Friday, 18 May 2018

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Beriktikaf

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
4-Beriktikaf
ُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Dari Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan I'tikaf pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadlan. HR Muslim,2003
Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat beribadah. Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji.
Tiga syarat Iktikaf :
1- Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal atau berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaknakan sunah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam).
2- Menetap atau tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid. Uruf: Ialah sesuatu yang telah dikenal oleh masyarakat dan merupakan kebiasaan dalam kalangan mereka samaada berupa perkataan mahupun perbuatan.
3- Seorang yang beriktiaf pula disyaratkan hendaklah seorang Muslim,berakal sihat dan suci dari haid,nifas dan janabah.
Hukum iktikaf adalah sunat pada setiap waktu dan lebih disunatkan lagi pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan kerana di antara malam-malam tersebut terdapatnya lailatulqadar atau malam al-Qadar. Menurut ulama, beriktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan hukumnya ialah sunat muakkad (yakni sunat yang amat-amat dituntut). Raudhah al-Muttaqin Syarh Riyadh ash-Shalihin.

No comments:

Post a Comment