Ringkasan
Amalan Malam Raya dan Harinya
"Hari Raya Aidul Fitri" yang juga terkenal
dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Ta’ala untuk
umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal
bakti yang diredhai Allah.
Umat Islam adalah digalakkan untuk menyambut Hari Raya dengan :-
1-MemperbanyakanTakbir
Membaca takbir pada hari
Raya adalah disunatkan.Berkaitan takbir ketika Aidulfitri Allah Ta'ala
befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ
عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu
bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang
diberikanmu , semoga kamu jadi umat yamg bersyukur”.Al-Baqarah 185
Bertakbir Aiduladha,
Allah Ta'ala berfirman:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ
“Dan berzikirlah kepada Allah Ta'ala pada hari-hari tertentu”. al-Baqarah 203
Allah Ta'ala
berfirman:
كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ
عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
“Demikianlah Ia mengerahkannya untuk kamu supaya kamu
membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikanNya kepadamu”. al-Hajj 37
Menyambut Hari Raya
Dengan Takbir
Umat Islam digalakkan
menyambut hari raya "Aidulfitri dan "Aiduladha" dengan takbir
dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.
Ini diterangkan di dalam
al-Qur'an(diatas) dan juga di dalam
hadith yang berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ
بِالتَّكْبِيرِ
“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
"Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir”.HR Tabrani
Jumhur
ulama berpendapat bahawa takbir pada hari Raya Aidulfitri bermula pada
waktu pergi solat Hari raya hingga di mulakan khutbah. Dalam masaalah ini
terdapat beberapa hadis,namun kesemuanya dhaif. Bagaimanapun ada riwayat hadis
yang sahih dari Ibnu Umar dan sahabat-sahabat lainnya. Al-Hakim
berkata: "Ini merupakan Sunnah yang mashyur dikalangan ahli hadis." Ia
juga merupakan pendapat Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur.
Sebahagian
Ulama berpendapat bahawa takbir bermula sejak terlihatnya bulan pada malam
Hari Raya Aidilfitri hingga pagi hari ketika hendak pergi menuju tempat solat
atau imam berangkat untuk mengerjakan solat.
Contoh lafaz Takbir Ibn
Mas’ud ra. Riwayat dari beliau ada 2 lafaz takbir:
أ- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ
إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب- اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ
أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
Keterangan:
Lafadz: “Allahu Akbar”
pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Diriwayatkan oleh
Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.
2-
Memperbanyakan amal ibadah pada malam raya dan harinya
Allah Ta'ala befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ
عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu
bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanmu ,
semoga kamu jadi umat yamg bersyukur”.Al-Baqarah
185
Kemuliaan "Hari Raya - Idul Fithri "
diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga
diterangkan di dalam hadith seperti berikut:
عَنْ
أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ
يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w.
sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya
(Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,
hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati
(orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. HR Ibn Majah (Dhoif)
Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat
kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh, hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana
berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Ta’ala.
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar, hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari
itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.
Imam Nawawi berkata dalam Al Majmu’ (5: 42),
“Disunnahkan menghidupkan malam Idul Fithri dan Idul Adha dengan solat atau
amalan ketaatan lainnya. Didalam Al-Fiqhu ‘ala Madzahibil Arba’ah mengatakan
“Dianjurkan menghidupkan malam dua hari raya dengan keta’atan kepada Allah
berupa dzikir, tilawah al-Qur’an, dan semisal.
3-
Memperbanyakan Doa
Mengambil kesempatan berdoa pada malam hari raya,
kerana ia disebutkan sebagai salah satu daripada 5 waktu mustajabnya doa
seseorang hamba (Hadith berkaitan
perkara ini dhoif). Luangkanlah masa bukan sahaja ketika berpuasa dan
sewaktu berbuka puasa tetapi juga pada malam hari raya dengan memperbanyakkan
berdoa kepada Allah dan beristighfar. Pada malam hari raya juga segala amalan
kebaikan akan beroleh pahala yang besar kepada mereka yang melaksanakannya
kerana mencari keredhaan Allah SWT.
