Saturday, 11 November 2017

Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rasul.

Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rasul.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ شُرَيْحٍ الْإِسْكَنْدَرَانِيُّ حَدَّثَنِي أَبُو هَانِئٍ الْخَوْلَانِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا عَلِيٍّ الْجَنْبِيَّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ


Telah menceritakan kepada Kami Muhammad bin Rafi', telah menceritakan kepada Kami Abu Al Husain Zaid bin Al Hubab, telah menceritakan kepada Kami Abdurrahman bin Syuraih Al Iskandarani, telah menceritakan kepadaku Abu Hani` Al Khaulani bahwa ia mendengar Abu Ali Al Hanbi bahwa ia mendengar Abu Sa'id Alkhudri radliallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah shallla Allahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa yang mengatakan; RADHIITU BILLAAHI RABBAN WA BIL-ISLAAMI DIINAN WA BIMUHAMMADIN RASUULAN (Aku ridha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai rasul), maka wajib baginya untuk masuk Surga. HR Abu Daud 1306. Sahih

Dalil hadith,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ أَبِي عُمَرَ الْمَكِّيُّ وَبِشْرُ بْنُ الْحَكَمِ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ وَهُوَ ابْنُ مُحَمَّدٍ الدَّرَاوَرْدِيُّ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْهَادِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَاقَ طَعْمَ الْإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya bin Abu Umar al-Makki dan Bisyr bin al-Hakam keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz -yaitu Ibnu Muhammad ad-Darawardi- dari Yazid bin al-Had dari Muhammad bin Ibrahim dari Amir bin Sa'ad dari al-Abbas bin Abdul Muththalib bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Telah merasakan nikmatnya iman bagi orang yang ridla dengan Allah sebagai Rabb dan Islam sebagai agama serta Muhammad sebagai Rasul." HR Muslim,49.
Hadith diatas menunjukkan besarnya keutamaan reda kepada Allah Subhanahuwata'ala, Rasul-Nya dan agama Islam, bahkan sifat ini merupakan pertanda benar dan sempurnanya keimanan seseorang serta sebagai tanda bahawa ia sudah memperolehi kemanisan iman.

Dalil al-Qur'an,

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu(wahai para Sahabat) "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, Hujurat:7

Reda kepada Allah Subhanahuwata'ala sebagai Tuhan/Rabb:

Dalil al-Qur'an,

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Al-Bayyinah:8

Reda kepada Allah Subhanahuwata'ala sebagai Tuhan/Rabb terikat dengan nilai penyerahan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala, iaitu sebagai Tuhan yang bergantung hamba kepada-Nya, iaitu dalam usaha untuk berhubungan dengan-Nya dengan tujuan agar sentiasa dekat dengan-Nya. Dan reda juga adalah tenangnya hati dengan ketetapan (takdir) Allah Subhanahuwata'ala dan keserasian hati dengan sesuatu yang dijadikan Allah Subhanahuwata'ala.

Termasuk juga reda kepada segala perintah dan larangan-Nya, kepada ketentuan dan pilihan-Nya, serta kepada apa yang diberikan dan dicegah-Nya.

Reda kepada Islam sebagai agama:

Adalah merasa cukup dengan mengamalkan syariat Islam dan tidak akan berpaling kapada selain Islam baik dalam hal meninggalkan maksiat ataukah mengerjakan ketaatan. Iaitu
reda dengan syari’at-Nya, sehingga memaksa diri untuk tetap diatas syariat-Nya dan tidak berpaling darinya, serta teringat dilubuk hati akan balasan terhadap apa yang dilakukan,maka disaat itu seseorang itu akan merasakan manisnya iman.

Islam adalah agama yang memiliki banyak keutamaan yang agung dan membuahkan hal-hal yang terpuji dan hasil-hasil yang mulia.
Kesyumulan Islam daripada sudut manhaj (cara dan pendekatan) sangat jelas. Al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma’ ulama’ dan Qias merupakan sumber rujukan utama sebagai seorang Muslim. Manhaj yang dibawa oleh Islam merangkumi aspek kehidupan kita yang terkandung dalam al-Quran dan dijelaskan melalui hadis Nabi SAW. Al-Quran yang kita amalkan ini, merupakan pegangan yang dibawa oleh RasululLah SAW dan dipegang teguh para sahabat. Al-Quran yang kita amalkan ini terpelihara di bawah jagaan Allah SWT. Allah SWT berfirman,

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. Al-Hijr:9

Reda kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rasul:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَٰكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Al-Ahzab:40

Iaitu beriman kepada Nabi Muhammad Sallalahu'alaihiwassalam, sebagai Nabi dan Rasul terakhir, iaitu penutup segala Nabi dan Rasul, maka risalahnya adalah risalah yang terakhir dan syariatnya akan berlaku hingga akhir zaman.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa risalah beliau adalah risalah yang paling lengkap dan paling sempurna yang pernah diturunkan oleh Sang Pencipta kepada hamba-Nya. Akidah semua nabi adalah satu, yakni tauhid, tetapi syariah mereka berbeza-beza. Oleh kerana Nabi Muhammad Sallalahu'alaihiwassalam adalah nabi penutup, maka risalahnya adalah risalah yang terakhir dan syariatnya akan berlaku hingga akhir zaman. Maka tiada agama yang diredai di sisi Allah Subhanahuwata'ala kecuali Islam, dan tidak ada nabi yang membawa syariat lain setelah Nabi Muhammad Sallalahu'alaihiwassalam.
Ia juga bermaksud mencukupkan diri dengan mengikuti segala petunjuk dan sunnah Rasulullah Sallalahu'alaihiwassalam dalam perkara aqidah, syariat dan juga nilai-nilai. Juga dalam perkara beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah, serta tidak menginginkan selain petunjuk dan sunnah beliau Sallalahu'alaihiwassalam.

No comments:

Post a Comment