Saturday 17 June 2017

Sudut Feqah: Bertakbir Pada Hari Raya

Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah(Muhammad al-Sayyid Sabiq)
2-Al-Umm(Imam al-Syafie)
3-Fiqh Manhaji
4-Fathul Bari( Ibnu Hajar Atsqolani )

Membaca takbir pada hari Raya adalah disunatkan.Berkaitan takbir ketika Aidilfitri Allah Ta'ala befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanmu , semoga kamu jadi umat yamg bersyukur.Al-Baqarah 185
Bertakbir Aidiladha, Allah Ta'ala berfirman:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ

Dan berzikirlah kepada Allah Ta'ala pada hari-hari tertentu. al-Baqarah 203
 Allah Ta'ala berfirman:

كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
Demikianlah Ia mengerahkannya untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikanNya kepadamu. al-Hajj 37
        Jumhur ulama berpendapat bahawa takbir pada hari Raya Aidilfitri bermula pada waktu pergi solat Hari raya hingga di mulakan khutbah. Dalam masaalah ini terdapat beberapa hadis,namun kesemuanya dhaif. Bagaimanapun ada riwayat hadis yang sahih dari Ibnu Umar dan sahabat-sahabat lainnya. Al-Hakim berkata: "Ini merupakan Sunnah yang mashyur dikalangan ahli hadis." Ia juga merupakan pendapat Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur.
Sebahagian Ulama berpendapat bahawa takbir bermula sejak terlihatnya bulan pada malam Hari Raya Aidilfitri hingga pagi hari ketika hendak pergi menuju tempat solat atau imam berangkat untuk mengerjakan solat.Waktu bertakbir pada hari raya Aidiladha bermula pada subuh hari Arafah hingga akhir petang hari tasyriq, iaitu tarikh 11,12,13 Zulhijjah. Al-Hafiz dalam Fath Bari berkata: "Tidak ada keterangan hadis dari Nabi SAW. dalam masaalah ini. Riwayat yang paling sahih dari para sahabat Nabi SAW. ialah keterangan dari Ali dan Ibnu Mas'ud, yang bermaksud bahawa:
"Ia (takbir pada Aidiladha) bermula sejak subuh hari Arafah hingga A'sar hari terakhir di Mina."
HR: Ibnu al-Munzir dan selainnya, rujuk Irwa' al-Ghalil.
      Inilah pendapat yang dianut oleh al-Syafie,Ahmad,Abu Yusuf Muhmmad.Ini juga mazhab Umar dan Ibnu Abbas.
      Disunatkan bertakbir pada hari-hari Tasyriq tanpa dibatasi dengan waktu-waktu tertentu,tetapi ia boleh dilakukan pada setiap waktu sepanjang hari-hari tersebut. Al-Bukhari berkata: "Umar ra. bertakbir didalam khemahnya ketika berada di Mina, lalu didengar oleh orang-orang yang berada di masjid dan mereka pun mengikuti takbirnya, bahkan orang-orang yang berada dipasar pun ikut sama bertakbir dengannya.Hingga gema takbir bergemuruh disetiap pelusuk Mina.Pada hari-hari Tasyriq Ibnu Umar bertakbir di Mina, sama ada setelah solat, di atas pembaringan,dalam keadaan duduk, ketika berjalan, di dalam Khemah atau ditempat manapun beliau berada .Maimunah bertakbir pada Hari Raya Qurban, kaum perempuan selainnya ramai yang bertakbir di Masjid bersama kaum lelaki yang dipimpin oleh Abban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.  
       Al-Hafidz berkata: "Apa-apa yang dikerjakan oleh para sahabat dan tabi'in tersebut menyatakan adanya bacaan takbir sepanjang hari-hari tasyriq, samaada setelah solat ataupun di tempat-tempat yang lain.Bagaimanapun ulama berselisih pendapat berkaitan waktu membaca takbir.Sebahagian ulama membolehkannya setiap kali selesai mengerjakan solat dan ada pula yang mengatakan bahawa ia dikerjakan setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu dan bukannya setelah solat sunat.Ada pula mengkhususkan untuk kaum lelaki sahaja,sedangkan kaum perempua tidak dibolehkan bertakbir.Ada pula yang menegaskan bahawa takbir hanya dilakukan ketika mengerjakan solat berjemaah dan tidak disunatkan dalam keadaan bersendirian.Selain itu ada yang mengatakan hanya untuk solat-solat yang dikerjakan pada waktunya sahaja,sedangkan solat Qada tidak dibolehkan membaca takbir. Ada lagi yang membatasi hanya untuk orang-orang yang bermukim,manakala orang yang bermusafir pula tidak dibolehkan bertakbir.Ada pula yang mengkhususkan kepada penduduk kota, sedangkan penduduk kampong tidak dibenarkan membacanya.
         Pendapat yang menjadi pilihan al-Bukhari ialah bertakbir dilakukan pada setiap waktu  dan keadaan tanpa wujud perbezaan antara satu waktu dengan yang lain. Sebab, pelbagai athar yang merangkumi perbuatan dan perkataan para sahabat dan tabi'in menyokong kenyataan yang dibuat oleh al-Bukhari.
Terdapat pelbagai bentuk lafaz takbir, tetapi menurut keterangan yang paling sahih adalah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdur Razaq dari Salman dengan sanad yang sahih, katanya:

كبرُوا:اللّهُ أكبر اللّهُ أكبراللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Ertinya:"Bertakbirlah dengan membaca lafaz: كبرُوا:اللّهُ أكبر اللّهُ أكبراللّهُ أكبرُ كَبيِرَا   Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Sungguh Maha Besar.    Fathul Bari:Jil  2,hlm 536
Dari Umar dan Ibnu Mas'ud bahawa lafaznya adalah seperti berikut:
اللّهُ أكبر اللّهُ أكبرلا إلَهَ الا اللّه واللّهُ أكبر اللّهُ أكبرو لِلّه الحمدَ
Ertinya:  Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Maha Besar,Allah Maha Besar dan Bagi Allahlah segala puji-pujian.

No comments:

Post a Comment