Menahan
buang air atau angin dalam solat
Bolehkah
seseorang itu menahan solatnya jika dia hendak buang air atau angin atau dia
boleh membatalkan sahaja solatnya itu dan kembali berwuduk semula?
Rasulullah
saw bersabda:
لَا صَلَاةَ
بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ
Maksudnya:
“Tidak sempurna solat seseorang itu di waktu
sudah tersedia makanan dan ketika dia dalam keadaan menahan kencing dan berak”.HR
Muslim
Ada
ulama yang memahami hadith ini dengan tidak sahnya solat seseorang itu, jika
solatnya di dalam keadaan makanan sudah tersedia dan di dalam keadaannya
menahan kencing dan berak. Ini adalah pandangan ulama yang berpendapat bahawa
khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis
menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing.
Sebahagian
ulama yang lain pula memahami hadith ini dengan “tidak sempurna solat” bagi seseorang
yang makanannya sudah tersedia dan di dalam keadaannya menahan kencing atau
berak. Ini adalah menurut jumhur atau
majaoriti ulama yang berpandangan bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib.
Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat
atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan
kencing”.
Lantaran
itu, orang yang masih boleh khusyuk di dalam solatnya dan tidak begitu
terganggu dengan makanan dan gangguan untuk membuang air tadi, maka solatnya
boleh diteruskan seperti biasa. Bagi orang yang tidak dapat menahan pula dari
kekhusyukan solatnya dan kesakitan perutnya, maka seseloknya baginya makan
dahulu dan hendaklah dia membuang air dahulu.
Kepentingan
khusyuk dalam solat
Firman
Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ
الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk
dalam sembahyangnya.Surah
al-Mu’minun: 1-2
Ibn
Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan,
serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat
dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.
Setelah
ayat ini diturunkan, Baginda saw. mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya
kerana khusyuk ketika solat.
No comments:
Post a Comment