Sunday, 11 November 2018

Kemulian bagi orang yang membersihkan Masjid. Dan keharusan solat jenazah di kubur.

Kemulian bagi orang yang membersihkan Masjid. Dan keharusan solat jenazah di kubur.

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوْ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Rafi' dari Abu Hurairah, "Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang menjadi tukang sapu Masjid meninggal dunia. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya tentang keberadaan orang tersebut. Orang-orang pun menjawab, "Dia telah meninggal!" Beliaupun bersabda: "Kenapa kalian tidak memberi kabar kepadaku? Tunjukkanlah kuburannya padaku!" beliau kemudian mendatangi kuburan orang itu kemudian mensolatinya." HR Bukharj, 438

Syak wasangka telah berlaku kepada perawi samaada orang itu kelaki atau perempuan. Pendapat yang kuat ia seorang perempuan kerana terdapat dalam riwayat lain yang mengatakan ia adalah seorang perempuan, dan dikatakan nama beliau ialah Ummu Mihjan. Beliau seorang wanita tua berkulit hitam dan miskin,namun kaya jiwa dan amalan. Ia menggalas tugas mulia itu hingga ke akhir hayatnya. Sehingga kehilangan Ummu Mihjan disedari oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Ummu Mhjan meninggal dunia ketika hari sudah larut malam. Para sahabat kemudian membawa jenazahnya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, namun pada waktu itu para sahabat mendapati Baginda sudah tidur. Para sahabat tidak mahu menggangu tidur Rasulullah. Akhirnya, mereka menyembahyangkan dan memakamkan jenazah Ummu Mihjan di pemakaman Baqi' tanpa disedari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila Nabi menyedari dan tidak melihat Ummu Mihjan, maka Nabi bertanya tentangnya. Setelah diberitahu tentang kematiannya, maka Nabi pergi ke kuburnya dan menyembahyangkannya, bahkan dalam riwayat Muslim Nabi bersabda,

 إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ

....."Sesungguhnya pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi penghuninya, dan sesungguhnya Allah 'azza wajalla meneranginya dengan solatku kepada mereka."  HR Ahmad, 8676.Muslim,1588

Hadith ini juga menunjukkan boleh solat jenazah di kubur. Walaupun begitu,,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak menerimanya. Mereka mengatakan perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi sahaja. Namun demikian, Imam Syafi'i dan Imam Bukhari menerima keharusan mengerjakan solat jenazah di kubur sekiranya tidak berkesempatan menyembahyangkan jenazah tersebut di rumah.

Hadith di atas membayangkan begitu banyak pahala untuk mereka yang membersihkan masjid. Kalau kita tidak berupaya atau tidak ada masa untuk membersihkan masjid, maka kita boleh juga mendapat ganjarannya dengan mendermakan alat pembersihan kepada masjid. Contohnya, dengan membeli vakum, bahan pencuci; penyapu dan sebagainya.

Hadith ini juga menggambarkan betapa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam amat menghargai apa yang dilakukan oleh wanita tersebut. Oleh sebab itu, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menyedari apabila dia sudah lama tiada di masjid. Walaupun mungkin dia seorang hamba, tetapi sama sahaja kedudukannya pada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Sebenarnya, Nabi tidak mahu pekerjaan membersihkan masjid dipandang remeh sehingga Baginda sendiri pergi mensolatkan jenazahnya walaupun telah dikebumikan.

Jika diperhatikan teks hadith tadi, kita mendapati ia cuma menyebut tentang pekerjaan "menyapu" sahaja. Tetapi Iman Bukhari meletakkan hadith tersebut dalam tajuk memungut sampah dan sebagainya. Daripafa sumber mana Imam al-Bukhari mengambil maklumat ini? Sebenarnya beliau ingin memberitahu bahawa menjaga kebersihan itu bukan sahaja dengan menyapu akan tetapi beliau menggunakan kias dalam perkara ini. Hal ini bermaksud selain menyapu, apa-apa sahaja amalan di masjid dengan tujuan membersihkan masjid juga boleh dilakukan oleh kita.

Selain itu, masjid juga tempat berhimpun para malaikat. Oleh itu, kita perlu memastikan masjid dalam keadaan sentiasa bersih kerana para malaikat sensitif dengan kekotoran dan bau yang busuk. Sesungguhnya, Islam menggalakkan kita menjaga kebersihan dan masjid ialah tempat yang paling mulia. Justeru itu, kehilangan Ummu Mihjan amat sangat dirasai oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment