Menguap daripada syaitan?
حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَانُ
Telah bercerita kepada kami 'Ashim bin 'Ali telah bercerita kepada kami Ibnu Abi Dza'bi dari Sa'id Al Maqbariy dari bapaknya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menguap itu dari setan. Maka bila seorang dari kalian menguap hendaklah sedapat mungkin ditahannya karena bila seseorang dari kalian menguap dengan mengeluarkan suara haa, setan akan tertawa". HR Bukhari,3289.
Apabila dirujuk kitab-kitab syarah hadith,maka secara umumnya ada terdapat dua sikap ulama dalam mentafsirkan hadith ini.
Sebahagian ulama memahami hadith ini secara hakikat, dengan makna,tafsiran syaitan kalimah syaitan yang disebut dalam hadith di atas bermaksud makhluk ghaib yang menjadi musuh manusia. Sebahagian yang lain pula memahami hadith ini secara majaz dengan mentafsirkan bahawa syaitan yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut adalah sesuatu yang memiliki sifat-sifat syaitan seperti kotor,ganas dan perosak.
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui. Al-Baqarah:268
Apabila diamati dan dibuat analisis kalimah syaitan dalam sl-Qur'an dan Sunnah menunjukkan makna yang sangat luas. Segala sesuatu yang buruk dan rosak sama ada berbentuk manusia,jin ataupun makhluk lain layak dinamakan syaitan.Justeru itu tidaklah menjadi kehairanan jika didapati ada ulama yang cenderung kepada pendapat yang kedua.
Kajian moden pula mengatakan bahawa "menguap" sebenarnya kerana kekurangan bekalan oksigen ke otak.
Dengan kefahaman ini, rasanya tidak ada masaalah antara kandungan hadith yang mengatakan bahawa "menguap adalah daripada syaitan" dengan kajian moden yang
mengatakan bahawa "menguap" sebenarnya kerana kekurangan bekalan oksigen ke otak.
Kekurangan oksigen juga boleh dikatogerikan sebagai "syaitan" kerana sifatnya yang menjejaskan kesihatan manusia.
Justeru itu hadith sahih tidak bertentangan dengan fakta yang sahih. Itulah kaedah yang menjadi pegangan seorang Muslim. Jika menemui sebuah hadith yang kandungannya seolah-olah menyalahi fakta sains atau tidak masuk akal, maka ada tiga kemungkinan:
1- Hadith tersebut tidak sahih.
2-Tersalah faham dalam memahami kandungannya.
3-Fakta sains tersebut belum terbukti kebenarannya.
No comments:
Post a Comment