Was-was
kentut dalam solat
Jumhur
ulama bersepakat bahawa salah satu dari penyebab terbatalnya wudhu adalah apabila keluar apa sahaja
daripada qubul atau dubur, daripada najis, air mani mahupun, angin (kentut).
Oleh
itu, seseorang yang yakin bahawa dia telah kentut maka wudhunya akan terbatal
serta merta sama ada angin tersebut mengeluarkan bunyi atau tidak, berbau ataupun tidak.
Namun,
sekiranya seseorang ragu-ragu sama ada dia telah kentut ataupun tidak, pada
ketika inilah sifat-sifat yang zahir daripada kentut itu perlu diambil kira
bagi memastikan kedudukan wudhunya. Sifat-sifat zahir inilah yang mensyaratkan
sama ada angin itu mengeluarkan bunyi ataupun bau bagi menghilangkan keraguan
batalnya wudhu.
Sabda
Rasulullah SAW.
شَكَا
إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ
إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ أَوْ لَا
يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
"Seorang lelaki telah mengadu
kepada Rasulullah S.A.W bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu di dalam
solatnya (ragu-ragu wudhu’nya terbatal sewaktu sedang solat). Maka (baginda)
bersabda: Janganlah dia berhenti
(solat)sehingga mendengar bunyi atau mendapati (mencium) bau. HR Bukhari,
Muslim dan lain-lainnya.
وَعَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه
وسلم – – إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا, فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ
مِنْهُ شَيْءٌ, أَمْ لَا? فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا,
أَوْ يَجِدَ رِيحًا – أَخْرَجَهُ مُسْلِم
“Dari Abu Hurairah ra., ia berkata
bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Jika salah seorang di antara kamu mendapati
ada terasa sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah
tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau mendapati
bau.” HR. Muslim
Kaedah
Fikh
Dari
hadits di atas, dapat dihasilkan suatu kaedah yang biasa disebutkan oleh para
ulama,
اليقين
لا يزول بالشك
“Yang
yakin tidak boleh dihilangkan dengan ragu-ragu".
Justeru,
kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira
bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada
angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan
kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik
ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.
Maka
yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar,
lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa
seseorang itu masih dalam keadaan suci.
No comments:
Post a Comment