Monday, 12 June 2017

Mengumpat dan taubat

Mengumpat dan taubat

Soalan:

Jika seseorang itu telah mengumpat saudaranya, dan ingin bertaubat, adakah dia perlu meminta ampun kepada orang yang diumpatinya atau cukup sekadar bertaubat dan meminta ampun kepada Allah?

Jawapan:

Menurut riwayat-riwayat terdahulu, perkara ini adalah seperti berikut:
1.       Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah mengumpat Safiyyah radhiyallahu ‘anha, isteri Rasulullah, kerana kerendahannya. Perbuatan itu mendapat teguran daripada Rasulullah saw.

وعن عائشة رضي الله عنها قالت قلت للنبي صلى الله عليه وسلم : حسبك من صفية كذا وكذا . قال بعض الرواة : تعني قصيرة فقال : [ لقد قلت كلمة لو مزجت بماء البحر لمزجته ،قالت : وحكيت له إنسانا فقال :  ما أحب أني حكيت إنسانا وإن لي كذا وكذا

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata : Aku berkata kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam : Cukuplah bagimu dari keburukan Safiyah seperti ini. Berkata sebahagian perawi : Dia (‘Aisyah) mengisyaratkan bahawa Safiyah itu rendah. Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah mengucapkan suatu kalimah yang mana jika dicampurkan (kalimah itu) dengan air laut nescaya akan tercampurlah (rosaklah dan bertukarlah) ia.” ‘Aisyah berkata : Aku menceritakan kepada baginda mengenai seseorang, baginda berkata : “Tidaklah aku suka bercerita mengenai seseorang walaupun aku diberi itu dan ini (dari benda-benda keduniaan).” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi; berkata al-Tirmizi : ‘Ia adalah hadis hasan sahih‘
2.       Zainab radhiyallahu ‘anha isteri Nabi saw pernah mengumpat Safiyyah radhiyallahu                        ‘anha dengan perkataan seakan memperkecilkannya kerana dia wanita Yahudi. Nabi saw    menunjukkan kemarahan besar atas kenyataan tersebut.
3.       Sahabat Nabi saw pernah mengumpat seseorang kerana kelemahannya. Rasulullah saw berkata kamu telah mengumpat.
4.       Seorang daripada sahabat Nabi saw pernah mengumpat seorang sahabat yang lain, maka Rasulullah saw berkata: “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu                                                            
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ  ، قَالَ : كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ ، فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " تَخَلَّلْ " ، فَقَالَ : مِمَّا أَتُخَلِّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ ! مَا أَكَلْتُ لَحْمًا ! ، قَالَ  " بَلَى ؛ مِنْ لَحْمِ أَخِيكَ أَكَلْتَ " .
Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata, “Kami sedang duduk-duduk disisi nabi, tiba-tiba ada seseorang yang berdiri dan mencela orang lain yang setelahnya. Melihat itu nabi berkata, “Bersihkan gigimu! maka dia menjawab mengapa aku harus membersihkannya? aku tidak makan daging! Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu!.Targhib
Terdapat beberapa lagi riwayat dan kejadian mengumpat di zaman Rasulullah yang berlaku di hadapan Baginda. Namun di dalam riwayat-riwayat tersebut, tidak terdapat peristiwa di mana Rasulullah saw memerintahkan agar pengumpat itu meminta maaf  daripada orang yang diumpat ini. Walau bagaimanapun, terdapat satu hadith berbunyi:

الغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ : وَكَيْفَ؟ قَالَ : الرَّجُلُ  يَزْنِي وَ يَتُوْبُ ، فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ

Mengumpat itu lebih teruk daripada zina. Seorang lelaki bertanya ,mengapa? “Sabda Baginda saw: “Seorang yang berzina lalu bertaubat, maka Allah akan mengampunkan dosanya. Tetapi mengumpat itu tidak akan diampunkan selagi yang diumpat itu tidak memaafkannya”. HR Thabrani dan Baihaqi.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ ، أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ ، وَلاَ دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ.

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi Nabi saw. sabdanya: "Barangsiapa yang di sisinya ada sesuatu dari hasil penganiayaan untuk saudaranya, baik yang mengenai kehormatan saudaranya itu atau pun sesuatu yang lain, maka hendaklah meminta kehalalannya sekarang juga - semasih di dunia, sebelum tidak berlakunya dinar dan dirham. Jikalau -tidak meminta kehalalannya sekarang ini, maka jikalau yang menganiaya itu mempunyai amal shalih, diambillah dari amal shalihnya itu sekadar untuk melunasi penganiayaannya, sedang jikalau tidak mempunyai kebaikan sama sekali, maka diambillah dari keburukan-keburukan orang yang dianiayanya itu, lalu dibebankan kepada yang menganiayanya tadi." Riwayat Bukhari.

Sabda Rasulullah saw:

أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ ؟ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لاَ دِرْهَمَ لَهُ وَلاَ مَتَاعَ. فَقَالَ « إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِى يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِى قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِى النَّارِ

"Apakah kalian tahu siapa orang yang bangkrut itu?" Para sahabat menjawab: "Orang bangkrut di kalangan  kita ialah orang yang sudah tidak memiliki dirham  atau sesuatu kekanyaan apapun." Beliau Nabi Nabi sholallohu alaihi wasallam  lalu bersabda: "Orang rugi dari kalangan ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa amalan shalat, puasa dan zakatnya, tetapi kedatangannya itu dahulunya - ketika di dunia - pernah mencaci maki si pulan, memfitnah si pulan, makan harta si pulan, mengalirkan darah si pulan - tanpa dasar kebenaran, pernah memukul si pulan. Maka orang yang dianiaya itu diberikan kebaikan orang tadi dan yang lain pun diberi kebaikannya pula, Jikalau kebaikan-kebaikannya sudah habis sebelum terlunasi tanggungan penganiayaannya, maka diambillah dari kesalahan-kesalahan orang-orang yang dianiayanya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, selanjutnya orang itu dilemparkanlah ke dalam neraka." Riwayat Muslim

Sabda Rasulullah saw:
 لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلا اللَّعَّانِ وَلا الْفَاحِشِ وَلا الْبَذِيءِ

Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keci dan berkata kotor. HR Tirmizi

Berdasarkan hadith-hadith di atas, jelaslah bahawa orang yang diumpat itu tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si pengumpat pula, jika tidak memohon maaf kepada mangsa umpatannya akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan hilang dan akan diperolehi oleh orang yang diumpatnya itu.

No comments:

Post a Comment