Berdasarkan maksud hadith berikut:
“Dari Abu Umamah
Al Bahili berkata, Rasulullah saw. telah bersabda, “Pada lima malam yang tidak
akan ditolak (diijabah) padanya doa, yaitu : Awal malam pada bulan Rajab, malam
pertengahan bulan Sya’ban, malam Jum’at, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam kitabnya
Tarikh Madina Dimasyq, (Dhoif)
Juga berdalilkan keumuman Firman Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dalam berfirman-Nya,
وَإِذَا
سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ
فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
“Dan apabila bamba-bamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah
mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”.
Al-Baqarah :186).
4-
Menunaikan Zakat Fitrah
Dalil wajibnya diterangkan dalam hadith yang berikut:
عَنْ
ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ
الْمُسْلِمِينَ.
“Dari (Abdullah)
Ibn Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat
fitrah, satu gantang dari buah tamar
(kurma) atau satu gantang dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang
hamba abdi atau merdeka, lelaki atau
perempuan, kanak-kanak atau orang dewasa
dari kalangan umat Islam .." HR Bukhari dan Muslim
Zakat fitrah disyariatkan dalam bulan Sya'ban, tahun
hijriyah yang kedua dan tujuan atau hikmatnya diterangkan dalam hadith yang
berikut:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ
مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ
الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ.
“Dari Ibn Abbas
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat
fitrah, untuk membersihkan orang yang
mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga
untuk menjadi makanan orang-orang miskin,
oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka
menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah
sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah
sunat yang lain”. HR Abu Daud (sanad Jayyid)
Di antara amalan khusus menjelang hari raya Aidulfitri
yang utama adalah menunaikan zakat fitrah dan masa Untuk Mengeluarkan Zakat
Fitrah adalah seperti berikut:
Menurut pegangan alim ulama' dalam mazhab Syafi'i masa
bagi mengeluarkan fitrah, terbahagi kepada lima:
Pertama masa harus,
kedua masa wajib, ketiga masa
fadhilat, keempat masa makruh dan kelima masa haram.
"Ada pun masa harus ialah - zakat fitrah itu -
dikeluarkan pada awal bulan Ramadhan.
Masa wajib bila telah masuk matahari pada akhir bulan Ramadhan. Masa Fadhilat sebelum keluar untuk
mengerjakan sembahyang hari raya. Masa
makruh jika dita'khirkan selepas sembahyang hari raya dengan tiada uzur - dan
masa haram: Jika dita'khirkan hingga
selepas hari raya dengan tiada uzur.
Dalam aspek ibadat, zakat fitrah berfungsi menyucikan
diri orang berpuasa daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
seperti kata-kata tidak berfaedah yang kadang-kadang sukar untuk dikawal. Manakala aspek sosial pula, zakat fitrah
bertindak membantu golongan fakir miskin dengan memberikan bantuan makanan atau
dalam bentuk wang kepada mereka terutama untuk persiapan menyambut Aidilfitri
supaya mereka turut bergembira bersama-sama orang lain yang lebih berkemampuan.
5-
Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Riwayat dari ‘Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu,
سَأَلَ
رَجُلٌ عَلِيًّا رَضِيَ اللهُ عَنْهَ عَنِ الغُسْلِ قَالَ اِغْتَسِلْ كُلًّ يَوْمٍ
إِنْ شِئْتَ فَقَالَ لاَ الغُسْل الَّذِي هُوَ الغُسْلُ قَالَ يَوْمَ الجُُُمُعَةِ
وَيَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ الفِطْرِ
Seseorang pernah bertanya pada ‘Ali radhiyallahu ‘anhu
mengenai mandi. ‘Ali menjawab, “Mandilah setiap hari jika kamu mau.” Orang tadi
berkata, “Bukan. Maksudku, manakah mandi yang dianjurkan?” ‘Ali menjawab,
“Mandi pada hari Jum’at, hari ‘Arofah, hari Idul Adha dan Idul Fithri.” HR. Al
Baihaqi .Sahih
Riwayat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma,
عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ
يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Dari Nafi’, (ia berkata bahwa) ‘Abdullah bin ‘Umar
biasa mandi di hari Idul Fithri sebelum ia berangkat pagi-pagi ke tanah lapang.
HR Malik dalam Muwatho’ 426. An Nawawi menyatakan bahwa atsar ini sahih [Al-Majmu']
)
عَنِ ابْنِ السَّبَّاقِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: يَا
مَعْشَرَ اْلمُسْلِمِيْنَ، اِنَّ هذَا (يَوْمَ اْلجُمُعَةِ) يَوْمٌ جَعَلَهُ اللهُ
عِيْدًا فَاغْسِلُوْا
Dari Ibnus Sabbaaq, bahwasanya Rasulullah SAW
bersabda, "Hai kaum Muslimin, hari (Jumaat) ini adalah satu hari yang
Allah jadikan hari raya. Kerana itu hendaklah kamu mandi". HR Malik, dalam
Al-Muwaththa’
Keterangan :
Menurut hadits tersebut, hari Jumaat dipandang sebagai
hari raya dan kita disuruh mandi padanya. Dengan demikian dapat difahami,
bahawa mandi pada hari raya adalah lebih utama.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata :
"Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum
keluar solat hari raya".
Waktu Mandi:
Menurut Syafi'e pada kedua-dua hari raya bermula
daripada pertengahan malam hari raya.Menurut Maliki pada seperenam terakhir
malam dan dianjurkan mandi setelah melakukan solat subuh. Menurut Hanafi dan
Hanbali setelah solat subuh sebelum berangkat ketempat solat
6-
Mengerjakan solat Idul Fithri
أَمَرَنَا – تَعْنِى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- – أَنْ
نُخْرِجَ فِى الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ
أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ.
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan
kepada kami pada saat solat ‘ied (Idul Fithri ataupun Idul Adha) agar
mengeluarkan para gadis (yang baru meningkat dewasa/baligh) dan wanita perawan,
begitu pula wanita yang sedang haid. Namun beliau memerintahkan pada wanita
yang sedang haid untuk menjauhi tempat shalat. HR Muslim dari Ummu ‘Athiyah.
Solat Idul Fitri adalah solat yang dikerjakan di pagi
Hari Raya Idul Fitri (1 Syawal).
Waktu perlaksanaanya; Menurut Jumhur ulama Hanafiyah, Malikiyah dan Hambali-, waktu solat
‘ied dimulai dari matahari setinggi tombak sampai waktu zawal (matahari
gelincir ke barat).
Adapun hukum mengerjakan sholat 'eid ini adalah sunah
muakadah bagi muslim dan muslimah, baik yang mukim maupun musafir dan
dianjurkan dikerjakan secara berjamaah.
dan menurut sebahagian ulama hukumnya adalah adalah
wajib bagi setiap muslim, baik laki-laki maupun perempuan yang dalam keadaan
mukim. Dalil dari hal ini adalah hadits dari Ummu ‘Athiyah diatas.
7-
Bersedakah
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمنِ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيّ ص يَوْمَ فِطْرٍ اَوْ اَضْحًى فَصَلَّى الْعِيْدَ ثُمَّ خَطَبَ،
ثُمَّ اَتَى النّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَ ذَكَّرَهُنَّ وَ اَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ
Dari 'Abdur Rahman, ia berkata : Aku mendengar Ibnu
'Abbas berkata, "Aku pernah keluar bersama Nabi SAW pada hari raya 'Idul
Fithri atau 'Idul Adha, lalu beliau solat 'Id, kemudian berkhutbah. Kemudian
beliau datang ke tempat para wanita, memberikan nasehat kepada mereka,
mengingatkan mereka, dan menganjurkan kepada mereka untuk bersedekah". HR.
