Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam
oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Penggunaan kosmetik untuk berhias secara
belebih-lebihan sehingga mengubah bentuk semulajadi ciptaan Allah ditolak oleh
Islam, yang diketogerikan oleh Al-Qur’an sebagai wahyu syaitan yang mengatakan
kepada pengikutnya:
وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ
وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ
يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan
membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong
telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan
Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya”. Barangsiapa yang
menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia
menderita kerugian yang nyata”.An-Nisa:119
Termasuk ke dalam perbuatan yang
diharamkan Islam adalah membuat tattoo tubuh dan mengikir gigi (panggur).Dalam
sebuah hadith disebut:
لَعَنَ
رسول
الله (صلى الله عليه وسلم) الْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ ، وَالْوَاشِرَةَ
وَالْمُسْتَوْشِرَةَ
“Rasulullah mengutuk wanita yang mengtatoo dan minta ditatoo,
wanita yang memangur dan minta dipangur”. HR Muslim
Dalam pen’tatoo’an berlaku pengubahan wajah
dan tangan dengan warna biru dan lukisan yang buruk. Sebahagian masyarakat Arab
bersikap sangat berlebihan, Khususnya kaum wanita yang melukis sebahagian tubuh
mereka. Sebahagian pemeluk agama juga melukis sembahan dan simbol agama mereka,
sebagaimana yang kita lihat pada orang kristian yang melukis salib di tangan
mereka.
Selain kerosakan di atas, rasa sakit
dari penyeksaan ketika ditusukannya jarum ketubuh orang yang ditatoo itu juga
menjadi sebab turunya laknat kepada orang yang mentatoo dan ditatoo.
Rasulullah SAW. juga mengutuk wanita
yang memangur dan memintanya dipangur, iaitu meruncingkan dan menajamkan gigi
dengan kikir. Andai yang melakukan kerja tersebut adalah lelaki, tentulah
laknat yang turun menjadi lebih besar.
Selain mengharamkan pangur, Rasulullah
SAW. juga mengharamkan proses penjarangan gigi:
لَعَنَ
أَلْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ أَلمُغَيِّرَاةِ خَلْقَ ألَّلهِ
“Dan dia mengutuk wanita-wanina
yang merenggangkan giginya demi kerapian, yang mengubah ciptaan Allah”. HR:
Bukhari dan Muslim
Yang terangkum dalam hadis di atas
adalah wanita yang merenggangkan dan direnggangkan giginya. Ada wanita yang dicipta
dengan gigi rapat, ada pula yang renggang. Kemudian mereka mengikir celah gigi
supaya menjadi renggang. Ini jelas akan menipu penilian orang lain dan dandanan
yang berlebihan itu bercanggah dengan prinsip ajaran Islam.
Berlandaskan hadis diatas, kitapun
mengetahui hukum terhadap praktik yang lazim disebut sebaga operasi
kecantikan(ataupun operasi plastik), Ianya tidak lain adalah produk atau hasil
daripada peradabaan yang memuja kecantikan fizikal dan nafsu syahwat, sebuah
peradaban yang materialistik. Mereka rela mengeluarkan wang ribuan ringgit
untuk mengubah hidung, payudara dan lain-lain.
Mereka semua termasuk orang-orang yang
dikutuk oleh Allah dan Rasulnya, kerana mereka menyeksa manusia dan mengubah
ciptaan Allah tanpa alasan yang benar. Ianya hanyalah sikap berlebihan dalam
hal penampilan zahiriah tanpa melihat hakikat masalah yang ada.
Akan berbeza jika orang tersebut memang
mempunyai cacat, seperti tumor atau kanser yang menyakitkan, samaada secara
jasmaniah mahupun kejiwaan, terutama bila penderita berada disuatu tempat
tertentu. Dengan keadaan ini, tidak mengapa jika dia melakukan operasi, selama
tujuannya adalah menghilangkan kesukaraan dan penyakit yang mengganggu, Allah
SWT. tidak menyukarkan kehidupan manusia dalam agama ini.
Pandangan yang diperkuat oleh hadis yang mengutuk wanita yang merenggangkan gigi dengan niat mempercantik diri sahaja. Dari hadis ini boleh difahami,bahawa yang dicela adalah jika dia melakukannya semata-mata kerana keindahan dan kecantikan. Tetapi jika semua itu dilakukanya dengan maksud untuk menghilangkan gangguan atau sakit yang dideritai, itu tidaklah mengapa. Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment