Friday, 7 October 2016

Mewarnakan Kuku dengan Pewarna Tiruan


Mewarnakan Kuku dengan Pewarna Tiruan
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Apa yang dinamakan sebagai pewarna kuku ini menjadi penghalang kepada air wudhuk untuk sampai kepada kulit. Maka wudhuk menjadi tidak sah dan solat juga tidak dapat dilaksanakan. Wanita Muslimah yang bersegera memelihara solat lima waktu sehari semalam sudah tentu sentiasa dalam keadaan suci dan sentiasa berwudhuk.Bagaimana mungkin dia membiasakan dirinya dengan penggunaan pewarna kuku ini. Ini kerana penggunaan pewarna kuku menafikan kewajipan harian yang suci ini. Tidak hairanlah bagi sesiapa yang tidak mengambil berat tentang solatnya, sedangkan solat adalah tiang agama dan pembeza antara kafir dan seorang Muslim. Mereka berdandan dan berhias dengan bahan-bahan pewarna yang tidak halal. Kekufuran itu hanya mendatangkan dosa. Itu adalah apa yang dapat kita katakana dalam hal ini.

Sabda Rasulullah SAW. :
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
“Kepala urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Solat dan puncak ketinggiannya adalah Jihad”.
HR Tirmidzi, Hasan Sahih

Sabda Rasulullah SAW. :

وَعَنْ جَابرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللِه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ  الشِّرْكِ والكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

Dari Jabir ra. berkata Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya batas seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat. HR Muslim

Tuesday, 4 October 2016

Menyambung Rambut dan minta disambungkan(Rambut Palsu), mencukur kening dan minta dicukur


Menyambung Rambut dan minta disambungkan(Rambut Palsu), mencukur kening dan minta dicukur
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُوتَشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Allah melaknat wanita pembuat tato dan yang bertato, wanita yang dicukur alis, dan dikikir giginya, dengan tujuan mempercantik diri mereka merubah ciptaan Allah Ta’ala.” HR. Bukhari


Dilaknat wanita yang menyambung rambut dan yang disambung rambutnya, wanita yang menipiskan alis dan yang ditipiskan alisnya serta wanita pembuat tato dan yang bertato, kecuali karena berobat.”HR. Abu Daud
Amalan bertatoo memang wujud sejak zaman dahulu, iaitu mengukir dengan cara mencucuk kulit dengan warna biru. Mengikir pula mencantikkan gigi dengan menggunakan alat pengikir gigi. Manakala mencukur pula, menghilangkan sebahagian daripada bulu kening bagi meninggikannya, meratakannya, ataupun seumpama dengannya. Menyambung pula bermaksud, menyambung rambut asal dengan rambut palsu seperti ‘rambut palsu’.
Semua perlakuan ini diharamkan dan dilaknat oleh Rasulullah SAW. kepada pelaku dan pemintanya. Oleh itu, jelaslah hukum memakai rambut palsu dan seumpamanya. Dakwaan menyatakan ia boleh menutup kepala adalah dusta dan bertentangan dengan keadaan sebenar. Menutup rambut adalah adat yang sedia dimaklumi. Sedangkan semua orang tahu dandanan melibatkan lebih banyak bahan palsu dan bukan daripada rambut  asal. Selain itu,melibatkan perkara-perkara berikut:

1-      Penipuan

2-      Berlebih-lebihan dan pembaziran.

3-      Berhias melebihi had dan memperdayakan.

Apa yang jelas, semua ini adalah perkara yang jelas membawa kepada hukum haram.

Said bin Musayyab melaporkan, “Muawiyah sampai di Madinah, iaitu destinasi terakhir dalam perjalanannya. Dia menyatakan kepada kami sambil mengeluarkan segumpal rambut, iaitu ‘sepotong rambut’ sebagaimana direkodkan dalam laporan hadith yang lain, “tidak pernah aku melihat orang lain melakukanya selain orang-orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW. Menamakannya (az-zurr)’ iaitu sambungan pada rambut”.

            Dalam laporan yang direkodkan oleh Imam Al-Bukhari, Muawiyah menyatakan kepada penduduk Madinah, “Di mana ulama kamu? Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW. melarang perkara seumpamanya”. Baginda juga menyatakan,”Kaum Bani Israel dibinasakan kerana kaum wanitanya melakukan perkara tersebut”.
Hadith ini memperingatkan kita kepada dua perkara:

1-      Pertama: Orang-orang Yahudi adalah pencetus kepada perkara yang buruk ini dan mereka juga yang menyebarkan amalan ini kepada generasi seterusnya. Orang Yahudi adalah punca kepada semua keburukan.

