Hadith: Pulang daripada
Jihad Kecil Kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu
Sumber
Rujukan:
Fatawa
Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر يعني جهاد النفس
“Kita pulang
daripada jihad kecil menuju kepada jihad besar iaitu jihad hawa nafsu.”
Hadith ini bukanlah hadith sahih dan hasan daripada segi
sanad. Tempat asal keluar hadith ini juga bukanlah daripada pengarang
kitab-kitab hadith yang disepakati dalam kalangan orang-orang Islam. Ia bukan
daripada dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim), Bukan daripada kutub sittah,
juga bukan daripada al-Muwatta’ dan bukan daripada kebanyakkan sanad Imam
Ahmad.
Al-Hafiz bin Hajar dalam Tasdid Al-Qaus fi Takhrij Musnad
Al-Firdaus, yang terkenal memiliki banyak hujah daripada kata-kata Ibrahim bin ‘Ailah
Al-Aljuni berkata dalam Al-Kashaf Al-Khafa, iaitu hadith dalam Al-Ihya’.
Al-Iraqi menyatakan, Imam Al-Baihaqi merekodkan daripada Jabir dengan sanad
yang lemah. Al-Khatib pula merekodkan dalam sejarahnya daripada Jabir dengan lafaz,
Nabi SAW. pulang daripada peperangan. Maka Nabi SAW. menyatakan, “Kalian pulang
daripada tempat yang baik dan kalian pulang daripada jihad kecil menuju jihad
besar”.
Mereka bertanya. “Apakah jihad besar itu/”
Baginda menjawab, “Iaitu seseorang hamba yang berjihad
melawan hawa nafsunya”. Ia sering disebut, kami kembali daripada jihad paling
kecil kepada jihad paling besar. Hadith ini tiada yang kurang, malahan ia
diringkaskan.
Daripada segi makna, hadith ini mengandungi dua perkara:
a.
Pertama, ditolak untuk selama-lamanya. Ia difahami secara tersirat, bukan secara langsung
dengan maksud asalnya. Sekalipun orang yang memasyurkan hadith berniat seperti
itu.
b.
Kedua. Mungkin diterima secara syarak. Iaitu perkata itu difahami dengan maksud
tersurat yang asalnya, bukan secara tersirat.
Oleh itu, maksud pertama adalah perkara yang ditolak,
daripada sudut bahawa berjihad pada jalan Allah SWT. adalah suatau amalan
kecil. Ia menghina kedudukan dan kelebihan jihad dalam Islam, serta kepentingan
mempertahankan dasar dan kesucian bangsa. Ini berlaku ketika mana semua musuh
saling bermusuhan serta semakin meruncing kejahatan orang-orang sombong.
Al-Quran dan sunah yang mulia, kedua-duanya terhimpun
nas-nas yang banyak tersedia. Dalamnya menerangkan kelebihan dan ketinggian
kedudukan jihad pada agama Allah SWT. Oleh itu, tiada apa yang diragui lagi.
Cukuplah Allah SWT. menyatakan:
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ
الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (19) الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ
اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (20) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُم بِرَحْمَةٍ مِّنْهُ
وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَّهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُّقِيمٌ (21) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ
عَظِيمٌ (22) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ
اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (23)
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada
orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid
Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di
sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih
besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya
memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan
mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian
rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga
itu nikmat kesenangan yang kekal di dalamnya.
Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya
Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan
bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi
jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu
yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang
yang zalim. A-Taubah: 19-23
Allah SWT.
menyatakan lagi:
لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ
الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ دَرَجَاتٍ
مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمً (95)عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ
الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا
عَظِيمًا
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk
(yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang
berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan
orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk
satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik
(surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk
dengan pahala yang besar, An-Nisa: 95-96
Juga firman-Nya
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Berangkatlah kamu baik
dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan
jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.” At-Taubah: 41
Juga firman-Nya.
Juga firman-Nya.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ
بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا
لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا ۚ وَإِنِ
اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ
بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan
Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan memberi pertolongan
(kepada Muhajirin), mereka itu satu sama lain saling melindungi. Dan (terhadap)
orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban
sedikit pun bagimu melindungi mereka, sampai mereka berhijrah. (Tetapi) jika
mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu
wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat
perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
Al-Anfaal: 72
Hadith yang paling banyak adalah daripada hadith
sahih, iaitu kelebihan berjihad mengatasi kelebihan berpuasa untuk yang tidak
berbuka. Orang yang berjihad tidak patus-putus(kelebihannya). Manakala, hadith
Muaz bin Jabal yang terkenal:
أَلَا
أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الْأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟ رَأْسُ
الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَاد
“Tidakkah saya tunjukkan epada kamu tunjang,tiang dan keutamaan sesuatu
suruhan? Tunjang suruhan itu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan keutamaannya
adalah berjihad pada jalan Allah”. HR Tirmizi, Hasan sahih.
Dalam hadith lain menyebut:
الْجِهَادُ
سَنَامُ الْعَمَل
“Jihad adalah kemuncak amalan”. HR
Tirmizi,Hasan Sahih
Selain daripada itu, banyak hadith yang
menyebut tentang perkara itu, Ia dapat dirujuk dalam kitab al-Jihad dalam kedua-dua
kitab sahih(Bukhari dan Muslim) dan dalam beberapa sunan. Sebenarnya, banyak
kitab yang dikarang terutama yang berkaitan dengan kelebihan berjihad.
Sebagaimana dalam kitab Abdullah bin Al-Mubarak.
Manakala
makna yang diterima dalam hadith ini ialah menyokong kepada jihad hawa nafsu,
sebagai satu latihan, melaksanakan amalan takwa dan menjauhi hawa nafsu dan
syahwat. Sehingga berpindah daripada ammarah bissu’(nafsu yang melakukan
kemungkaran, tetapi masih ada rasa riyak). Kemudian sampai kepada nafsu
al-Mutmainnah(nafsu yang lembut, mendapat ketenangan dan hilang gelisah di
jiwa).
Ia memerlukan jihad nafsu yang lama, jauh
daripada tipu daya dan banyak kesusahan. Namun hasilnya diberkati dan mendapat
banyak bebaikan. Tiada ragu-ragu bahawa jalan yang susah adalah petunjuk kepada
jalan Allah SWT, Allah SWT. menegaskan:
وَالَّذينَ جٰهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ﴿٦٩﴾
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke
jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);
dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang
yang berusaha membaiki amalannya.Al-Ankabut:69
Dalam hadith:
Orang
yang berjihad adalah mereka yang berjihad melawan hawa nafsunya.HR Abu
Daud,at-Tirmizi dikatakan Hasan Sahih. Begitu juga dengan Imam Ahmad semuanya
adalah daripada Fadhalah bin ‘Abid.
Jihad hawa nafsu adalah satu daripada jenis-jenis jihad
yang dituntut ke atas orang Islam. Al-‘Allamah Ibnu Qayyim menyatakan, terdapat
13 martabat jihad. Antaranya, empat kedudukan jihad hawa nafsu dan dua
kedudukan jihad memerangi syaitan.
No comments:
Post a Comment