Saturday, 15 April 2017

Hukum Fotografi

Hukum Fotografi

Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Fotografi adalah berbeza dengan gambar yang dilukis atau yang dipahat, ianya adalah suatu yang baru yang tidak ada dizaman Rasulullah saw. ataupun zaman ulama salaf. Persoalan sekarang adakah riwayat tentang gambar(para pelukis) dan patung tersebut cukup layak dan sesuai untuk menentukan hukum mengenai masaalah fotografi ini?

Mereka yang beranggapan bahawa gambar yang haram adalah gambar tiga dimensi, iaitu patung, maka tidak ada masaalah dengan fotografi ini, lebih-lebih lagi untuk foto setengah badan.
Apakah kes foto ini dapat diketagorikan sebagai gambar para pelukis atau dapat dianggap sebagai mnciptakan sesuatu yang menandingi penciptaan Allah swt?

Jawapannya:
            Tidak ada ‘llat(sebab) bererti tidak ada ma’lul. Tidak ada alasan hukum bererti tidak ada hukum yang ditetapkan. Secara jelasnya Sheikh Bakhit seorang pakar fatwa Mesir, menjelaskan bahawa fotografi yang pada hakikatnya adalah proses menangkap bayangan dengan alat tertentu, sama sekali tidaklah termasuk dalam kegiatan menggambar yang dilarang, kerana pembuatan gambar yang dilarang adalah menciptakan gambar yang belum ada dan belum dicipta sebelumnya. Dengan demikian, perbuatan itu tidak dianggap menandingi ciptaan Allah swt. Dasar pemikiran seumpama ini tentu tidak ada dalam kes fotografi.


Walaupun ada bahagian ulama yang melarang keras dalam semua jenis, termasuk fotografi, namun ianya tetap ada toleransi untuk keadaan darurat dan suatu keadaan yang memberi kemaslahatan, seperti IC, passport atau slide. Dalam keadaan seumpama ini, tentulah tidak ada niat untuk berlakunya penyucian dan sesuatu yang merosakkan keyakinan. Keperluan akan gambar di sini lebih besar dan penting daripada penggunaan lukisan dalam kain yang dikecualikan oleh Rasulullah saw.

No comments:

Post a Comment