2-      Kedua: Nabi Muhammad SAW. menamakannya sebagai zuran, iaitu penipuan.Ini menunjukkan hikmah pengharamannya kerana ia diumpamakan sebagai penipuan dan pemalsuan. Sedangkan Islam membenci orang yang menipu secara nyata dan tidak nyata. Rasulullah SAW. menyatakan,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي

 “Siapa yang menipu, dia bukan dari kalangan ku”.HR Muslim

Kita juga menyebutkan hikmah lain sebelum ini.

Pemakaian rambut palsu adalah haram walaupun hanya dipakai dirumah,kerana orang yang menyambung rambut dilaknat selama-lamanya. Apatahlagi sekiranya dia keluar rumah tanpa menutup kepalanya. Sebaliknya menutupi kepala dengan rambut palsu, ia jelas bertentangan dengan penyataan Allah SWT. dalam surah an-Nur 31:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Tiada seorang pun menggangap rambut palsu itu seperti tudung. Ia diharamkan kepada perempuan dan lebih diharamkan kepada lelaki.

 

Monday, 3 October 2016

Wanita pergi ke Pusat Kecantikan


Wanita pergi ke Pusat Kecantikan
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Hadith Riwayat Thabrani
Hadith Riwayat Ibnu Hibban
Hadith Riwayat Ahmad

Apabila seorang wanita keluar menemui lelaki asing bagi mendandaninya, maka hukumnya adalah haram. Ini kerana lelaki selain daripada suami dan bukan mahramnya tidak boleh menyentuh wanita tersebut apatahlagi tubuhnya. Ia tidak dibenarkan sama sekali.

Rasulullah besabda:

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” HR Thabrani

Masaalah lain juga timbul apabila seorang wanita duduk di pusat-pusat dandanan dan kecantikan. Ini membawa kepada dosa yang lain, iaitu berdua-duaan dengan lelaki asing(ajnabi)

Keadaan ini tidak terjadi melainkan ia disebabkan oleh penyimpangan daripada ajaran Islam yang suci,lurus dan sederhana. Sebagai Muslimah yang benar-benar menjaga agamanya, cukuplah berdandan di rumah menurut kadar yang dibenarkan. Seorang Muslimah perlu menghiaskan diri untuk suami, bukan menonjolkan diri dikhalayak ramai. Ini kerana perkara itu adalah cara yang ditunjukkan oleh anasir-anasir asing yang digerakkan oleh gerakan Yahudi antarabangsa.

Sebaik-baiknya, mereka yang bekerja di pusat dandanan dan kecantikan adalah wanita.

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا  

Dan hendaklah kalian (wahai istri-istri Nabi) menetap di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj (sering keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait (istri-istri Nabi) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” (QS al-Ahzaab:33).

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. HRMuslim

Kaedah pengambilan dalil adalah dari perkataan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ
... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Diharamkannya memandang dengan sengaja kepada lawan jenis, berdasarkan firman Allah Ta’ala:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ. وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka” (QS an-Nuur: 30-31).

Sunday, 2 October 2016

Hukum Tatu, Panggur, Pembedahan Plastik dan Menipiskan Alis(Bulu Kening)


Hukum Tatu, Panggur, Pembedahan Plastik dan Menipiskan Alis(Bulu Kening)
Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Islam datang bagi membetulkan fahaman yang menyuruh manusia meninggalkan perkara yang menyenangkan yang ada pada sebahagian daripada agama dan aliran. Islam membenarkan umatnya berhias dan mencantikan diri dengan cara yang sederhana sekali gus  menolak fahaman mereka yang mewngharamkan segala perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. kepada hamba-hambaNya Oleh sebab itu , mencantikan diri dijadikan sebahagian daripada amalan terbaik sebelum bersolat. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’af:31:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ


Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Islam membenarkan amalan berhias untuk lelaki dan wanita. Islam memahami fitrah penciptaan wanita dan sifat kewanitaannya. Dengan sebab itu, Islam membenarkan beberapa perhiasan yang diharamkan kepada lelaki untuk dipakai oleh wanita. Contohnya pemakaian emas dan sutera.

