Suara Wanita Aurat?
Sumber
Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr
Yusuf al-Qaradhawi
Tiada isu yang bercampur antara kebenaran dan
kebatilan. Antara benar dan salah, dan antara sikap berlebih-lebihan ataupun
sebaliknya, seperti isu wanita dalam masyarakat Islam.
Benar. Tidak ada agama yang bersumberkan
Allah SWT ataupun ciptaan manusia dan tidak ada falfasah ataupun realisme yang
memuliakan, mengadili, dan melindungi wanita seperti agama Islam.
Islam
memuliakan wanita sebagai insan ketika dia dianggap layak memikul
tanggungjawab. Ini sama seperti tanggungjawab dan kelayakan seorang lelaki.
Wanita juga diberi pahala dan dosa seperti lelaki, higggakan tugasan pertama
yang diberikan kepada manusia adalah untuk semua lelaki dan wanita. Allah SWT.
mengatakan kepada manusia pertama, Nabi Adam as. dan isteri baginda:
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ
وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا
هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan Kami berfirman: "Hai
Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah
makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan
janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.Al-Baqarah:35
Antara yang dinyatakan disini,
Islam tidak mempunyai sebarang nas yang dinyatakan dalam al-Quran ataupun
sunnah shahih yang menyatakan wanita itu (Hawa) bertanggungjawab mengeluarkan Nabi
Adam as. dari Syurga. Selain itu, kenyataan yang mengatakan beliau
bertanggungjawab terhadap kesengsaraan keturunan selepasnya. Kenyataan ini
seperti mana yang dinyatakan dalam Taurat Lama. Bahkan, al-Quran mengesahkan
bahawa Nabi Adam as. yang bertanggungjawab:
وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ
وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi
dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Taha:115
وَلَقَد
عَهِدنا إِلى آدَمَ مِن قَبلُ فَنَسِيَ وَلَم نَجِد لَهُ عَزمًا ﴿١١٥﴾ وَإِذ قُلنا لِلمَلائِكَةِ اسجُدوا لِآدَمَ
فَسَجَدوا إِلّا إِبليسَ أَبى ﴿١١٦﴾ فَقُلنا يا
آدَمُ إِنَّ هـذا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوجِكَ فَلا يُخرِجَنَّكُما مِنَ الجَنَّةِ
فَتَشقى ﴿١١٧﴾ إِنَّ لَكَ أَلّا تَجوعَ فيها وَلا تَعرى ﴿١١٨﴾ وَأَنَّكَ لا تَظمَأُ فيها وَلا تَضحى ﴿١١٩﴾ فَوَسوَسَ إِلَيهِ الشَّيطانُ قالَ يا آدَمُ هَل
أَدُلُّكَ عَلى شَجَرَةِ الخُلدِ وَمُلكٍ لا يَبلى ﴿١٢٠﴾ فَأَكَلا
مِنها فَبَدَت لَهُما سَوآتُهُما وَطَفِقا يَخصِفانِ عَلَيهِما مِن وَرَقِ
الجَنَّةِ وَعَصى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوى ﴿١٢١﴾ ثُمَّ
اجتَباهُ رَبُّهُ فَتابَ عَلَيهِ وَهَدى ﴿١٢٢﴾
Dan
demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi
ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Dan
(ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah
kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.
Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan
bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari
Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.
"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau
tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Setelah itu maka
Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam,
mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya,
dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" Kemudian mereka berdua
memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan
mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah
Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). Kemudian
Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima
taubatnya serta diberi petunjuk.Taha 115-122
Namun, apa yang dilakukan oleh sesetengah orang
Islam begitu dikesali . Mereka menganiaya hak-hak wanita dan mengharamkan apa
yang ditetapkan syarak untuk wanita. Islam menetapkan, wanita berperanan
sebagai seorang insan, perempuan, anak perempuan, isteri,ataupun seorang ibu.
Apa yang mengagumkan adalah, apa yang banyak
berlaku kepada wanita berupa ketidakadilan. Tuduhan-tuduhan itu dikaitkan
dengan nama agama padahal agama jauh daripada sebarang tuduhan itu.
Mereka juga mengaitkan, Rasulullah SAW. ada
mengatakan perihal wanita. “Berbincanglah dengan mereka (wanita) dan
belakangkan (pendapat) mereka juga. “Hadith ini adalah yang direka-reka, serta
tiada nilai dan kekuatan ilmiah.
