Memelihara Janggut
Mengenai janggut terdapat riwayat yang berbunyi:
جُزُّوا
الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا اللِّحَى وَ خَالَفُوا
الْمَجُوسَ
Maksudnya:
“Potonglah misai dan biarkanlah
(peliharalah) janggut. Hendaklah kamu kelihatan berbeza dari kaium Majusi”.HR
Ahmad dan Muslim
Sabda
Rasulullah saw :
خَالِفُوا
الْمُشْرِكِينَ ، وَفِّرُوا اللِّحَى ، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
Maksudnya:
“Hendaklah kamu tidak menyamai kaum
musyrikin, peliharalah jamggut dan potonglah misai. HR Ahmad dan Muslim
Di
dalam hadith ini Rasulullah saw. memerintahkan kita untuk tidak menyamai kaum majusi
dan musyrikin dalam perkara berkaitan janggut, dengan kita memelihara janggut
dan memotong misai. Ini kerana mereka tidak memelihara janggut tetapi menyimpan
misai. Tuntutan di dalam hal ini adalah perbezaan.
Di
zaman Nabi saw kaum majusi dan musyrikin memakai pakaian yang sama dengan kaum Muslimin.
Untuk
membezakan antara dua kaum tersebut adalah dengan memelihara janggut agar
elemen perbezaan itu dapat dikenal pasti.
Disamping
hadith-hadith yang menggunakan kata perintah, memelihara janggut adalah
merupakan Sunnah fitrah, sebagaimana hadith berikut:
عَشْرٌ
مِنَ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَاسْتِنْشَاقُ
الْمَاءِ وَقَصُّ الأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ
وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ
Maksudnya:
“Ada
sepuluh macam fitrah, yaitu memendekan misai, memelihara janggut, bersiwak,
istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung), memotong kuku, membasuh persendian,
mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinja’ (membasuh) dengan air.”
HR. Muslim
Jika seseorang mencukur janggut, bererti dia telah
keluar dari fitrah yang telah Allah fitrahkan bagi manusia. Allah Ta’ala
berfirman,
فَأَقِمْ
وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا
تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ
لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya:
Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah
Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan
pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui, al-Rum:30
No comments:
Post a Comment