Friday, 18 May 2018

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Mencari malam al-Qadar (Lailatulqadar)

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

5-Mencari malam al-Qadar (Lailatulqadar)

Firman Allah menjelaskan kelabihan malam al-Qadar (Lailatulqadar):

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Al-Qadr:3

Menurut ulama tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadr atau lailatulqadar lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatulqadr (malam al-Qadr) di dalamnya. Rujuk:Al-Asas fi at-Tafsir,Syeikh Said Hawa.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menegakkan/bangun lailatul qadar (mengisi dengan ibadah) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang melaksanakan Puasa Ramadhan kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya". HR Bukhari, 1901.

Menurut penjelasan beberapa hadith, lailatulqadar ini terdapat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan iaiatu pada malam-malam ganjil. Oleh kerana itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah dijelaskan tadi.

Aisyah berkata,

ُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah berkata; "Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya." HR Muslim,2009

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا سَعِيدٍ وَكَانَ لِي صَدِيقًا فَقَالَ
اعْتَكَفْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَشْرَ الْأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ فَخَرَجَ صَبِيحَةَ عِشْرِينَ فَخَطَبَنَا وَقَالَ إِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا أَوْ نُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوَتْرِ وَإِنِّي رَأَيْتُ أَنِّي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلْيَرْجِعْ فَرَجَعْنَا وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ قَزَعَةً فَجَاءَتْ سَحَابَةٌ فَمَطَرَتْ حَتَّى سَالَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ وَكَانَ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ وَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فِي الْمَاءِ وَالطِّينِ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ فِي جَبْهَتِهِ

..........."Sungguh aku diperlihatkan (dalam mimpi) tentang Lailatul Qadar namun aku lupa atau dilupakan waktunya yang pasti. Namun carilah pada sepuluh malam-malam akhir dan pada malam yang ganjil. Sungguh aku melihat dalam mimpi, bahwa aku sujud diatas tanah dan air (yang becek). .... HR Bukhari, 1877.

Menurut ulama,sekurang-kurang Qiyam lailatul Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadr untuk mendapatkan kelebihannya) adalah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjamaah. Hal ini kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dalam satu hadithnya,

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ قَالَ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَسْجِدَ بَعْدَ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ فَقَعَدَ وَحْدَهُ فَقَعَدْتُ إِلَيْهِ
فَقَالَ يَا ابْنَ أَخِي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
و حَدَّثَنِيهِ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَسَدِيُّ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ جَمِيعًا عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي سَهْلٍ عُثْمَانَ بْنِ حَكِيمٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abu 'Amrah katanya; Usman bin Affan memasuki masjid setelah shalat maghrib, ia lalu duduk seorang diri, maka aku pun duduk menyertainya. Katanya; "Wahai keponakanku, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa shalat isya` berjama'ah, seolah-olah ia shalat malam selama separuh malam, dan barangsiapa shalat shubuh berjamaah, seolah-olah ia telah shalat seluruh malamnya." Dan telah menceritakan kepadaku hadis ini Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Al Asadi (Dan diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi' katanya; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq, semuanya dari Sufyan dari Abu Sahl Usman bin Hakim dengan sanad seperti ini. HR Muslim, 1049.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]

Imam al-Syafie RA berkata pada mazhabnya yang lama:

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ وَالصُّبْحَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyaksikan (hadir) menunaikan solat Isyak dan Subuh pada malam al-Qadar maka dia telah mendapat bahagiannya daripada malam tersebut”. [Lihat: Raudhah al-Tholibin, 390/2]

Di samping itu, tidak diketahui nas yang bertentangan dengan hal ini di dalam mazhab Imam al-Syafie yang baru. Dengan itu, setiap yang dinaskan di dalam mazhab yang lama yang mana tidak berlaku percanggahan di dalam mazhab yang baru samada yang bertentangan dengannya atau juga yang bertepatan dengannya maka itu adalah mazhabnya. Tambahan pula, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan waktu bermulanya malam al-Qadar adalah selepas terbenamnya matahari dan berakhir apabila terbitnya fajar berdasarkan ayat terakhir di dalam surah al-Qadar. Ini juga merupakan pendapat ashab kami (ulama’ al-Syafi’eyyah) ketika menafsirkan ayat tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 451/6]

No comments:

Post a Comment