Bukhari
عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ اَخْبَرَنِي عَطَاءٌ عَنْ جَابِرِ
بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ: قَامَ النَّبِيُّ ص يَوْمَ الْفِطْرِ
فَصَلَّى فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ ثُمَّ خَطَبَ. فَلَمَّا فَرَغَ نَزَلَ فَأَتَى النّسَاءَ
فَذَكَّرَهُنَّ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى بِلَالٍ وَبِلَالٌ بَاسِطٌ ثَوْبَهُ يُلْقِي
فِيْهِ النّسَاءُ الصَّدَقَةَ. قُلْتُ لِعَطَاءٍ: زَكَاةَ يَوْمِ الْفِطْرِ؟ قَالَ:
لَا وَل?كِنْ صَدَقَةً يَتَصَدَّقْنَ حِينَئِذٍ تُلْقِي فَتَخَهَا وَيُلْقِيْنَ. قُلْتُ
اَتُرَى حَقًّا عَلَى الْاِمَامِ ذ?لِكَ وَ يُذَكّرُهُنَّ؟ قَالَ: اِنَّهُ لَحَقٌّ
عَلَيْهِمْ، وَمَا لَهُمْ لَا يَفْعَلُوْنَهُ
"Dari ibnu Juraij, ia berkata : 'Atho' mengkhabarkan
kepadaku dari Jabir bin 'Abdullah, ia mengatakan bahwa Jabir berkata : Nabi SAW
melaksanakan shalat hari raya 'Idul Fitri, yang mula-mula beliau lakukan adalah
solat, kemudian berkhutbah. Setelah selesai khutbah, beliau turun lalu datang
ke tempat para wanita,, beliau memberikan nasehat, mengingatkan mereka dengan
berpegang pada Bilal, sedangkan Bilal membentangkan kainnya, dan para wanita
lalu memberikan sedekahnya. (Ibnu Juraij berkata). Aku bertanya kepada 'Atho',
"Apakah yang mereka berikan itu zakat fitrah?". Ia menjawab,
"Bukan, tetapi sedekah yang para wanita bersedekah pada waktu itu. Ada
wanita yang memberikan gelangnya, dan mereka para wanita memberikan
sedekahnya". (Ibnu Juraij berkata) : Aku bertanya (kepada 'Atho'),
"Apakah kewajiban imam melakukan demikian itu, memberi nasehat kepada para
wanita?". ('Atho' menjawab), "Ya, itu adalah kewajiban mereka, tetapi
entah mengapa mereka sekarang tidak melakukannya". HR Bukhari
عَنْ سَعِيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ
النَّبِيَّ ص صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا
ثُمَّ اَتَى النّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَاَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِيْنَ
تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا
Dari Sa'id bin Jubair, dari Ibnu 'Abbas bahwasanya
dahulu Nabi SAW melaksanakan solat hari raya 'Idul Fithri 2 rekaat, beliau
tidak solat apapun sebelumnya mahupun sesudahnya. Kemudian beliau datang
bersama Bilal ke tempat para wanita, lalu beliau menganjurkan mereka untuk
bersedekah, lalu para wanita bersedekah, ada yang memberikan anting-antingnya,
dan ada pula yang memberikan kalungnya. HR Bukhari
8-
Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim dan
menghubungkan silaturrahim.
Menghubungkan silaturrahim ini termasuk salah satu
bentuk ibadah yang diberi kelebihan dan nilai pahala yang besarnya di sisi
Allah SWT, oleh kerana telah menjadi budaya kita saling ziarah menziarahi
sesama kita dihari raya Adilfitri ini maka, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk
menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli
keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita
dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan.Hulurkan tangan memohon
maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang
Muslim yang mulia.Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib,sepertimana
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 1:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ
مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ
الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Dan bertaqwalah
kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta
peliharalahhubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawasi ) kamu”.
Nabi pernah bersabda :
مَن
سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه
“Barangsiapa yang
suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang)
umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” HR
Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment