Sunday, 11 March 2018

Jual beli di dalam Masjid

Jual beli di dalam Masjid

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ فِي الْمَسْجِدِ وَأَنْ تُنْشَدَ فِيهِ ضَالَّةٌ وَأَنْ يُنْشَدَ فِيهِ شِعْرٌ وَنَهَى عَنْ التَّحَلُّقِ قَبْلَ الصَّلَاةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ


Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu 'Ajlan dari 'Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari kakeknya bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang berjual beli di masjid, mencari sesuatu yang hilang, mendendangkan syair dan mengadakan pertemuan/halaqah (di masjid) sebelum shalat Jum'at." HR Abu Daud,911

Kandungan hadith ini sangat jelas menyebut larangan berjual beli dalam masjid. Namun,rangkaian sanad ini di sisi ahli hadith muqaddimin seperti Syu'bah, Yahya al-Qattan,al-Syafi'i,Ahmad,Abu Daud dan laun-lain adalah dhaif. Mereka tidak berhujah dengannya kerana ia merupakan sebuah sahifah (buku catitan yang belum dipastikan kesahihan tulisannya). Adapun ahli hadith mutaakhirin seperti al-Zahabi,Ibnu Hajar dan lain-lain,mereka menilainya sebagai rantaian hasan.

Selain hadith ini , terdapat hadith lain yang direkodkan oleh Imam al-Tirmizi,

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ خُصَيْفَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ ثَوْبَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً فَقُولُوا لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ كَرِهُوا الْبَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ وَقَدْ رَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ فِي الْمَسْجِدِ

Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal, telah menceritakan kepada kami 'Arim telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad, telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Khushaifah dari Muhammad bin Abdurrahman bin Tsauban dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika kalian melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah; Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada barang daganganmu. Jika kalian melihat orang yang mengumumkan sesuatu yang hilang di dalamnya maka katakanlah; Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu." Abu Isa berkata; Hadits Abu Hurairah adalah hadits hasan gharib dan menjadi pedoman amal menurut sebagian ulama, mereka memakruhkan menjual dan membeli di dalam masjid, ini adalah pendapat Ahmad dan Ishaq namun sebagian ulama membolehkan menjual dan membeli di dalam masjid. HR Tirmizi,1242.

Al-Tirmizi berkata, "Hadith hasan gharib". Ucapan ini menunjukkan penilaian lemah hadith hadith ini. Kecacatannya dijelaskan oleh al-Thabrani, "Tidak ada yang meriwayatkan hadith ini secara bersambung melainkan Abdul Aziz al-Darawardi. Rujuk Mu'jam al-Awsath,no 2605.

Al-Daraquthi mentarjih sanad ini mursal. Yakni dari Ibn Tsauban daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam,tanpa menyebut Abu Hurairah. Demikian penjelasan beliau dalam kitab 'ilal. Rujuk kitab " 'ilal al-Waridah fi al-Hadith an-Nabawiyah no 1870. 10/65.

Bagaimanapun, sebahagian ulama mensahihkan hadith ini seperti Ibn Khuzaimah, Ibn Hiban dan al-Hakim. Ketiga-tiganya dikenali agak 'mutasahil' (longgar) dalam menilai hadith. Penilaian mereka tidak sekuat al-Daraqutni.

Pendapat ahli Fiqh dalam menatafsir isi kandungan hadith ini dan kesimpulan hukum berjual beli di dalam masjid serta kesan pada aqad.

Pandangan terpilih mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Zahiri menetapkan bahawa larangan dalam hadith ini tidak bermakna haram, akan tetapi makruh. Sesiapa yang melakukan aqad jual beli di dalam masjid, maka ia telah melakukan perbuatan ysng dibenci. Namun, aqad jual belinya tetap sah.

Berkata Imam Syafi'i,' Saya memakruhkan jual beli di dalam masjid. Jika seorang mu'takif (orang yang sedang beri'tikaf) atau selainnya melakukan jual beli,aku memakruhkannya. Judl beli itu sah. Demikian ucapsnnya dalam kitab Mukhtashar al-Buwaiti sebagaimana dinukil oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu'. Al-Majmu', 6/530.

Dalam mazhab Hambali ada dua pendapat. Satu pendapat mengatakan makruh tetapi sah. Ibnu Qudamah fan Ibn Muflih memilih pendapat kedua ini.

Abu Ja'afar al-Tahawi daripada mazhab Hanafi
mengajukan pendapat yang sangat baik. Dalam kitab 'Syarh Ma'ani ak-Atsar', beliau mengatakan bahawa jual beli di dalamasjid menjadi terlarang apabila melibatkan ramai orang sehingga seolah-olah seperti pasar. Adapun jika tidak sampai seperti itu, maka jual beli dalam masjid hukumnya harus. Syarh Ma'ani ak-Atsar,4/358.

Walaupun begitu aktiviti berjual beli di masjid sebaiknya hendaklah dihindari. Hal ini kerana masjid bukan dibina untuk aktiviti-aktiviti duniawi seperti ini. Masjid dibina untuk solat, zikir dan aktiviti-aktiviti ibadah lainnya.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang Arab yang kencing di dalam madjid,

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ دَخَلَ أَعْرَابِيٌّ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ فَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِمُحَمَّدٍ وَلَا تَغْفِرْ لِأَحَدٍ مَعَنَا فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ لَقَدْ احْتَظَرْتَ وَاسِعًا ثُمَّ وَلَّى حَتَّى إِذَا كَانَ فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ فَشَجَ يَبُولُ فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ بَعْدَ أَنْ فَقِهَ فَقَامَ إِلَيَّ بِأَبِي وَأُمِّي فَلَمْ يُؤَنِّبْ وَلَمْ يَسُبَّ فَقَالَ إِنَّ هَذَا الْمَسْجِدَ لَا يُبَالُ فِيهِ وَإِنَّمَا بُنِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ وَلِلصَّلَاةِ ثُمَّ أَمَرَ بِسَجْلٍ مِنْ مَاءٍ فَأُفْرِغَ عَلَى بَوْلِهِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Ali bin Mushir dari Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata; "Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk, seorang arab badui masuk ke dalam masjid. Kemudian arab badui itu berdoa; "Ya Allah, ampunilah aku dan Muhammad dan jangan engkau ampuni orang lain bersama kami." Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertawa seraya bersabda: "Engkau telah mempersempit sesuatu yang luas." Laki-laki itu kemudian berlalu dan kencing di pojok masjid. maka ketika arab badui itu telah memahami (tidak boleh kencing dalam masjid) ia berjalan ke arahku dan berkata; "Demi bapak dan ibuku, ia (Muhammad) tidak menghardik dan tidak mencela." Beliau lalu bersabda: "Sesungguhnya masjid ini tidak boleh dikencingi, ia dibangun untuk dzikir dan shalat kepada Allah." Beliau kemudian minta diambilkan satu ember air, lalu menyiramkan pada bekas kencing tersebut." Ibn Majah 522

No comments:

Post a Comment