Sudut Feqah: C.
Tempat yang dibolehkan Mengqasar Solat
Sumber
Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
C. Tempat yang dibolehkan Mengqasar Solat
Jumhur ulama berpendapat, mengqasarkan
solat baru dimulai setelah meninggalkan kota dan keluar dari daerah
perkampungan, di mana dia bertempat tinggal. Ini merupakan syarat utama.
Seorang yang bermusafir diwajibkan menyempurnakan perlaksanaan solatnya
terlebih dahulu sebelum melintasi perumahan yang berada di sempadan bandar di
mana dia bertempat tinggal. Ibnu al-Munzir berkata: “Aku tidak menjumpai satu
hadis pun yang menjelaskan bahawa Nabi SAW. pernah mengqasar solat ketika
hendak memulakan perjalanan melainkan setelah keluar dari Madinah.
Anas berkata:
صَلَّيْتُ
الظُّهْرَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالمَدِيْنَتِ
أَرْبَعًا، وَبِذِى الحُلَيْفَةِ رَكْعَتَيْنِ
Ertinya: “Aku mengerjakan solat Zohor bersama Rasulullah SAW. di Madinah sebanyak empat Rakaat dan setibanya di Zul Hulaifah, beliau mengerjakan solat dua rakaat. HR Bukhari, Muslim.
Sebahagian ulama salaf berpendapat, seseorang yang telah berniat hendak berpergian dibolehkan mengqasar solatnya walaupun ia masih berada di rumahnya.
No comments:
Post a Comment