Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Islam sangat keras dalam memerangi
minuman keras, menghindarkan orang Muslim, dan membuat batasan serta sekaligus
tidak membuka celah sekecil apapun bagi siapapun untuk menikmatinya. Islam
tidak bersikap timbang rasa kepada minuman keras, walaupun hanya sedikit
ataupun berurusan dengannya, berupa jual beli, hadiah, produksi, menghidangkan
dalam pesta ataupun dalam bentuk lain, meskipun kepada orang bukan Islam atau
mencampurnya dengan makanan.
Ada
satu kes yang seringkali dipertanyakan, iaitu minuman keras sebagai ubat.
Pertanyaan yang sama pernah diajukan kepada Rasulullah SAW. dan beliau
melarangnya, tapi orang itu protes: “Saya meminumnya sebagai ubat. “ Rasulullah
SAW. bersabda:
إِنَّمَا أَصْنَعُهَا
لِلدَّوَاءِ ، فَقَالَ : (إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ)
“Dia bukanlah ubat, tetapi penyakit” HR Ahmad, Muslim,
Abu Daud, Tirmizi.
Rasulullah juga bersabda
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ
وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ وَدَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا
بِحَرَامٍ ) رواه ابو داود
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan
menjadikan penyakit serta(ada) ubat untuk kalian. Maka berubatlah kalian dan
janganlah kalian berubat dengan barangan haram. HR Abu Daud
Berhubungkait
dengan bahan yang memabukkan, Ibnu Mas’ud berkata: “Allah tidak menjadikan ubat
untuk kalian daripada barangan yang diharamkan untuk kalian”. Tidaklah aneh
jika Islam mengharamkan minuman keras ataupun barangan haram yang lain, kerana konsep
pengharaman menuntut barangan tersebut agar dijauhi. Manakala menjadikannya
sebagai ubat dengan seruan untuk meminumnya, maka ini tentulah bercangggah
dengan kaedah berfikir pengharaman itu sendiri. Begitulah yang dikatakan Imam
Ibnu Qayyum.
Dia menegaskan:
“Menghalalkan barangan haram sebagai ubat, apalagi jika jiwa orang itu sendiri
merasa secocok, malahan akan mendorong seseorang untuk meminumnya sekadar
sebagai kepuasan dan kenikmatan. Lebih-lebih lagi jika dia beranggapan yang
barangan tersebut bermunafaat untuk kesihatan, menghilangkan kegelisahan dan
menyembuhkan penyakitnya. Dalam ubat haram seperti ini, akan banyak penyakit
lagi yang akan timbul dibandingkan kesembuhan yang dikhayalkan.
Imam
Ibnu Qayyum mengingatkan kesan negetif kejiwaan yang sangat penting: “Salah
satu syarat untuk sembuh penyakit adalah yakin akan kesembuhan yang diberi Allah
kepadanya. Di sisi lain, keyakinan seseorang muslim akan keharaman
ubat tersebut akan menjadi faktor yang menghalang keyakinan akan manfaat dan
berkat kesembuhan ini. Semakin besar keyakinan ini, maka kebenciannya
menjadi semakin besar, dan keyakinannya kepada benda inipun menjadi negetif dan
tidak memberi kehormatan kepadanya. Dengan keadaan ini, tentunya pengubatan ini
tidak akan membawa kesembuhan, tetapi malah akan menimbulkan penyakit lagi.
Terlepas
daripada dasar pemikiran diatas, keadaan darurat mempunyai hukum dan
peraturannya yang tersendiri dalam pandangan syari’at. Misalnya sahaja minuman
keras atau bahan yang dicampur dengannya dianggap sebagai satu-satunya ubat
yang boleh menyembuhkan penyakit yang mengancam nyawa seseorang. Menurut
seorang doktor muslim yang pakar di
bidangnya dan taat beragama, walaupun saya sendiri juga ragu itu akan berlaku,
maka kaedah syariat tidak akan melarangnya. Hal itu dengan catatan jika keadaan
yang ada memang sangat mendesak. Dalam sebuat ayat Allah SWT. berfirman(al-An’am:145):
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ
فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Maka sesiapa yang terpaksa sedang dia tidak
mengiginkannya dan tidak juga melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment