Sunday, 25 June 2017

Puasa enam syawwal - Seumpama Berpuasa Sepanjang Tahun


Puasa enam syawwal - Seumpama Berpuasa Sepanjang Tahun

عَنْ أَبِي أَيُوْبَ الأَنْصَارِي رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ‏ ‏صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الْدَهْرِ. رواه مسلم.

Maksud hadis :
*Daripada Abi Ayub Al-Ansori r.anhu katanya : Bahawa Rasulullah saw. telah bersabda: "Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun."* Hadith riwayat Muslim

Seseorang yang berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan, seolah-olah ia berpuasa setahun penuh.

Keterangannya, setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kali ganda.Berpuasa di Bulan Ramadhan seumpama berbuasa sepuluh bulan(300 hari). Sementara enam hari (dalam bulan syawwal) seumpama berpuasa dua bulan(60 hari). Maka jumlahnya menjadi setahun penuh(360 hari). Sehingga dapat diraih pahala ibadah setahun penuh tanpa keberatan, ianya adalah sebagai kemurahan dari Allah dan kenikmatan bagi para hambaNya.

Firman Allah Ta’ala,

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (Al An’am: 160).

Juga seperti yang dimaksudkan oleh Hadith Rasulullah SAW

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »

Dari Abu Hurairah,  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejahatan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejahatan tersebut, maka catatlah satu kejahatan yang semisalnya. Jika ia meninggalkan kejahatan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisalnya hingga 700 kali ganda.” HR. Bukhari dan Muslim

Cara perlaksanaannya:

Perlaksanaannya, boleh dengan dilakukan secara  berurutan ataupun terpisah-pisah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan pelaksanaannya adalah secara mutlak, dan tidak menyebutkan caranya dengan dilakukan secara berurutan atau terpisah.

Ini bermaksud juga bahawa seluruh bulan Syawwal merupakan waktu untuk berpuasa enam hari.

Hari pelaksanaannya tidak tertentu dalam bulan Syawwal. Ini bermaksud seorang mu`min itu boleh memilih waktu bilakah untuk melakukannya, (baik) di awal bulan, pertengahan bulan atau di akhir bulan. Juga boleh melakukannya secara terpisah atau berurutan. Oleh kerana itu perkara ini adalah fleksibel. Jika menyegerakan dan melakukannya secara berurutan di awal bulan, maka itulah afdhalnya. Sebab ianya menunjukkan menyahut tuntutan bersegera didalam melakukan kebaikan.
Allah Ta’ala berfirman,

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

“Berlomba-lombalah dalam kebaikan.” ( Al Baqarah: 148).

Begitu juga Allah Ta’ala berfirman,

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 133).

Para ulama menganjurkan (istihbab) pelaksanaan puasa enam hari dikerjakan setelah langsung hari ‘Idhul Fitri. Tujuannya, sebagai mencerminkan menyegerakan dalam melaksanakan kebaikan. Ini untuk menunjukkan bukti kecintaan kepada Allah, sebagai bukti tidak ada kebosanan dalam beribadah (berpuasa) pada dirinya, untuk menghindari faktor-faktor yang boleh menghalanginya berpuasa, jika ditunda-tunda.

No comments:

Post a Comment