Thursday, 15 June 2017

Larangan Tajassus - تَجَسَّسُوا (Membongkar Rahsia- Mengintip atau mencari kesalahan)

Larangan Tajassus - تَجَسَّسُوا (Membongkar Rahsia- Mengintip atau mencari kesalahan)

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِي
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keabaikan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. Al-Hujurat:12

Larangan Tajassus- وَلَا تَجَسَّسُوا

Tajassus bermaksud mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain. Hal ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Larangan ini diletakkan setelah adanya larangan berburuk sangka, karena biasanya dari prasangka yang timbul itu kemudian akan menyeret seorang itu ke dalam perbuatan tajassus.

Mencari-cari kesalahan orang lain berarti pula membuka aib, dan merupakan sebuah hal yang dilarang dalam ajaran Islam. Dalam sebuah kehidupan masyarakat yang Islami, setiap individu dapat hidup dengan rasa aman terhadap jiwa, rumah tangga, rahsia peribadi dan aibnya. Tidak ada jalan dan ruang untuk melanggar kehormatan peribadi ini yang merupakan hak asasi bagi manusia.

Ajaran Islam telah menentukan pergaulan manusia berdasarkan keadaan lahir setiap insan, tidak ada hak untuk menyelidiki keadaan batin dan rahsia orang lain. Betapa besar perhatian Rasulullah dalam membersihkan lingkungan kehidupan masyarakat Islam dari penyakit tajassus ini. Hasilnya terbukti pada perilaku, budi bahasa, dan adab kesopanan para sahabat beliau. Sebagai contoh, para sahabat tidak akan mengambil sebuah keputusan kecuali terhadap yang zahir dan ada bukti nyata.

Dari Ibnu Umar radhiallahu’anu dengan lafaz,

اختصم رجلان إلى النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم, فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إنَّما أنا بشَرٌ وإنَّما أقضي بينكما بما أسمعُ منكما ، ولعلَّ أحدَكم أن يكونَ ألحنَ بحُجَّتِه من بعضٍ ، فمن قطعتُ له من حقِّ أخيه شيئًا, فإنَّما أقطع له قِطعةً من النَّارِ

Maksudnya: “Ada dua orang yang membawa hal perseteruannya kepada Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, lalu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa. Aku akan memutuskan perkara dari perseteruan ini berdasarkan apa yang aku dengar dari kamu. Dan boleh jadi salah seorang dari kalian lebih pandai dalam berhujah daripada yang lain. Maka barangsiapa yang aku tetapkan baginya sesuatu hal yang sebenarnya itu adalah hak dari orang lain. Maka pada hakikatnya ketika itu aku telah menetapkan baginya sepotong api neraka”.

Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya (Hadith yang semakna ada diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Al-Nasai dan Tirmizi.

Jika begitu apakah hukum pegawai penyiasat?

Jawapan:

Menurut kaedah usul fiqh, larangan yang dimaksudkan itu berbentuk ‘am, iaitu bersifat umum atau rata. Ini bermaksud, semua perbuatan mencari rahsia itu haram. Akan tetapi, disabitkan bahawa Nabi saw. sendiri pernah menghantar pengintip untuk urusan perang, maka keumuman larangan itu akan terbatas. Oleh yang demikian, penyiasat-penyiasat yang menjalankan tugas untuk keselamatan dan keperluan masyarakat dan Negara adalah tidak dilarang.

            Disini dapat kita fahami bahawa “tajassus” yang dilarang adalah dalam urusan-urusan biasa di antara sahabat, keluarga, dalam pergaulan, dan urusan-urusan yang tidak berkait dengan keperluan masyarakat umum serta keselamatan.


No comments:

Post a Comment