            Tetapi Islam mengharamkan sebahagian daripada perhiasan yang keluar daripada fitrah manusia dan mengubah ciptaan Allah SWT. Ini adalah antara cara-cara yang digunakan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia.Penggunaan kosmetik untuk berhias secara belebih-lebihan sehingga mengubah bentuk semulajadi ciptaan Allah ditolak oleh Islam, yang diketogerikan oleh Al-Qur’an sebagai wahyu syaitan yang mengatakan kepada pengikutnya:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا

“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata”.An-Nisa:119

Termasuk ke dalam perbuatan yang diharamkan Islam adalah membuat tattoo tubuh dan mengikir gigi (panggur).Dalam sebuah hadith disebut:

لَعَنَ رسول الله (صلى الله عليه وسلم)  الْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ ، وَالْوَاشِرَةَ وَالْمُسْتَوْشِرَةَ

“Rasulullah mengutuk wanita yang mengtatoo dan minta ditatoo, wanita yang memangur dan minta dipangur”. HR Muslim

Dalam pen’tatoo’an berlaku pengubahan wajah dan tangan dengan warna biru dan lukisan yang buruk. Sebahagian masyarakat Arab bersikap sangat berlebihan, Khususnya kaum wanita yang melukis sebahagian tubuh mereka. Sebahagian pemeluk agama juga melukis sembahan dan simbol agama mereka, sebagaimana yang kita lihat pada orang kristian yang melukis salib di tangan mereka.

Selain kerosakan di atas, rasa sakit dari penyeksaan ketika ditusukannya jarum ketubuh orang yang ditatoo itu juga menjadi sebab turunya laknat kepada orang yang mentatoo dan ditatoo.

Rasulullah SAW. juga mengutuk wanita yang memangur dan memintanya dipangur, iaitu meruncingkan dan menajamkan gigi dengan kikir. Andai yang melakukan kerja tersebut adalah lelaki, tentulah laknat yang turun menjadi lebih besar.

Selain mengharamkan pangur, Rasulullah SAW. juga mengharamkan proses penjarangan gigi:

لَعَنَ أَلْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ أَلمُغَيِّرَاةِ خَلْقَ ألَّلهِ

“Dan dia mengutuk wanita-wanina yang merenggangkan giginya demi kerapian, yang mengubah ciptaan Allah”. HR: Bukhari dan Muslim

Yang terangkum dalam hadis di atas adalah wanita yang merenggangkan dan direnggangkan giginya. Ada wanita yang dicipta dengan gigi rapat, ada pula yang renggang. Kemudian mereka mengikir celah gigi supaya menjadi renggang. Ini jelas akan menipu penilian orang lain dan dandanan yang berlebihan itu bercanggah dengan prinsip ajaran Islam.

Berlandaskan hadis diatas, kitapun mengetahui hukum terhadap praktik yang lazim disebut sebaga operasi kecantikan(ataupun operasi plastik), Ianya tidak lain adalah produk atau hasil daripada peradabaan yang memuja kecantikan fizikal dan nafsu syahwat, sebuah peradaban yang materialistik. Mereka rela mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk mengubah hidung, payudara dan lain-lain.

Mereka semua termasuk orang-orang yang dikutuk oleh Allah dan Rasulnya, kerana mereka menyeksa manusia dan mengubah ciptaan Allah tanpa alasan yang benar. Ianya hanyalah sikap berlebihan dalam hal penampilan zahiriah tanpa melihat hakikat masalah yang ada.

Akan berbeza jika orang tersebut memang mempunyai cacat, seperti tumor atau kanser yang menyakitkan, samaada secara jasmaniah mahupun kejiwaan, terutama bila penderita berada disuatu tempat tertentu. Dengan keadaan ini, tidak mengapa jika dia melakukan operasi, selama tujuannya adalah menghilangkan kesukaraan dan penyakit yang mengganggu, Allah SWT. tidak menyukarkan kehidupan manusia dalam agama ini.

Pandangan yang diperkuat oleh hadis yang mengutuk wanita yang merenggangkan gigi dengan niat mempercantik diri sahaja. Dari hadis ini boleh difahami,bahawa yang dicela adalah jika dia melakukannya semata-mata kerana keindahan dan kecantikan. Tetapi jika semua itu dilakukanya dengan maksud untuk menghilangkan gangguan atau sakit yang dideritai, itu tidaklah mengapa. Wallahua’alam