Hukum Tatu, Panggur,
Pembedahan Plastik dan Menipiskan Alis(Bulu Kening)
Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Fatawa
Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Islam datang bagi membetulkan fahaman
yang menyuruh manusia meninggalkan perkara yang menyenangkan yang ada pada
sebahagian daripada agama dan aliran. Islam membenarkan umatnya berhias dan
mencantikan diri dengan cara yang sederhana sekali gus menolak fahaman mereka yang mewngharamkan
segala perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. kepada hamba-hambaNya Oleh sebab
itu , mencantikan diri dijadikan sebahagian daripada amalan terbaik sebelum
bersolat. Allah SWT berfirman dalam surah al-A’af:31:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ
مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
Islam membenarkan amalan
berhias untuk lelaki dan wanita. Islam memahami fitrah penciptaan wanita dan
sifat kewanitaannya. Dengan sebab itu, Islam membenarkan beberapa perhiasan
yang diharamkan kepada lelaki untuk dipakai oleh wanita. Contohnya pemakaian
emas dan sutera.
Tetapi Islam mengharamkan sebahagian daripada perhiasan
yang keluar daripada fitrah manusia dan mengubah ciptaan Allah SWT. Ini adalah
antara cara-cara yang digunakan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia.Penggunaan
kosmetik untuk berhias secara belebih-lebihan sehingga mengubah bentuk semulajadi
ciptaan Allah ditolak oleh Islam, yang diketogerikan oleh Al-Qur’an sebagai
wahyu syaitan yang mengatakan kepada pengikutnya:
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ
يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا
“Dan
aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang
ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar
mereka merubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi
pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang
nyata”.An-Nisa:119
Termasuk ke dalam perbuatan yang
diharamkan Islam adalah membuat tattoo tubuh dan mengikir gigi (panggur).Dalam
sebuah hadith disebut:
لَعَنَ
رسول
الله (صلى الله عليه وسلم) الْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ ،
وَالْوَاشِرَةَ وَالْمُسْتَوْشِرَةَ
“Rasulullah mengutuk wanita yang mengtatoo dan minta ditatoo,
wanita yang memangur dan minta dipangur”. HR Muslim
Dalam pen’tatoo’an berlaku pengubahan
wajah dan tangan dengan warna biru dan lukisan yang buruk. Sebahagian
masyarakat Arab bersikap sangat berlebihan, Khususnya kaum wanita yang melukis
sebahagian tubuh mereka. Sebahagian pemeluk agama juga melukis sembahan dan simbol
agama mereka, sebagaimana yang kita lihat pada orang kristian yang melukis
salib di tangan mereka.
Selain kerosakan di atas, rasa sakit
dari penyeksaan ketika ditusukannya jarum ketubuh orang yang ditatoo itu juga
menjadi sebab turunya laknat kepada orang yang mentatoo dan ditatoo.
Rasulullah SAW. juga mengutuk wanita
yang memangur dan memintanya dipangur, iaitu meruncingkan dan menajamkan gigi
dengan kikir. Andai yang melakukan kerja tersebut adalah lelaki, tentulah
laknat yang turun menjadi lebih besar.
Selain mengharamkan pangur, Rasulullah
SAW. juga mengharamkan proses penjarangan gigi:
لَعَنَ أَلْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ
أَلمُغَيِّرَاةِ خَلْقَ ألَّلهِ
“Dan
dia mengutuk wanita-wanina yang merenggangkan giginya demi kerapian, yang
mengubah ciptaan Allah”. HR: Bukhari dan Muslim
Yang terangkum dalam hadis di atas
adalah wanita yang merenggangkan dan direnggangkan giginya. Ada wanita yang dicipta
dengan gigi rapat, ada pula yang renggang. Kemudian mereka mengikir celah gigi
supaya menjadi renggang. Ini jelas akan menipu penilian orang lain dan dandanan
yang berlebihan itu bercanggah dengan prinsip ajaran Islam.
Berlandaskan hadis diatas, kitapun
mengetahui hukum terhadap praktik yang lazim disebut sebaga operasi
kecantikan(ataupun operasi plastik), Ianya tidak lain adalah produk atau hasil
daripada peradabaan yang memuja kecantikan fizikal dan nafsu syahwat, sebuah
peradaban yang materialistik. Mereka rela mengeluarkan wang ribuan ringgit
untuk mengubah hidung, payudara dan lain-lain.
Mereka semua termasuk orang-orang yang
dikutuk oleh Allah dan Rasulnya, kerana mereka menyeksa manusia dan mengubah
ciptaan Allah tanpa alasan yang benar. Ianya hanyalah sikap berlebihan dalam
hal penampilan zahiriah tanpa melihat hakikat masalah yang ada.
Akan berbeza jika orang tersebut memang
mempunyai cacat, seperti tumor atau kanser yang menyakitkan, samaada secara
jasmaniah mahupun kejiwaan, terutama bila penderita berada disuatu tempat
tertentu. Dengan keadaan ini, tidak mengapa jika dia melakukan operasi, selama
tujuannya adalah menghilangkan kesukaraan dan penyakit yang mengganggu, Allah
SWT. tidak menyukarkan kehidupan manusia dalam agama ini.
Pandangan yang diperkuat oleh hadis yang
mengutuk wanita yang merenggangkan gigi dengan niat mempercantik diri sahaja. Dari hadis ini boleh difahami,bahawa yang
dicela adalah jika dia melakukannya semata-mata kerana keindahan dan kecantikan. Tetapi jika semua itu
dilakukanya dengan maksud untuk menghilangkan gangguan
atau sakit yang dideritai, itu tidaklah mengapa. Wallahua’alam
No comments:
Post a Comment