Sunday, 13 December 2015

Sudut Feqah: Minuman Keras(Khamar @ Arak)


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Minuman keras atau yang disebut khamar adalah minuman yang mengandungi kadar alkohol yang boleh memabukkan. Minuman keras jelas merugikan manusia. Samaada terhadap kesihatan badan mahupun akal fikiran, yang sekali gus juga mempunyai kesan negatif kepada keluarga, isteri dan anak-anak.Secara langsung minuman keras memberi keasan negatif  kepada moral, perbuatan dan masa hadapan bangsa secara keseluruhan.

Seseorang penyelidik mengatakan tidak ada bencana yang lebih berat daripada bencana yang ditimbulkan oleh minuman keras. Seandainya kita mahu melakukan bancian kepada mereka yang pada saat ini berada dihospital kerana gila, bunuh diri, membunuh, sakit penghadaman usus, atau juga kepada mereka yang muflis dan kehilangan seluruh harta bendanya, maka kita akan menjumpai bahawa penyebab terbesar daripada semua itu adalah minuman keras dengan kadar begitu membimbangkan. Kita akan melihat bahawa kerja keras kita selama ini untuk mengingatkan bahaya minuman keras ini ternyata masih sangat kecil kejayaan.

            Bangsa Arab di masa dulu sangat gemarkan minuman keras, bahkan menjadi simbol kebanggaan mereka yang boleh dibuktikan dengan memperhatikan bahasa mereka.Contohnya ialah mereka memberikan nama satu benda(khamar) dengan seratus nama, Dalam sya’ir, mereka pun menggambarkan betapa nikmatnya bekas dan meja yang dijadikan sebagai tempat minuman keras.
 
Apabila Islam datang, dia mendidik mereka dengan kebijaksanaan dengan cara melarang minuman keras secara bertahap. Mula-mula mereka dilarang sembahyang dalam keadaan mabuk.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat sedang kamu dalam keadaan mabuk. (An Nisa': 43) 
Selepas itu al-Quran memberikan penjelas dan bahawa kesan negatif minuman keras itu lebih besar daripada manfaatnya.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,. (Al-Baqarah: 219) 
 
Dan terakhir barulah kemudian Allah menurunkan ayat yang meneluruh dan tsabit sebagaimana dalam surah al-Maidah 90-91:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ (91)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.( 90) Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka apakah kamu berhentilah (dari mengerjakan pekerjaan itu).( 91)

                Dalam dua ayat diatas secara tegas Allah mengharamkan minuman keras dan judi, dan mengganggapnya sama dengan memberi sesajian kepada berhala dan mengundi nasib dengan anak panah. Bahkan Allah menyebutnya sebagai kata “رِجْسٌ” yang dalam istilah al-Quran hanya dipakai untuk perbuatan yang sangat keji, buruk, jijik dan kotor. Ianya juga dianggap sebagai perbuatan syaitan, yang tidak lain keji dan mungkar.

Disisi lain Allah SWT. meminta manusia untuk menjauhi perbuatan itu agar memperolehi kejayaan. Dalam ayat selanjutnya juga disebutkan bahawa kesan minuman keras adalah boleh memutuskan hubungan pertalian persaudaraan, menimbulkan kebencian dan permusuhan, menghalang kewajipan agama, seperti zikir dan sembahyang. Terakhir dengan bentuk pertanyaan Allah SWT. meminta mereka berhenti: ‘maka apakah kalian berhenti(daripada melakukannya).” Setiap orang muslim tentulah kita harus menjawab:’Kami berhenti, wahai Tuhanku’        

            Tindakbalas mereka dengan turunnya ayat ini sungguh menakjubkan. Ada di antara mereka yang pada ketika itu sedang memegang segelas  dan meminum separuh isinya. Saat dia akan menghabiskan saki bakinya, dia mendengar ayat ini dibacakan, maka segeralah di mencampakkan cawan itu dan menumpahkannya ke tanah. Banyak Negara yang telah menyedari bahaya minuman keras ini. Di antaranya ada yang berusaha melarang minuman keras dengan undang-undang dan kekuatan militeri seperti Amerika, namun ianya ia gagal total. Hanyalah Islam sebagai satu-satunya sistem yang berjaya dengan baik memerangi dan menghancurkannya.

Tokoh gereja berbagai pendapat mengenai minuman keras. Mereka merujuk kepada sebuah teks yang ada di dalam injil.”Sedikit minuman keras boleh menyihatkan penghadaman.” Andaikata kenyataan itu benar, maka yang sedikit itupun mesti dihindari, kerana memang pada awalnya hanya sedikit, tapi lama-lama akan mendorong mereka mencuba lagi dan akhirnya menjadi ketagih.

            Berbeza dengan Islam. Yang memberi petunjuk dan bimbingan yang sangat jelas mengenai minuman keras dan pelbagai aspek yang boleh menjerumuskan manusia menjadi ketagih minuman keras.

No comments:

Post a Comment