Sunday, 4 September 2016

Isu Semasa: Suara Wanita Aurat?


Suara Wanita Aurat?

Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Tiada isu yang bercampur antara kebenaran dan kebatilan. Antara benar dan salah, dan antara sikap berlebih-lebihan ataupun sebaliknya, seperti isu wanita dalam masyarakat Islam.

Benar. Tidak ada agama yang bersumberkan Allah SWT ataupun ciptaan manusia dan tidak ada falfasah ataupun realisme yang memuliakan, mengadili, dan melindungi wanita seperti agama Islam.

 Islam memuliakan wanita sebagai insan ketika dia dianggap layak memikul tanggungjawab. Ini sama seperti tanggungjawab dan kelayakan seorang lelaki. Wanita juga diberi pahala dan dosa seperti lelaki, higggakan tugasan pertama yang diberikan kepada manusia adalah untuk semua lelaki dan wanita. Allah SWT. mengatakan kepada manusia pertama, Nabi Adam as. dan isteri baginda:

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.Al-Baqarah:35

Antara yang dinyatakan disini, Islam tidak mempunyai sebarang nas yang dinyatakan dalam al-Quran ataupun sunnah shahih yang menyatakan wanita itu (Hawa) bertanggungjawab mengeluarkan Nabi Adam as. dari Syurga. Selain itu, kenyataan yang mengatakan beliau bertanggungjawab terhadap kesengsaraan keturunan selepasnya. Kenyataan ini seperti mana yang dinyatakan dalam Taurat Lama. Bahkan, al-Quran mengesahkan bahawa Nabi Adam as. yang bertanggungjawab:

وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Taha:115

وَلَقَد عَهِدنا إِلى آدَمَ مِن قَبلُ فَنَسِيَ وَلَم نَجِد لَهُ عَزمًا ﴿١١٥ وَإِذ قُلنا لِلمَلائِكَةِ اسجُدوا لِآدَمَ فَسَجَدوا إِلّا إِبليسَ أَبى ﴿١١٦ فَقُلنا يا آدَمُ إِنَّ هـذا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوجِكَ فَلا يُخرِجَنَّكُما مِنَ الجَنَّةِ فَتَشقى ﴿١١٧ إِنَّ لَكَ أَلّا تَجوعَ فيها وَلا تَعرى ﴿١١٨ وَأَنَّكَ لا تَظمَأُ فيها وَلا تَضحى ﴿١١٩ فَوَسوَسَ إِلَيهِ الشَّيطانُ قالَ يا آدَمُ هَل أَدُلُّكَ عَلى شَجَرَةِ الخُلدِ وَمُلكٍ لا يَبلى ﴿١٢٠ فَأَكَلا مِنها فَبَدَت لَهُما سَوآتُهُما وَطَفِقا يَخصِفانِ عَلَيهِما مِن وَرَقِ الجَنَّةِ وَعَصى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوى ﴿١٢١ ثُمَّ اجتَباهُ رَبُّهُ فَتابَ عَلَيهِ وَهَدى ﴿١٢٢
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.Taha 115-122
Namun, apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam begitu dikesali . Mereka menganiaya hak-hak wanita dan mengharamkan apa yang ditetapkan syarak untuk wanita. Islam menetapkan, wanita berperanan sebagai seorang insan, perempuan, anak perempuan, isteri,ataupun seorang ibu.

Apa yang mengagumkan adalah, apa yang banyak berlaku kepada wanita berupa ketidakadilan. Tuduhan-tuduhan itu dikaitkan dengan nama agama padahal agama jauh daripada sebarang tuduhan itu.

Mereka juga mengaitkan, Rasulullah SAW. ada mengatakan perihal wanita. “Berbincanglah dengan mereka (wanita) dan belakangkan (pendapat) mereka juga. “Hadith ini adalah yang direka-reka, serta tiada nilai dan kekuatan ilmiah.

