Saturday, 10 June 2017

Hukum Istimta’ (bersuka-suka) dengan Isteri yang sedang haid

Hukum Istimta’ (bersuka-suka) dengan Isteri yang sedang haid

Dibolehkan memeluk isteri yang sedang haid, menyentuh,mencium dan sebagainya, iaitu pada selain daripada anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulama’.
Berdasarkan hadith berikut:

Dari Aisyah ranha:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي

Ertinya: Apabila saya haid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruhku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. HR. Ahmad, Tirmidzi.

Dari Maimunah ranha:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَاشِرُ نِسَاءَهُ فَوْقَ الْإِزَارِ وَهُنَّ حُيَّضٌ

Ertinya: Rasulullah saw.bercumbu dengan istrinya di daerah di atas sarung, ketika mereka sedang haid. HR. Muslim

Mereka berselisih pendapat di dalam masaalah beristimta’ (berseronok) pada anggota di antara pusat dan lutut. Terdapat tiga pendapat:

1-      Kebanyakan ulama’, termasuk Syafie’, Maliki dan Abu Hanifah:
Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakan dari berlakunya perkara haram (saddu al-zaraie’). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadith Aisyah ranha. riwayat syaikhan yang melarang berbuat demikian.

كَانَ إِحْدَانَا إِذَا كَانَتْ حَائِضًا أَمَرَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَأْتَزِرَ فِي فَوْرِ حَيْضَتِهَا ثُمَّ يُبَاشِرُهَا قَالَتْ وَأَيُّكُمْ يَمْلِكُ إِرْبَهُ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْلِكُ إِرْبَهُ

Ertinya : “ Apabila salah seorang daripada kami ( isteri-isteri Baginda s.a.w ) mengalami haid , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun memerintahkannya agar menutup di antara pusat dan lututnya dengan kain sarung , lalu Baginda s.a.w pun akan mendekatinya dan “ berseronok-seronok “ dengannya “ . Saidatina Aisyah r.a pun berkata lagi : “ Siapakah di kalangan kamu semua yang boleh menjaga nafsu-syahwatnya di saat seperti itu , sebagai mana yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ?  HR Bukhari  dan Muslim

2-      Hanbali dan al-Auzaie dan lain-lain. Berpendapat: Dibolehkan, kerana Hadith:

اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلَّا النِّكَاحَ
      
Ertinya: “Lakukanlah apa saja melainkan jimak”. HR Muslim

            Ketika menjelaskan hadis ini, At-Thibi mengatakan,
      إِنَّ الْمُرَادَ بِالنِّكَاحِ الْجِمَاعُ
          “Makna kata ‘nikah’ dalam hadis ini adalah hubungan intim.” Aunul ma’bud,

3-   Ulama golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.

Dr Wahbah al-Zuhaili pula berpendapat, didalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan pandangan yang berhati-hati (pendapat yang pertama). Jika seseorang itu baru kembali daripada permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari faraj (iaitu berjimak). Ini adalah untuk menghalang diri daripada terjebak ke dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dan sebagainya.


Inilah waktu yang nyata haram untuk berjimak. Adapun waktu lain tidak ditemui larangan untuk berjimak.

1 comment:

  1. Assalamualaikum .. jika memasukkan jari kedalam faraj apa hukumnya ? Pndapat imam syafie katakan utk berjaga2 .. berjaga2 disitu mmbawa kepada makruh atau haram ?

    ReplyDelete