Saturday, 17 March 2018

Masuk Syurga dengan merangkak kerana banyak harta?

Masuk Syurga dengan merangkak kerana banyak harta?

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ حَسَّانَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عُمَارَةُ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : بَيْنَمَا عَائِشَةُ فِي بَيْتِهَا إِذْ سَمِعَتْ صَوْتًا فِي الْمَدِينَةِ ، فَقَالَتْ : مَا هَذَا ؟ قَالُوا : عِيرٌ لِعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَدِمَتْ مِنَ الشَّامِ تَحْمِلُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ ، قَالَ : فَكَانَتْ سَبْعَ مِئَةِ بَعِيرٍ ، قَالَ : فَارْتَجَّتِ الْمَدِينَةُ مِنَ الصَّوْتِ ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : قَدْ رَأَيْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ حَبْوًا ، فَبَلَغَ ذَلِكَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ ، فَقَالَ : إِنْ اسْتَطَعْتُ لأَدْخُلَنَّهَا قَائِمًا ، فَجَعَلَهَا بِأَقْتَابِهَا ، وَأَحْمَالِهَا فِي سَبِيلِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.وفي رواية قال: إن استطعت لأدخلنها قائمًا فجعلها بأقتابها وأحمالها في سبيل الله وكانت سبعمائة بعير فارتجت المدينة من الصوت

Ketika ‘Aisyah radhiallahu ‘anha sedang berada di rumahnya, tiba-tiba dia terdengar suara yang menggoncangkan Madinah. ‘Aisyah pun berkata, “Suara apa itu?”Orang-orang menjawab, “Itu suara kafilah dagang ‘Abdurrahman bin ‘Auf yang baru datang dari Syam sebanyak tujuh ratus ekor unta.” ‘Aisyah radhiallahu ‘anha berkata:
Adapun aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku melihat ‘Abdurrahman bin ‘Auf memasuki syurga dengan merangkak.”
Ucapan itu sampai ke telinga ‘Abdurrahman bin ‘Auf, lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf mendatangi ‘Aisyah untuk menanyakan hal itu. ‘Aisyah pun menceritakan hadits tersebut. ‘Abdurrahman bin ‘Auf berkata, “Sesungguhnya kupersaksikan kepadamu, bahawa semua unta ini beserta beban yang dibawanya, juga semua pelana dan barang-barangnya, aku berikan untuk perjuangan di jalan Allah.”
-dan dalam riwayat lain, ‘Abdurrahman bin ‘Auf berkata, “Seandainya aku mampu, nescaya aku akan masuk syurga dengan berjalan,” lalu dia pun memberikan semua unta beserta pelana-pelana dan muatannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan itu sebanyak tujuh ratus ekor unta yang suaranya mengguncangkan Madinah [Musnad Ahmad 1/15 no. 24280]

Secara kajian sanad, hadith ini dinilai mungkar. Imam Ahmad bahkan menilai hadith ini dusta dan mungkar. Beliau pernah menyuruh hadith ini dikekuarkan dari kitab musnad beliau.

Kelemahan hadith ini terletak pada 'Umar bin Zadzan. Ahli hadith menilai beliau sebagai seorang perawi yang sangat lemah dan sering meriwayatkan hadith-hadith mungkar. Beliau telah bertafarrud dalam meriwayatkan hadith ini.

Kisah di atas rapuh, dan yang menjadi cacat (penyakit)nya adalah ‘Umarah bin Zadzan ash-Shidalani Abu Salamah al-Bashri:

Pertama: al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan ‘Umarah bin Zadzan di kitab at-Tahdzib (7/365), dan beliau mengatakan:

(1) telah berkata al-Atsram dari Ahmad, “Yang diriwayatkan dari Tsabit dari Anas adalah hadith-hadith mungkar.”

(2) dan berkata al-Ajurri dari Abu Dawud, “Laisa bi dzaka.”

(3) dan as-Saji berkata, “Padanya terdapat kelemahan, tidak ada apa-apanya dan tidak kuat dalam hadith.”