Ini yang berlaku walaupun Rasulullah SAW. sudah meminta pendapat isterinya, Ummu Salamah berkenaan satu urusan daripada urusan-urusan penting umat Islam. Lalu, Ummu Salamah mengemukakan cadangan beliau kepada Baginda. Pendapat itu diterima dengan rela hati, dipilih dan ada kebailan serta mempunyai keberkataan.

Mereka turut mengaitkan Saidina Ali bin Abu Talib ra. kononnya beliau mengatakan, “Wanita itu semuanya jahat, dan kejahatan yang ada pada mereka sememangnya satu kemistian”. Ini adalah kenyataan yang tidak diterima sama sekali, sama ada dari sudut logik Islam ataupun dari segi nas-nasnya
 
Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan al-Quran menjadikan pasangan kepada wanita Islam adalah lelaki Islam. Wanita beriman dengan lelaki beriman, dan wanita yang mentaati Allah SWT. dengan lelaki yang mentaatai Allah SWT. serta perkara lain yang jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Manakala kenyataan mereka terhadap apa yang mereka sudah katakan, sememangnya suara wanita itu aurat. Lalu, wanita tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki, selain daripada suami dan bukan mahram. Ini kerana suara wanita yang secara semula jadinya lembut akan mengundang fitnah serta membangkitkan nafsu di hati.

Kita sudah meminta bukti daripada mereka. Namun, kita tidak memperolehi walaupun satu bukti daripada mereka yang dapat dipegang dan disandar padanya.

Lihatlah adakah mereka itu tidak tahu al-Quran membenarkan kita bertanya kepada isteri Nabi SAW. di sebalik tabir berbanding dengan mengkritik keadaan mereka, sehingga mengharamkan apa yang tidak diharamkan pada wanita lain? Allah SWT. mengatakan dalam surah al-Ahzab ayat 53:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.

Soalan ini memerlukan jawapan, dan itulah yang dilakukan oleh Ummul Mukminin apabila mereka memberi fatwa daripada mereka. Selain itu ketika merekodkan hadith-hadith untuk sesiapa yang mahu mengambil hadith-hadith daripada mereka.

Seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW dihadapan kaum lelaki dan tiada sebarang kesalahan dalam keadaan itu. Nabi SAW. juga tidak melarang wanita itu bertanya.

Seorang wanita pernah membalas pendapat Saidina Umar ra. ketika beliau sedang berucap di mimbar. Namun Saidina Umar ra.tidak menegah, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan kesilapan diri beliau sendiri. Lalu beliau mengatakan, “Semua orang lebih berilmu daripada Umar”.

Kita juga mendapati anak perempuan seorang syeikh tua yang dinyatakan dalam surah al-Qasas berkata kepada Nabi Musa as.

إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا ۚ

"Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami". Al-Qasas: 25

Ini seperti mana dia dan saudara perempuanya berbicara kepada Nabi Musa sa. Sebelunm baginda bertanya kepada mereka:

قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

..Dia bertanya, ‘Apakah masaalah kamu berdua? “Mereka menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternakan mereka, sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya". Al-Qasas: 23
Al-Quran juga menceritakan kepada kita tentang perbualan yang berlaku antara Nabi Sulaiman as. dan Ratu Sabak. Begitu juga dengan perbualan Ratu Sabak dengan kaumnya yang terdiri daripada lelaki.
Syaraiat kita juga berasaskan syariat dan hukum terdahulu selagi mana tidak ada nas yang memansuhkan ia. Ini adalah pandangan yang kita pilih.
Percakapan yang dilarang di sini adalah bicara yang melentok-lentok dan membuai-buai, yang bertujuan membangkitkan nafsu dan menggoda lelaki. Ini dinyatakan dalam al-Quran dengan kata-kata,”Berbicara dengan lembut manja” yang terdapat dalam keterangan Allah SWT. dalam surah al-Ahzab:32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,
Apa yang ditegah di sini adalah lembut manja, yang diingini oleh orang-orang yang memiliki penyakit hati disebabkan nafsu. Namun ini bukanlah tegahan untuk semua percakapan dengan setiap lelaki. Ini dibuktikan melalui keterangan Allah SWT. pada penutup ayat berkenaan.
Antara hadith-hadith yang difahami secara salah adalah hadith yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” HR. Bukhari dan  Muslim
Mereka menganggap dan membuatkan orang lain beranggapan, fitnah ini bermaksud wanita adalah kejahatan dan kesengsaraan, ataupun  musibah yang menimpa manusia seperti musibah kemiskinan, penyakit, kelaparan dan ketakutan. (Apa yang dimaksudkan dengan fitnah ialah ujian). Sebagaimana diantara firman Allah Ta’ala berkenaan dengan ujian keatas manusia:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi ujian. At-Thaghabun,15

