Thursday, 29 November 2018

Memakmurkan( عمارة ) rumah Allah (Masjid)


Apabila seorang hamba tenggelam dalam rasa terimakasih dan syukurnya, maka di rumah Allah tempat dia melepaskan kerinduan dan sebagai bukti tanda kasihnya dan sekali gus menjadi kayu ukur sejauh mana tahap keimanannya kepada Allah.

Adapun kata "memakmurkan" berasal daripada kalimah Arab iaitu ( عمارة ) dan memiliki banyak maksud antaranya: Menghuni (mendiami), menetapi, menyembah, mengabdi (berbakti), membangunkan(mendirikan), mengisi, memperbaiki, mencukupi,menghidupkan,menghormati dan memelihara.

Dengan demikian,"memakmurkan masjid" bermaksud membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkanya dengan berbagai ibadah (terutama solat fardu berjamaah), majlis ilmu dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala, merancang dan berbincang untuk kebaikan umat Islam, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya daripada kotoran-kotoran dan sampah serta menghulurkan bantuan keewangan untuk aktiviti masjid.

Perlu ditegaskan di sini bahawa memakmurkan masjid bukan sekadar membangunkan prasarananya dan menghiasinya semata-mata, bahkan yang kebih jauh lebih dituntut ialah memakmurkannya dengan Ibadah dan ketaatan. Sabda Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak akan datang hingga manusia berbangga-bangga dengan masjid."
HR Ibn Majah 731.

Kesimpulannya, maksud mengimarahkan masjid menurut tafsiran ulama mengandungi dua maksud:

1) Membina, memelihara, membersihkannya, mengharumkannya, memperbaikinya dan meluaskannya sekiranya ada keperluan;

Sebagaimana besarnya ganjaran membina masjid, maka menjaga kebersihannya juga amat digalakkan. Justeru supaya kelihatan selesa untuk melakukan aktiviti ibadah di dalamnya dan cantik dipandang mata.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

َ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. HR Muslim,131.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَخْرَجَ أَذًى مِنْ الْمَسْجِدِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengeluarkan kotoran dari dalam masjid, maka Allah akan membuatkan baginya rumah di syurga." HR Ibn Majah, 749

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

ِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِالْمَسَاجِدِ أَنْ تُبْنَى فِي الدُّورِ وَأَنْ تُطَهَّرَ وَتُطَيَّبَ

Dari Aisyah berkata; "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan agar masjid dibina di perkampungan, dibersihkan dan diwangikan." HR Ibn Majah.

2) Berulang-alik ke masjid untuk tujuan solat berjamaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan lain seperti menghadiri majlis ilmu, kursus, i'tikaf dan lain-lain;

Inilah bentuk pengimarahan masjid yang paling bernilai. Lantaran kerana tujuan inilah masjid dibina. Masjid bukan sekadar untuk tempat ibadah, bahkan ia pusat pentadbiran pada zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Terlalu banyak untuk disenaraikan,ringkasnya masjid ialah tempat tumpuan umat Islam.

Jika manusia selalu didatangi tentu dia merasa bosan, akan tetapi bagi Allah sebaliknya pula. Allah akan semakin sayang dan melimpahkan rahmat kepada para pengunjung-Nya. Jangan kita biarkan masjid-masjid di sekitar kita megah dengan bangunannya namun sepi daripada solat berjamaah,majlis ilmu, alunan bacaan al-Quran dan lantunan zikrullah.

Bagi pemakmur-pemakmur rumah Allah, mereka dijanjikan dengan keutamaan yang tersendiri diantaranya:

a- Pemakmur masjid digolongkan dalam kalangan mereka yang mendapat petunjuk.

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Al-Taubah,18.

b- Pemakmur Masjid disaksikan dengan memiliki keimanan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى
{ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ }
الْآيَةَ

Dari Abu Sa'id dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Jika engkau melihat seorang laki-laki selalu mendatangi masjid, maka bersaksilah bahwa ia seorang yang beriman, Allah Ta'ala berfirman; '(Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah...) " HR Ibn Majah, 802. Dhaif

Berdalilkan penerangan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas dengan mengaitkan firman Allah tersebut telah menguatkan lagi bahawa "
Pemakmur Masjid disaksikan dengan memiliki keimanan".

c- Pemakmur masjid dijamin Syurga daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ خَرَجَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلَامٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Dari Abu Umamah Al Bahili, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau berkata: "Tiga golongan, seluruhnya mendapat jaminan dari Allah 'azza wajalla, yaitu: orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah, maka ia mendapat jaminan dari Allah hingga Allah mematikannya dan memasukkannya ke dalam Syurga, atau memberikan kepadanya apa yang ia peroleh berupa pahala atau rampasan perang. Dan seorang laki-laki yang pergi ke masjid, maka ia mendapat jaminan dari Allah hingga Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam surga atau memberikan kepadanya apa yang ia peroleh berupa pahala dan ghanimah, serta seorang laki-laki yang memasuki rumahnya dengan mengucapkan salam maka ia mendapat jaminan dari Allah 'azza wajalla." HR Abu Daud,2494. Sahih

Antara yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah bahawa orang yang akan pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah,dia dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

d- Pemakmur masjid mendapat tempat di hati Rasulullah.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوْ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

Dari Abu Hurairah, "Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang menjadi tukang sapu Masjid meninggal dunia. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya tentang keberadaan orang tersebut. Orang-orang pun menjawab, "Dia telah meninggal!" Beliaupun bersabda: "Kenapa kalian tidak memberi kabar kepadaku? Tunjukkanlah kuburannya padaku!" beliau kemudian mendatangi kuburan orang itu kemudian mensolatinya." HR Bukhari,438.

Pendapat yang kuat ialah ia seorang perempuan kerana terdapat dalam riwayat lain yang mengatakan ia seorang perempuan, dan dikatakan nama beliau ialah Ummu Mihjan. Iaitu perempuan tua berkulit hitam dan miskin, namun kaya jiwa dan amalan. Ia menggalas tugas mulia ini hingga ke akhir hayatnya. Sehingga kehilangan Unmu Mihjan disedari oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

e- Pemakmur masjid disajikan dengan hidangan di dalam syurga.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ الْجَنَّةَ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا وَرَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa berangkat menuju masjid di pagi dan petang hari maka akan Allah menyiapkan baginya syurga seperti hidangan tamu ketika ia pergi dan kembali." HR Ahmad, 10200

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." HR Bukhari,622.

f- Pemakmur masjid dijamin perlindungan daripada Allah pada hari tiada perlindungan lain selainnya.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan 'ibadah kepada Rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai karena Allah; mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berdzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis." HR Bukhari,620.

Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan solat berjamaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk solat berjamaah fardu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan daripada Allah di akhirat nanti di mana pada waktu itu  tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan daripada-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentiasa mengerjakan solat fardu dengan berjamaah di masjid. Terlalu mencintai solat berjamaah di masjid  menyebabkan hatinya terikat dan terpaut pada masjid, melazimi solat berjamaah di masjid itulah sebab dia bakal mendapat perlindungan Allah pada hari qiamat kelak.

No comments:

Post a Comment