Monday, 7 December 2015

Sudut Feqah: Hukum Emas Dan Sutera Bagi Lelaki


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Walaupun Islam menggalakkan berhias dan membantah ke atas pengharamannya, sebagaimana dikatakan dalam firman Allah dalam surah al-A’raf: 32,
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللّهِ الَّتِيَ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالْطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian(siapa pula yang mengharamkannya) rezeki yang baik?.."

akan tetapi Islam mengharamkan dua jenis perhiasan untuk kaum lelaki dan tetap menghalalkan kedua-duanya bagi kaum wanita, iaitu emas dan sutera.
Diriwayatkan dari Ali ra. ia berkata:

أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ، ثُمَّ قَالَ : " إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
“Rasulullah SAW. mengambil kain sutera dan meletakkan di tangan kanannya dan mengambil emas lalu diletakkan di tangan kirinya, kemudian bersabda: “Kedua benda ini haram bagi lelaki umatku”.HR Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Hibban dan Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Umar ra., ia berkata:

" لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ ، فَإِنَّهُ مَنْ لَبِسَهُ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَلْبَسْهُ فِي الْآخِرَةِ "

“Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Janganlah kalian memakai kain sutera, kerana orang yang memakainya di dunia, maka tidak akan memakainya kelak di akhirat”.HR Bukhari dan Muslim.

Berhubung dengan pakaian sutera, Rasulullah SAW. bersabda:

إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ

“Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak mempunyai bahagian(kelak di akhirat”. HR Bukhari dan Muslim

Pada Suatu ketika Rasulullah SAW. melihat seseorang sahabat memakia cincin daripada emas. Segera Baginda menyuruh orang itu supaya melepaskan cincin dan mencampakkannya, sambil bersabda:

يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِي يَدِهِ " . فَقِيلَ لِلرَّجُلِ بَعْدَمَا ذَهَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذْ خَاتَمَكَ انْتَفِعْ بِهِ ، قَالَ : وَاللَّهِ لا آخُذُهُ أَبَدًا وَقَدْ طَرَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

“Salah seorang dari kalian sengaja mengambil bara api neraka dan diletakkan di tangannya. “Setelah Rasulullah pergi, dikatakan kepada orang itu “Ambillah dan manfaatkan cincinmu.”Dia menjawab: “tidak, demi Allah aku tidak akan mengambilnya sedangkan Rasulullha sudah mnecampakkannya”.HR Bukhari dan Muslim

Perhiasan yang serupa cincin seperti pen, jam tangan, mancis,rokok, gigi yang terbuat daripada emas, sering diguna pakai oleh mereka yang suka hidup bermewah-mewahan.

Manakala cincin yang tebuat dari perak dibolehkan bagi lelaki. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Umar ra., ia berkata:

(اتَّخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ فَكَانَ فِي يَدِهِ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ أَبِي بَكْرٍ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ عُمَرَ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ عُثْمَانَ حَتَّى وقع منه فى بئر أريس نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak. Pertama beliau yang memakai, kemudian dipakai Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian dipakai Utsman, hingga akhirnya terjatuh ke dalam perigi Arisy. Ukirannya bertuliskan: Muhammad Rasulullah. HR. Bukhari, Muslim, Nasai, dan yang lainnya

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، وَنَقَشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، وَقَالَ: «إِنِّي اتَّخَذْتُ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، وَنَقَشْتُ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَلاَ يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِهِ»
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak, dan diukir: Muhammad Rasulullah. Kemudian Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku membuat cincin dari perak, dan aku ukir Muhammad Rasulullah. Karena itu, jangan ada seorang pun yang mengukir dengan tulisan seperti ini.” HR. Bukhari
Manakala barangan logam yang lain, tidak ada nas agama yang mengharamkannya, bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari disebutkan bahawasanya, Rasulullah SAW. bersabda kepada seorang sahabat yang hendak menikah:

"انظروا إلى المهر حتى يكون خاتم مصنوع من الحديد".

Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi

Dengan dasar ini ,Imam Bukhari menggangap bahawa cincin besi itu halal hukumnya

Ada kelonggaran bagi lelaki untuk memakai sutera dengan alasan kesihatan. Landasannya ialah Rasulullah SAW.pernah mengizinkan Abdur Rahman bin Auf dan Zubir bin Awwam ra. memakai pakaian sutera ketika mereka berdua menderita penyakit gatal.

 

 

No comments:

Post a Comment