini sahih mengikut syarat Sahih al-Bukhari dan Muslim. Diriwayatkan juga oleh Ibn Majah, no 2226.

Walaupun begitu berlaku khilaf ulama hadith dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka mengatakan daif(lemah) dan sebahagian mereka mengatakan sahih.

Namun al-Syaukani berkata dalam kitabnya Tuhfah adz-Dzakirin, "Paling kurang darjat hadith ini hasan (baik), sekalipun terdapat beberapa pihak mempertikaikannya. Rujuk: Tuhfah al-Ahwazi syarh sunan al-Tirmizi oleh al-Mubarakfuri,8/324.

Perawi hadith berkata (iaitu Muhammad bin Wasi'), "Aku pergi ke Khurasan dan menemui Khutaibah bin Muslim. Aku memberitahunya aku ada membawa hadiah untuknya. Lalu aku pun membacakan hadith ini kepadanya. Sejurus mendengar hadith ini beliau pun menaiki kenderaannya dan terus betangkat ke pasar. Di pintu pasar beliau pun membaca zikir tersebut kemudian beredar. Al-Mustadrak 'ala Shahihain oleh al-Hakim, 5/28.


No comments:

Post a Comment