Wednesday, 5 April 2017

Ucapan salam kepada Non Muslim

Ucapan salam kepada Non Muslim

Sumber rujukan:
Hadith riwayat Bukhari.
Hadith riwayat Muslim.

Setiap agama ada mempunyai cara sendiri untuk menunjukkan rasa hormat terhadap saudara atau sahabat yang baru dikenali.

Begitu juga dengan agama Islam. Malahan,cara yang diatur oleh Islam adalah ucapan yang berbentuk doa. Ia boleh diungkapkan sewaktu pertemuan dengan seseorang, di mana sahaja dia berada. Namun, jika ucapan tersebut ingin ditujukan kepada orang bukan Islam, maka perlu diambil perhatian bahawa Nabi saw. pernah bersabda:

لَا تَبْدَؤُا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ

Ertinya: Janganlah kamu memulakan salam kepada orang Yahudi atau Nasrani” HR Muslim
Perlu diingatkan bahawa hadith ini tidak bererti jika orang kafir memberi salam maka ia tidak perlu dijawab. Hal yang demikian adalah kerana kita dibolehkan untuk menjawab salam mereka dengan ucapan salam Islam.

Cara menjawab ucapan salam mereka ada diterangkan di dalam sabda baginda saw.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ أَصْحَابَ أن النبي صلى الله عليه وسلم: قَالُ الِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِنَّ أَهْلَ الْكِتَبِ يُسَلِّمُونَ عَلَيْنَا فَكَيْفَ نَرُدُّ عَلَيْهِم قَالَ قُولُوا وَعَلَيْكُمْ٠

Ertinya:”Anas ra meriwayatkan bahawa sahabat-sahabat Nabi saw pernah bertanya kepada Nabi saw: Seandainya Ahli kitab memberi salam kepada kami, apakah cara untuk menjawabnya? Sabda Nabi saw: “katakan:  وَعَلَيْكُمْ  HR Muslim

Didalam hadith lain dinyatakan:
إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ

Ertinya:”Apabila ahli kitab memberi salam kepadamu hendaklah kamu menjawab: وَعَلَيْكُمْ HR Muslim
Maksud وَعَلَيْكُمْ dalam dua hadis di atas ialah; “dan ke atas kamu”. Terdapat berbagai pandangan ulama mengenai apa yang dimaksudkan “ke atas kamu”. Pendapat yang diterima adalah pendapat yang mengatakan bahawa maksud perkataan tersebut adalah supaya salam yang dibalas kepada mereka tidak menggunakan perkata yang sama seperti jawapan salam yang ditujukan khas untuk orang Islam.
Seterusnya perlu diambil perhatian bahawa larangan memberi salam kepada orang kafir hanya tertakluk kepada keadaan, tempat,golongan atau kumpulan yang hanya terdapat orang kafir sahaja. Ini bererti, apabila orang Muslim berkumpul dengan orang kafir dalam satu majlis, dibenarkan kita memberi salam, sebagaimana sabda Baginda saw:

عَنْ أُسَامَةَ بن زَيْدٍ قَالَ: أن النبي صلى الله عليه وسلم رَكِبَ حِمَارًا عَلَيْهِ...حَتَّى  مَرَّ بِمَجْلِسٍ فِيهِ أَخْلَاطٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ، وَالْمُشْرِكِينَ عَبَدَةُ الْأَوْثَانِ وَالْيَهُودُ، فِيْهِم عَبْدُالله بن أُبَيْ وَذَلِكَ قَبَلَ أَنْ يُسَلَّمَ عَبْدُالله بْنِ أُبَيْ وَفِي الْمَجْلِسِ عَبْدُالله بْنِ رَوَّاحَةُ٠فَسَلّمَ عَلَيْهِمْ  النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم٠

Ertinya:”Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid bahawa Nabi saw pernah menunggang keldai.. ketika melalui satu majlis, yang terdapat didalamnya musyrik, penyembah berhala, dan orang Yahudi, serta Abdullah bin Salul dan Abdullah bin Rawahah... lalu Nabi saw mengucapkan salam kepada mereka”. HR Bukhari

Perlu difahami bahawa salam yang diberikan oleh Nabi saw adalah hanya ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja, bukanlah kepada orang kafir yang berada disitu.

No comments:

Post a Comment