Peranan
bersalam(المصافحة) dalam kehidupan Muslim
Sumber
rujukan:
Hadith
Riwayat Thibrani
Hadith
Riwayat Abu Daud
Bersalaman
atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau
kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui
syariat Islam. Maka dijelaskan oleh hadis Rasulullah saw. Apa yang dilakukan
oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberikan
oleh Allah swt. terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama
lain ketikamana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.
Peranan bersalam boleh dikatakan
sebagai satu penghormatan atau tanda kemesraan antara individu dengan yang lain
ketika mana mereka bertemu. Maka eloklah kedua-duanya bersalaman atau berjabat
tangan kerana perbuatan itu akan membuahkan kemesraan dan kasih
sayang,perkenalan dan persahabatan serta mendapat ganjaraan pahala yang besar
di sisi Allah swt. keatas hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang ditegaskan oleh
Rasulullah saw. dengan sabdanya:
إِنّ الْمُسْلِمَ إِذَلَقِىَ أَخَاهُ،
فَأَخَذَ بِيَدِهً تَحَاتَتْ عَنْهُمَا ذُنُوبَهُمَا كَمَا يَتَحَاتُ الْوَرَقُ عَنَ
الشَّجَرَةِ الْيَابِسَةِ فِيْ يَوْمِ رِيْحٍ عَاصِفِ، وَإِلاَّ غُفِرَلَهُمَا وَلَوْكًانَتْ
ذُنُبُهُمَا مِثْلَ زَبَدِ الْبَ الْبَحْرِ٠
الترغيب والترهيب، الترغيب فى المصفحة،
ولترهيب من الاشارة فى الاسلام: ٣٣٤/٣
Ertinya: Sesungguhnya seorang muslim itu
apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua-duanya gugurlah dosa mereka
sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang,
melainkan kedua-duanya diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti
buih di lautan. HR Thibrani
Begitu
juga apabila tiba masanya seseorang sahabat dari perantuan disambut oleh ahli
keluarga dan saudara-mara, sahabat handai, maka tidak mengapa sambutan itu
dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan
sepertimana hadis Rasulullah saw.:
كَانَ أَصْحَابُ رسولِ صلى الله
عليه وسلم إِذَا تَلاَ قَوْا تَصَافَحُوا وَإِذَ قَدِمُوْا مِنْ سَفَرٍ تَعَانَقُوْا٠
Ertinya: Keadaan sahabat Rasulullah apabila
mereka bertemu mereka bersalaman dengan tangan, dan apabila mereka menyambut
kepulangan yang jauh mereka berpelukan. HR Abu Daud
Oleh
yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau berjabat tangan
memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah dengan jalinan silaturrahim
antara satu sama lain. Dan juga adalah satu lambang kasih sayang sesama muslim.Sepertimana
yang diterangkan dalam hadis lain.
عَنْ الْبرَءِ بْنِ عَازِبٍ رصي
الله عنهُ قال: قال رسولِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّاغُفِرَلَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرٍقًا٠
Ertinya: Daripada Al-Bara bin ‘Azib ra.
Berkata: Rasulullah saw. Bersabda: “Tidak ada dua orang Muslim yang jumpa lalu
keduanya berjabat tangan, melainkan diampuni bagi mereka berdua sebelum
berpisah. HR Abu Daud
وعنِ ابْنِ عُمَرَ رصي الله عنهُمَا
قِصَّةٌ قَالَ فِيهَا: فَدَنَوْنَا مِنَ النَّبٍيِّ
صلى الله عليه وَسَلَّمَ فَقَبَّلْنَا يَدَهُ٠
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Omar ra.huma, disebutkan kisah yang panjang...... Beliau
berkata: “Lalu kami mendekati Rasulullah saw. Dan kami mencium tangannya. HR
Abu Daud
Selain
dari berjabat tangan, juga disunatkan mencium tangan orang yang lebih mulia
dari kita,seperti kedua orang tua kita atau guru kita, yang demikian itu telah
dilakukan oleh sahabat terhadap Rasulullah saw.
Dan
Firman Allah swt:
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ
فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ
حَسِيبًا
Ertinya:
Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah pengormatan
itu(dengan serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan sesuatu. Al-Nisa: 86
Para
ahli tafsir menafsirkan bahawa maksud penghormatan disini ucapan salam.Allah
swt. memerintahkan apabila kita diucapkan salam agar menjawab salam dengan
jawapan yang lebih baik atau yang sama dengannya.
Namun ayat ini tidak hanya berkaitan dengan
salam sahaja. Malahan ianya merupakan salah satu konsep dasar dari Islam,yang mengajar
umatnya agar membalas setiap kebaikan dengan kebaikan yang lebih baik. Termasuk
juga dengan perihal berjabat tangan, maka lakukanlah dengan yang cara yang
terbaik agar ia bertepatan dengan syariat Islam dan juga agar tidak menyinggung
perasaan orang lain.