Larangan sikap suka berbantah-bantah atau suka berdebat yang boleh membawa kepada permusuhan dan dendam.
حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim dari Ibnu Juraij dari Ibnu Abi Mulaikah dari 'Aisyah radliallahu 'anha dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang paling keras (gemar) dalam berbantah-bantahan". HR Bukhari,2277.
Dalil al-Qur'an,
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.Ali-Imran:66.
Dalil al-Qur'an,
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantah di hadapan Tuhanmu. Az-Zumar:31
Dalil al-Qur'an,
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. Al-Kahfi:54
Berbantah atau berdebat yang dimaksudkan oleh hadith diatas adalah berbantah dengan cara yang batil atau tanpa ilmu.
Berbantah -bantahan atau berdebat, jika tidak dilakukan dengan cara yang baik dan santun, akan berhujung dengan permusuhan dan dendam. Apatahlagi jika masing-masing pihak bersikap takabur, yakni menolak kebenaran. Berbantahan atau perdebatan yang berpanjangan lazim terjadi akibat sikap takabur tersebut. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa salllam :
الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia”. HR. Muslim
Berbantah-bantahan juga akan mengurangkan tenaga dan fokus. Oleh kerana itu, Islam melarang umatnya berbantah-bantahan, apatahlagi sehingga berhujung kepada permusuhan atau merosakkan ukhuwah. Perbezaan pendapat disahkan dalam Islam, selama perkara tersebut menyangkut masalah furu’ (cabang), seperti teknik ibadah atau mu’amalah, bukan dalam perkara berkenaan pokok agama (ushul), seperti masalah akidah.
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. al-Anfal:46
Berbantah-bantahan berpotensi menjerumuskan pelakunya ke jurang kemaksiatan lain, seperti dengki dan dendam. Bahkan, jika merasakan diri paling benar, maka akan dapat menjerumuskan seseorang pada jurang kemusyrikan kerana yang paling benar hanya Allah Subhanahuwata'ala.
Perdebatan atau berbantah yang terpuji:
Perdebatan atau berbantah yang terpuji adalah dengan tujuan untuk menampakkan kebenaran dan menjelaskannya, atau untuk menyeru manusia ke jalan Allah denga cara yang baik, yang dilakukan oleh seorang yang ‘alim dengan niat yang baik dan konsisten dengan adab-adab syare'i maka perdebatan seperti inilah yang dipuji.
Dalil al-Qur'an :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik”. An-Nahl : 125
Dalil al-Qur'an,
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik”. Al-‘Ankabut : 46
Dalil al-Qur'an,
قَالُوا يَانُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
“Mereka berkata: “Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar”. Hud : 32
No comments:
Post a Comment