Ini yang berlaku walaupun Rasulullah SAW. sudah
meminta pendapat isterinya, Ummu Salamah berkenaan satu urusan daripada
urusan-urusan penting umat Islam. Lalu, Ummu Salamah mengemukakan cadangan
beliau kepada Baginda. Pendapat itu diterima dengan rela hati, dipilih dan ada
kebailan serta mempunyai keberkataan.
Mereka turut mengaitkan Saidina Ali bin Abu
Talib ra. kononnya beliau mengatakan, “Wanita itu semuanya jahat, dan kejahatan
yang ada pada mereka sememangnya satu kemistian”. Ini adalah kenyataan yang
tidak diterima sama sekali, sama ada dari sudut logik Islam ataupun dari segi
nas-nasnya
Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan
al-Quran menjadikan pasangan kepada wanita Islam adalah lelaki Islam. Wanita
beriman dengan lelaki beriman, dan wanita yang mentaati Allah SWT. dengan lelaki
yang mentaatai Allah SWT. serta perkara lain yang jelas dinyatakan dalam
al-Quran.
Manakala kenyataan mereka terhadap apa yang
mereka sudah katakan, sememangnya suara wanita itu aurat. Lalu, wanita tidak
dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki, selain daripada suami dan bukan
mahram. Ini kerana suara wanita yang secara semula jadinya lembut akan
mengundang fitnah serta membangkitkan nafsu di hati.
Kita sudah meminta bukti daripada mereka.
Namun, kita tidak memperolehi walaupun satu bukti daripada mereka yang dapat
dipegang dan disandar padanya.
Lihatlah adakah mereka itu tidak tahu al-Quran
membenarkan kita bertanya kepada isteri Nabi SAW. di sebalik tabir berbanding
dengan mengkritik keadaan mereka, sehingga mengharamkan apa yang tidak
diharamkan pada wanita lain? Allah SWT. mengatakan dalam surah al-Ahzab ayat
53:
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا
فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ
Apabila kamu meminta sesuatu
(keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang
tabir.
Soalan ini memerlukan jawapan,
dan itulah yang dilakukan oleh Ummul Mukminin apabila mereka memberi fatwa
daripada mereka. Selain itu ketika merekodkan hadith-hadith untuk sesiapa yang
mahu mengambil hadith-hadith daripada mereka.
Seorang wanita bertanya kepada
Nabi SAW dihadapan kaum lelaki dan tiada sebarang kesalahan dalam keadaan itu.
Nabi SAW. juga tidak melarang wanita itu bertanya.
Seorang wanita pernah membalas
pendapat Saidina Umar ra. ketika beliau sedang berucap di mimbar. Namun Saidina
Umar ra.tidak menegah, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan kesilapan diri
beliau sendiri. Lalu beliau mengatakan, “Semua orang lebih berilmu daripada
Umar”.
Kita juga mendapati anak
perempuan seorang syeikh tua yang dinyatakan dalam surah al-Qasas berkata kepada
Nabi Musa as.
إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ
أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا ۚ
"Sesungguhnya
bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi
minum (ternak) kami". Al-Qasas: 25
Ini
seperti mana dia dan saudara perempuanya berbicara kepada Nabi Musa sa.
Sebelunm baginda bertanya kepada mereka:
قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ
يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
..Dia
bertanya, ‘Apakah masaalah kamu berdua? “Mereka menjawab: "Kami tidak
dapat meminumkan (ternak kami), sehingga pengembala-pengembala itu membawa
balik binatang ternakan mereka, sedang bapak kami adalah orang tua yang telah
lanjut umurnya". Al-Qasas: 23
Al-Quran
juga menceritakan kepada kita tentang perbualan yang berlaku antara Nabi
Sulaiman as. dan Ratu Sabak. Begitu juga dengan perbualan Ratu Sabak dengan
kaumnya yang terdiri daripada lelaki.
Syaraiat
kita juga berasaskan syariat dan hukum terdahulu selagi mana tidak ada nas yang
memansuhkan ia. Ini adalah pandangan yang kita pilih.
Percakapan
yang dilarang di sini adalah bicara yang melentok-lentok dan membuai-buai, yang
bertujuan membangkitkan nafsu dan menggoda lelaki. Ini dinyatakan dalam
al-Quran dengan kata-kata,”Berbicara dengan lembut manja” yang terdapat dalam
keterangan Allah SWT. dalam surah al-Ahzab:32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ
إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ
مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا
Wahai
isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan
yang baik,
Apa
yang ditegah di sini adalah lembut manja, yang diingini oleh orang-orang yang
memiliki penyakit hati disebabkan nafsu. Namun ini bukanlah tegahan untuk semua
percakapan dengan setiap lelaki. Ini dibuktikan melalui keterangan Allah SWT.
pada penutup ayat berkenaan.
