Hukum
Onani (Masturbation)
Jukhur
ulama’ menghukumnya sebagai haram. Dalil mereka ialah pada surah al-Mu’minun:5-7:
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ
حَٰفِظُونَ ٥ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ
غَيْرُ مَلُومِينَ ٦ فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ
٧
Ertinya
: “Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri
mereka atau hamba sahayanya. Mereka yang demikian itu tiada terceIa. Tetapi
sesiapa melakukan selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang
yang melewati batas. ”. Al Mukminun : 5 – 7
Ada juga
segelintir ulama’ yang tidak menghukumnya haram. Percangggahan pendapat ini
kerana tidak terdapat sebarang nas atau dalil yang khusus mengharamkan onani
ini.
Fatwa Dr.
Yusuf Qardawi dalam bukunya al-Halal wal Haram Fil Islam.
“Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian
dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu
menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini
sekarang dikenal dengan nama onani” (Bahasa arabnya: istimta’ atau adatus
sirriyah)
Kebanyakan
para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau berdalilkan
dalil ayat yang berbunyi:
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ
حَٰفِظُونَ ٥ إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ
غَيْرُ مَلُومِينَ ٦ فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ ٧
Ertinya
: “Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri
mereka atau hamba sahayanya. Mereka yang demikian itu tiada terceIa. Tetapi
sesiapa melakukan selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang
yang melewati batas. ”. Al Mukminun : 5 – 7
Sedangkan orang yang melakukan onani adalah
melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Imam
Ahmad ibn Hanbal pula berpendapat, bahawa mani adalah benda berlebihan. Oleh kerana
itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat
ini diperkuat oleh Ibnu Hazim. Manakala Ulama’ Hanafiah memberikan batas
kebolehan itu dalam dua perkara:
1- Kerana
takut berbuat zina.
2- Kerana
tidak mampu kahwin.
Pendapat
Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan ghairah itu memuncak
dan dibimbangi akan jatuh ke dalam haram. Cotohnya, seorang pemuda yang sedang
belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh
dihadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan melakukan zina. Kerana itu dia
tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergolara ghazirah
tersebut.
Langkah terbaik daripada itu semua ialah seperti apa
yang diterangkan oleh Rasulullah saw terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin
iaitu memperbanyakan puasa di mana dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar
dan hampir kepada ketakwaan dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah)
Allah kepada setiap jiwa seorang mu’min. Rasulullah saw bersabda:
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ
فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَـرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَـرْجِ. وَمَنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.
“Wahai para pemuda! barangsiapa di antara kamu yang
sudah berkemampuan , maka kahwinlah. Karena kahwin itu dapat menundukan
pandangan dan memelihara kemaluan.
Tetapi barangsiapa yang tidak mampu,
maka hendaklah ia berpuasa; sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.”HR
Bukhari
No comments:
Post a Comment