Kraf
tangan patung, salib dan sebagainya.
Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif
Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.
Islam
mengharamkan gambar tiga dimensi, yakni patung,maka Islam juga mengharamkan
pembuatan patung (produksi). Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Sa’id
bin Abi Hasan, ia berkata: Ketika itu aku berada di sisi Ibn Abbas di saat
seseorang datang kepadanya dan berkata: “ Wahai Ibn Abbas, aku adalah orang
yang hidup dengan kraftanganku. Akulah yang membuat gambar ini. “Ibnu Abbas
menjawab: “Aku tidak akan mengatakan sesuatupun kepadamu selain apa yang aku dengar
dari Rasulullah saw. Aku mendengar Beliau bersabda:
مَنْ
صُورَةً فَإِنٌ اللهَ يُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخُ فِيْهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ
بِنَافِخِ فِيْهَا اَبَدًا
‘Sesiapa yang membuat patung, maka Allah akan
menyeksanya sampai dia meniupkan rah ke dalamnya, dan dia bukanlah orang yang
dapat meniupkan roh ke dalamnya untuknya selama-lamanya”.HR Bukhari
Orang
itu marah selepas mendengar penjelasan itu. Lalu Ibnu Abbbas berkata kepadanya:
“Celaka kamu, jika kamu masih tetap ingin membuatnya, buatlah pokok ini dan
benda-benda yang tidak hidup.
Hukum
yang sama juga berlaku kepada orang yang telibat dalam pengeluaran patung,
salib dan sejenisnya. Manakala untuk melukis di kanvas, papan dan fotoghrafi,
paling ringan hukumannya adalah mubah. Itupun jika tidak berkait dengan objek
yang diharamkan oleh Islam seperti pemanfaatan tubuh wanita, gambar ciuman,
atau objek bercorak seksual yang lain. Begitu juga gambar yang bercorak
penyucian kepada Malikat, Nabi dan para tokoh terkenal
No comments:
Post a Comment