Bagaimana Pandangan Islam
mengenai Talak(الطلاق)
atau Penceraian
Sumber Rujukan:
Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim
(Matan Mufti Negeri Sabah)
Bagaimana Pandangan Islam mengenai Talak(الطلاق)
atau Penceraian. Adakah ia merupakan satu perkara yang mesti dijaga diri kita
daripada melakukannya?
Ya… dalam Islam; setiap orang mestilah menjaga
dirinya daripada melakukan talak, kerana itu walaupun halal, tetapi ianya
adalah satu perbuatan yang dibenci dan dimurkai Allah. Ini adalah bedasarkan
hadiths Rasulullah SAW;
ابغض الحلال الى الله الطلاق
Perkara yang halal yang
paling dibenci oleh Allah Ta’ala ialah talak. HR Abu Daud dan Hakim.
عَنْ ثَوْبَانَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ
زَوْجَهَا طَلاقًا فِي غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ
الْجَنَّة )
Dari
Tsauban ia berkata:”Rasulullah SAW. bersabda; Siapa saja wanita yang minta
talak kepada suaminya tanpa ada sebab, maka haram baginya bau syurga” HR Abu Daud
No comments:
Post a Comment