Keluar air setelah mandi
Soalan:
Seseorang
yang telah mandi janabah dan dia dapati ada air keluar, adakah mandinya itu
perlu diulang?
Jawapan:
Setiap
lelaki dan wanita diperintahkan untuk mandi setelah bersetubuh. Apabila mandi
itu sudah dilakukan, maka tiada lagi tanggungan lain ke atas mereka. Jika air
masih keluar setelah selesai mandi, maka tidak dimestikan mandi semula kerana
tiada keterangan yang memerintahkan demikian. Akan tetapi jelas , kedua mereka
mesti berwuduk kerana telah keluar sesuatu dari qubul atau dubur. Ini bermakna
mereka dalam keadaan berhadas kecil. Kesimpulannya, lelaki atau wanita yang
mendapati ada sesuatu keluar dari qubul atau dubur, maka tidak diwajibkan mandi
semula, cukup dengan berwuduk sahaja.
Berkenaan
dengan hal ini ada terdapat satu riwayat;
إِذَا
اغْتَسَلَ أَحَدُكُمْ ثُمَّ ظَهَرَ مِنْ ذَكَرِهِ شَيْءٌ فَلْيَتَوَضّأْ
Maksudnya:
“Dari Hakam bin Amr ia berkata: Rasulullah
saw bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu telah mandi janabah, kemudian
didapati ada sesuatu keluar dari kemaluannya, maka hendaklah dia berwudhu”.
HR Thabrani (Dhoif)
Status
hadith ini tidak sahih riwayatnya akan tetapi maknanya sesuai dan tiada
keteranga pula dalam larangannya.
No comments:
Post a Comment