Zikir ketika hendak keluar rumah
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ الْأُمَوِيُّ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ يَعْنِي إِذَا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ يُقَالُ لَهُ كُفِيتَ وَوُقِيتَ وَتَنَحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Yahya bin Sa'id Al Umawi telah menceritakan kepada kami ayahku telah menceritakan kepada kami Ibnu Juraij dari Ishaq bin Abdullah bin Abu Thalhah dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barang siapa yang ketika keluar dari rumahnya mengucapkan;
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
BISMILLAAHI TAWAKKALTU ALALLAAHI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH (Dengan nama Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan dengan pertolongan Allah) maka dikatakan baginya, engkau telah mendapatkan kecukupan, telah mendapat pertolongan dan syetan menjauh darimu." Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan shahih gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari sisi ini. HR Tirmizi, 3426
Keluar rumah dan masuk ke dalam rumah adalah merupakan salah satu rutin harian setiap manusia. Sebagai seorang muslim yang menyandarkan dirinya kepada Allah Ta'ala dan mengukuti jalan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad Saallallahu ‘alaihi wa sallam yang
merupakan sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini, maka sudah semistinya dia memperhatikan bagaimana agama ini mengajarkan perkara tersebut.
Pengajaran yang dapat perolehi dari Hadith yang agong ini, menunjukkan bahawa besarnya keutamaan orang yang mengucapkan zikir ini ketika hendak keluar rumah, dan bahawasanya ianya merupakan sebab untuk dia diberi kecukupan dan dijaga oleh Allah Ta’ala serta dilindungi dari gangguan syaitan.
Bertawakkal:
Bertawakal, iaitu berserah diri dan bersandar sepenuhnya kepada Allah Ta’ala dalam semua urusan agama, dunia dan akhiratnya. Dengan bersandar kepada-Nya dalam mengusahakan segala kebaikan bagi dirinya dan menolak segala keburukan dari dirinya, serta dengan sepenuh keyakinan bahawa kemudahan akan diberikan oleh-Nya. maka Allah Ta’ala akan memudahkan semua urusannya tersebut.
Penyerahan sepenuh hati kepada Allah Ta’ala adalah merupakan sebab utama untuk mendapatkan petunjuk dan perlindungan dari Allah Ta'ala dalam semua urusan manusia. Sebagaimana firman Allah Ta’ala,
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya” Ath-Thalaaq: 3
Syaitan tidak memiliki apa-apa kudrat:
Syaitan adalah musuh yang tidak pernah berputus asa daripada rancangannya untuk memusnahkan anak adam. Justeru kerana dendam dan kedengkiannya terhadap anak adam, maka mereka sentiasa mencari kesempatan untuk menunaikan tugasnya.
Dalil al-Qur'an,
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,Al-Hijr:39
Dalil al-Qur'an,
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Al-Hijr:40
Namun begitu syaitan tidak memiliki kemampuan yang bebas untuk mencelakakan anak adam, kerana mereka adalah makhluk ciptaan Allah dan mereka berada di bawah kuasa Allah yang sepenuhnya. Syaitan adalah hamba Allah dan hanya boleh melakukan sesuatu dengan keizinan daripada Allah sahaja.
Lebih-lebih lagi Allah Ta'ala telah berjanji untuk melindungi orang-orang yang benar-benar beriman dan bersandar sepenuhnya kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya:
{إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ * إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُو
“Sesungguhnya syaitan itu tidak memiliki kekuasaan (untuk mencelakakan) orang-orang yang beriman dan bertawakkal (berserah diri) kepada Rabbnya. Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah” an-Nahl: 99-100
No comments:
Post a Comment