Ada juga "nuqaad" yang mengatakan ‘Umarah bin Zadzan itu perawi yang matruk.

Tidak dinafikan,terdapat beberapa sanad lain bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar dalam al-Qaul al-Musaddad. Walaupun begitu,kesemua sanad tersebut berstatus lemah dan tidak dapat dijadikan hujah.

Al-Munziri berkata dalam al-Targhib wa al-Tarhib, "Diriwayatkan daripada jalur dan daripada hadith sekumpulan sahabat dari Nabi bahawa Abdul Rahman bin Auf akan masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana banyak harta. Sanad yang paling kuat bagi hadith ini pun tidak lepas daripada kritikan. Tiada satu pun sanadnya mencapai darjat hasan jika bersendirian. al-Targhib wa al-Tarhib. 4822.

Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Maudu'at menilai hadith ini sebagai palsu. Beliau lalu berkata, "Hadith batil seperti ini dijadikan pegangan oleh ahli zuhud yang jahil. Mereka berpandangan bahawa harta menghalang daripada mencapai kebaikan. Mereka berkata "Jika Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak, ini cukup sebagai celaan bagi harta".

Justeru itu, harta bukanlah sebagai penghalang kepada seseorang itu untuk masuk syurga. Akan tetapi yang menghalang seseorang itu dari memasuki syurga adalah bergantung kepada amalannya.
Oleh kerana itu, jika hartanya diperolehi dengan cara yang haram atau dibelanjakan untuk perkara-perkara yang dilarang, tentu harta tersebut akan menghalang pemiliknya daripada masuk ke syurga. Malah, ia akan menjerumuskan pemiliknya ke dalam neraka.

Akan tetapi, jika harta itu diperolehi dengan cara yang halal, lalu diinfakkan dengan cara yang sepatutnya, maka Islam tidak mencela harta tersebut. Sebaliknya, harta itu merupakan perhiasan Allah yang disediakan untuk orang beriman di dunia. Allah berfirman,

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui. Al-A'raf:32

Malah pemilik harta seperti ini berpeluang untuk melakukan amal ibadah yang tidak dapat dilakukan oleh orang yang tidak berharta. Lebih penting daripada itu, Muslim yang berharta mampu membuat perubahan dengan hartanya. Ia boleh membantu umat sambil melabur untuk akhiratnya.

Salah seorang 'pelabur akhirat' ialah Sayidina Uthman bin Affan. Beliau sangat pandai melabur untuk akhirat sehingga diakui telah berjaya 'membeli' syurga. Yang pertama,apabila beliau membeli 'Perigi Rumah' dan yang kedua apabila beliau membiayai pasukan 'usrah (Perang Tabuk). Rujuk al-Mustadrak 'ala Ash-Shahihain. No 4570.

Dalil dari hadth bekenaan "Perigi Rumah",

أَخْبَرَنِي زِيَادُ بْنُ أَيُّوبَ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي الْحَجَّاجِ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ حَزْنٍ الْقُشَيْرِيِّ قَالَ شَهِدْتُ الدَّارَ حِينَ أَشْرَفَ عَلَيْهِمْ عُثْمَانُ فَقَالَ أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ وَبِالْإِسْلَامِ هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَلَيْسَ بِهَا مَاءٌ يُسْتَعْذَبُ غَيْرَ بِئْرِ رُومَةَ فَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي بِئْرَ رُومَةَ فَيَجْعَلُ فِيهَا دَلْوَهُ مَعَ دِلَاءِ الْمُسْلِمِينَ بِخَيْرٍ لَهُ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَجَعَلْتُ دَلْوِي فِيهَا مَعَ دِلَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنْتُمْ الْيَوْمَ تَمْنَعُونِي مِنْ الشُّرْبِ مِنْهَا حَتَّى أَشْرَبَ مِنْ مَاءِ الْبَحْرِ قَالُوا اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ فَأَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ وَالْإِسْلَامِ هَلْ تَعْلَمُونَ أَنِّي جَهَّزْتُ جَيْشَ الْعُسْرَةِ مِنْ مَالِي قَالُوا اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ فَأَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ وَالْإِسْلَامِ هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ الْمَسْجِدَ ضَاقَ بِأَهْلِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَشْتَرِي بُقْعَةَ آلِ فُلَانٍ فَيَزِيدُهَا فِي الْمَسْجِدِ بِخَيْرٍ لَهُ مِنْهَا فِي الْجَنَّةِ فَاشْتَرَيْتُهَا مِنْ صُلْبِ مَالِي فَزِدْتُهَا فِي الْمَسْجِدِ وَأَنْتُمْ تَمْنَعُونِي أَنْ أُصَلِّيَ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ قَالُوا اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ وَالْإِسْلَامِ هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ عَلَى ثَبِيرٍ ثَبِيرِ مَكَّةَ وَمَعَهُ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَأَنَا فَتَحَرَّكَ الْجَبَلُ فَرَكَضَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرِجْلِهِ وَقَالَ اسْكُنْ ثَبِيرُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ قَالُوا اللَّهُمَّ نَعَمْ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ شَهِدُوا لِي وَرَبِّ الْكَعْبَةِ يَعْنِي أَنِّي شَهِيدٌ

