Hukum Zakat:
Bolehkah zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan
ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya.
Soalan:
Bolehkah
zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan
ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya?
Isteri
tidak boleh diberikan zakat menurut persepakatan semua ulama kerana isteri
adalah sebahagian pasangannya.Allah swt. berfirman:
وَمِنْ آَيَاتِهِ
أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ
بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ
يَتَفَكَّرُونَ
Dan
antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri
daripada jenis kamu sendiri. Al-Rum:21
Isteri
adalah sebahagian pasangannya, rumah isteri adalah rumahnya juga. Oleh itu
Allah swt. berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ
فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ
رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن
يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ
حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ
بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا
Wahai
Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikan mereka
pada masa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan
betul), serta betakwalah kepada Allah. Tuhan kamu, Janganlah kamu mengeluarkan
mereka dari rumah-rumah mereka, At-Thalaq:1.
Rumah
adalah hak milik bersama. Rumah isteri adalah rumah suaminya, begitu juga
dengan harta mereka berdua miliki. Sekiranya suami memberikan zakat kepada
isterinya seolah-olah dia memberikan zakat kepada dirinya sendiri. Bolehkah
seseorang itu memberikan sesuatu kepada dirinya sendiri? Justeru, para ulama
bersepakat bahawa suami tidak boleh memberikan zakat kepada isterinya.
Zakat
juga tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya kerana mereka adalah sebahagian
daripada suami isteri,sebagaimana sabda Nabi saw,
إن أولادكم من أطيب كسبكم
Sesungguhnya
anak-anak kamu adalah hasil daripada usaha kamu yang paling berharga. HR: Ibnu
Majah
Manakala
adik beradiknya, jikalau miskin,para ulama berselisih pandangan dalam perkara
ini,jikalau mereka miskin sedangkan mereka bertanggungjawab mencari nafkah,
apakah zakat boleh diberikan kepada mereka? Para ulama fikah berbeza pandangan,
pandangan yang benar adalah seseorang itu dibolehkan memberikan zakat kepada
adik beradik yang miskin berdasarkan keumuman nas-nas syarak. Jikalau kita keluarkan
isteri,anak-anak dan ibu-bapa ,adik beradik masih kekal dalam keumuman nas-nas
syarak. Seseorang itu boleh memberikan zakat kepada adik-beradik walaupun nafkah
menjadi tanggungjawab mereka.
Saudara-mara yang lain seperti ibu
saudara, anak saudara lelaki dan perempuan bagi kedua-dua belah pihak dan
sebagainya, mereka boleh diberikan zakat dan tiada halangan berdasarkan
persepakatan ulama.
Bagi adik-beradik yang kaya tidak boleh menerima zakat sama sekali.
Zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya samaada abang atau bukan.Nabi
saw. pernah bersabda:
لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِىٍّ وَلاَ لِذِى مِرَّةٍ سَوِىٍّ
“Tidak halal zakat
bagi orang yang kaya, tidak pula bagi orang yang kuat lagi fisiknya sempurna
(artinya: mampu untuk bekerja)” HR. Abu Daud, An Nasai, At Tirmidzi, Ibnu Majah
dan Ahmad
Memberikan zakat
kepada orang kaya bertentangan dengan objektif syarak dan hikmah pengeluaran
zakat
No comments:
Post a Comment