Antara
hadith-hadith yang difahami secara salah adalah hadith yang direkodkan oleh
Bukhari dan Muslim:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ
النِّسَاءِ
“Aku tidak meninggalkan satu
fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” HR.
Bukhari dan Muslim
Mereka
menganggap dan membuatkan orang lain beranggapan, fitnah ini bermaksud wanita
adalah kejahatan dan kesengsaraan, ataupun
musibah yang menimpa manusia seperti musibah kemiskinan, penyakit,
kelaparan dan ketakutan. (Apa yang dimaksudkan dengan fitnah ialah ujian).
Sebagaimana diantara firman Allah Ta’ala berkenaan dengan ujian keatas manusia:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ
وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi
ujian. At-Thaghabun,15
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Ketahuilah,sesungguhnya harta benda
kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi ujian/cubaan. Al-Anfal:28
Namun
mereka terlepas pandang satu perkara penting, iaitu manusia sebenarnya lebih
banyak diuji dengan kesenangan berbandingan dengan diuji dengan kesusahan.
وَنَبْلُوكُمْ
بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً
…Dan kami menguji kamu dengan kesusasahan dan kesenangan sebagai
fitnah/cubaan. Al-Anbiya:35
Tidak
ada perkara lebih jelas yang dinyatakan dalam al-Quran tentang fitnah
kesenangan, iaitu harta benda dan anak-anak. Kedua-duanya adalah antara nikmat
dan perhiasan terbesar kehidupan dunia. Ia menjadi fitnah sebagai mana
diperingatkan Allah SWT. dalam kitabnya yang mulia.
Fitnah
ini pula mampu memesongkan manusia daripada kewajipan dirinya kepada Tuhan. Ia
juga melalaikan mereka daripada destinasinya. Allah SWT. menyatakan tentang
perkara ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ
وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ
هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai
orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak
pinak kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka
itulah orang-orang yang rugi. Al-Munafiqun:9
Sama
seperti mana manusia takut untuk diuji dengan harta dan anak-anak, mereka juga
takut untuk diuji dengan wanita. Selain itu takut untuk diuji dengan isteri-isteri
yang menghalang mereka daripada perjuangan dan jihad. Isteri-isteri yang
menggoda mereka supaya menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan khusus
daripada kewajipan-kewajipan umum. Disebabkan perkara ini terdapat peringatan
dari al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ
وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman,
sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh
bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; Al-Thaghabun:14
Para
wanita menjadi fitnah sekiranya mereka menjadi alat bagi membangkitkan dan
merangsangkan syahwat. Selain itu apabila mereka menyalakan api keinginan dalam
hati para lelaki. Inilah bahaya yang paling besar. Keadaan ini ditakuti mampu
meruntuhkan akhlak, mencemarkan harga diri, serta menjadikan keluarga dan
masyarakat porak peranda.
Peringatan supaya berhati-hati
dengan wanita dalam konteks ini sama seperti peringatan supaya berhati-hati
dengan kurniaan harta,kemewahan, dan kesenangan hidup. Perkara ini terdapat
dalam hadith sahih, “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang paling aku takuti
terhadap kamu semua. Namun, apa yang aku takuti adalah kekayaan dunia dilimpahkan
keatas kamu semua, sebagaimana dilimpahkan keataas orang-orang sebelum kamu.
Maka kamu semua berlumba-lumba kepadanya sama seperti mereka berlumba-lumba.
Lalu kamu semua dibinasakan seperti mana mereka dibinasakan?
Hadith
ini tidak bermaksud Rasulullah SAW. hendak menyebarkan kemiskinan. Bahkan
Baginda memohon perlindungan kepada Allah SWT. daripada kemiskinan.dan
mengaitkan kemiskinan dengan kekufuran. Bukan kerana Baginda membenci umatnya
memperolehi kemakmuran, kemewahan, dan kekayaan harta. Malah Baginda
mengatakan, “Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang baik”.
Sebaliknya,
Baginda memberi peringatan penting kepada individu Muslim dan masyarakat Muslim
supaya apabila mereka berhadapan dengan jalan yang licin dan berbahaya, mereka
perlu memelihara gerak langkah supaya tidak tergelincir dan terjerumus kedalam
jurang tanpa kesedaran dan kemahuan mereka.