..... "Barangsiapa membeli sumur Rumah kemudian meletakkan padanya embernya bersama dengan ember orang-orang muslim dengan kebaikan darinya, maka ia akan berada dalam Surga." ........HR al-Nasai.3551. Sahih.

Perigi (sumur) Rumah ialah satu-satunya sumber air bersih di Madinah apabila kaum Muslimin berhijrah. Perigi tersebut dimiliki oleh seorang Yahudi yang biasa meminta bayaran daripada setiap orang mengambil air daripadanya. Uthman membelinya dengan harga 35 000 dirham. Beliau lalu mewaqafkan sumur ini agar seluruh kaum Musliimin dapat memperolehi air bersih secara percuma.

Ketika perang Tabuk, Uthman memberikan ribuan dinar kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk membiayai pasukan Muslimin yang sangat memerlukan bekalan dan peralatan. Baginda sangat bergembira dengan sumbangan tersebut. Baginda bersabda,

َ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ مَا عَلَى عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ

"Wahai 'Amr, betapa bagusnya harta yang baik bagi lelaki yang soleh".HR Tirmizi,3700

Dan juga dalil dari hadith bekenaan Perang Tabuk,

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ جَاءَ عُثْمَانُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَلْفِ دِينَارٍ قَالَ الْحَسَنُ بْنُ وَاقِعٍ وَكَانَ فِي مَوْضِعٍ آخَرَ مِنْ كِتَابِي فِي كُمِّهِ حِينَ جَهَّزَ جَيْشَ الْعُسْرَةِ فَيَنْثُرُهَا فِي حِجْرِهِ قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَلِّبُهَا فِي حِجْرِهِ وَيَقُولُ مَا ضَرَّ عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ الْيَوْمِ مَرَّتَيْنِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ

dari Abdurrahman bin Samurah dia berkata; "Utsman datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan membawa seribu dinar." Al Hasan bin Waki' berkata; "Sedangkan di dalam tempat yang lain dalam kitabku (lafadz hadits tersebut berbunyi; meletakkan) di dalam pakaiannya ketika beliau menyiapkan pasukan Usrah, kemudian Utsman menaruh dinar tersebut di kamar beliau, Abdurrhaman berkata; "Maka aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam membungkusnya seraya bersabda; "Tidak akan ada yang membahayakan Utsman setelah apa yang dia lakukan hari ini." Dan beliau mengulangi ucapannya hingga dua kali." Abu Isa berkata; "Hadits ini derajatnya hasan gharib melalui jalur ini." HR Tirmizi,3634.

Pendek kata,harta akan sangat berguna apabila berada di tangan yang amanah, sebagaimaa sabda 
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,

يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

“Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang Salih.” (HR. Ahmad 4/197. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini sahih sesuai dengan syarat Muslim)

No comments:

Post a Comment