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Ketahuilah,sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi ujian/cubaan. Al-Anfal:28
Namun mereka terlepas pandang satu perkara penting, iaitu manusia sebenarnya lebih banyak diuji dengan kesenangan berbandingan dengan diuji dengan kesusahan.

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً

…Dan kami menguji kamu dengan kesusasahan dan kesenangan sebagai fitnah/cubaan. Al-Anbiya:35
Tidak ada perkara lebih jelas yang dinyatakan dalam al-Quran tentang fitnah kesenangan, iaitu harta benda dan anak-anak. Kedua-duanya adalah antara nikmat dan perhiasan terbesar kehidupan dunia. Ia menjadi fitnah sebagai mana diperingatkan Allah SWT. dalam kitabnya yang mulia.
Fitnah ini pula mampu memesongkan manusia daripada kewajipan dirinya kepada Tuhan. Ia juga melalaikan mereka daripada destinasinya. Allah SWT. menyatakan tentang perkara ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak pinak kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Al-Munafiqun:9
Sama seperti mana manusia takut untuk diuji dengan harta dan anak-anak, mereka juga takut untuk diuji dengan wanita. Selain itu takut untuk diuji dengan isteri-isteri yang menghalang mereka daripada perjuangan dan jihad. Isteri-isteri yang menggoda mereka supaya menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan khusus daripada kewajipan-kewajipan umum. Disebabkan perkara ini terdapat peringatan dari al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; Al-Thaghabun:14
Para wanita menjadi fitnah sekiranya mereka menjadi alat bagi membangkitkan dan merangsangkan syahwat. Selain itu apabila mereka menyalakan api keinginan dalam hati para lelaki. Inilah bahaya yang paling besar. Keadaan ini ditakuti mampu meruntuhkan akhlak, mencemarkan harga diri, serta menjadikan keluarga dan masyarakat porak peranda.
            Peringatan supaya berhati-hati dengan wanita dalam konteks ini sama seperti peringatan supaya berhati-hati dengan kurniaan harta,kemewahan, dan kesenangan hidup. Perkara ini terdapat dalam hadith sahih, “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang paling aku takuti terhadap kamu semua. Namun, apa yang aku takuti adalah kekayaan dunia dilimpahkan keatas kamu semua, sebagaimana dilimpahkan keataas orang-orang sebelum kamu. Maka kamu semua berlumba-lumba kepadanya sama seperti mereka berlumba-lumba. Lalu kamu semua dibinasakan seperti mana mereka dibinasakan?
Hadith ini tidak bermaksud Rasulullah SAW. hendak menyebarkan kemiskinan. Bahkan Baginda memohon perlindungan kepada Allah SWT. daripada kemiskinan.dan mengaitkan kemiskinan dengan kekufuran. Bukan kerana Baginda membenci umatnya memperolehi kemakmuran, kemewahan, dan kekayaan harta. Malah Baginda mengatakan, “Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang baik”.
Sebaliknya, Baginda memberi peringatan penting kepada individu Muslim dan masyarakat Muslim supaya apabila mereka berhadapan dengan jalan yang licin dan berbahaya, mereka perlu memelihara gerak langkah supaya tidak tergelincir dan terjerumus kedalam jurang tanpa kesedaran dan kemahuan mereka.

No comments:

Post a Comment