Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Ada suatu kaedah berfikir umum bahawa
seseorang muslim tidak boleh memakan barangan yang mematikan, samaada cepat
atau lambat, seperti racun(poison), makanan yang membahayakan dan menyakitkan,
atau makanan yang jika banyak boleh menimbulkan penyakit, kerana manusia bukanlah
pemilik dirinya sendiri, akan tetapi dia adalah milik Allah. Agama, umat,
kehidupan, kesihatan, hartabenda dan semua nikmat adalah amanah Allah yang
mesti dipelihara dan tidak boleh diabaikan. Dalam sebuah ayat Allah swt.
berfirman:
وَلَا
تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
“Dan janganlah kaliah membunuh
diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah sangat belas kasih terhadap kalian.
Al-Nisa:29
Dalam ayat lain Allah berfirman:
وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى
ٱلتَّہۡلُكَةِۛ وَأَحۡسِنُوٓاْۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan
belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya”. Al-Baqarah:195
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw. juga bersabda:
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَار
“Tidak ada kerugian(mudharat) dan tidak merugikan(mudharat).
HR Ahmad dan Ibnu Majah
Dengan
berlandaskan teks-teks diatas dan juga kaedah berfikir yang logik, merokok yang terbukti dengan jelas merugikan
penghisapnya, hukumnya haram. Bahkan bahaya rokok ini sudah disampaikan
oleh doktor-doktor pakar, dan sudah dicetak di label pembungkus rokok itu
sendiri. Andaikan sahaja bahaya ini tidak terbukti, maka merokok hanyalah membuang
wang sahaja untuk sesuatu yang tidak bermunafaat untuk dunia dan akhirat.
Sedangkan Islam melarang kita melakukan perkara yang membazir. Larangan ini
sendiri menjadi kuat, jika ternyata
si pengguna pula memerlukan wang untuk nafkah keluarganya.
وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ
حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan
orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah
engkau membelanjakan hartamu dengan boros(membazir) yang melampau. Sesungguhnya
orang-orang yang boros(membazir) itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang
Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Al-Isra
26-27”