Nusyuz(derhaka)
Di dalam
agama perkataan nusyuz digunakan untuk lelaki dan wanita, iaitu jika seorang
lelaki berlaku kasar atau marah yang melampau kepada isterinya, sehingga tidak
mahu tidur bersama, dinamakan lelaki itu nusyuz kepada isterinya.
Dan jika
seorang wanita tidak taat kepada suaminya, keluar daripada rumah dengan tidak
meminta izin daripada suaminya, dan tidak mahu dibawa pindah dan sebagainya,
ini dinamakan wanita itu nusyuz kepada
suaminya.
Firman
Allah swt:
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ
ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ
كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
"Dan jika seorang wanita khawatir
akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi
keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih
baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu
bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan
sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan". An-Nisa' Ayat 128
Didalam
kitab-kitab fiqh, kebanyakan urusan nusyuz, digunakan terhadap wanita kepada
suaminya.
Firman Allah swt:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ
بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ
قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ
فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ
فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
"Kaum
laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),
dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara
diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka).
Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika
mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar". an-Nisa:34
Ayat ini mengandungi tiga perkara
yang boleh kita lakukan kepada isteri kita supaya isteri yidak berlaku derhaka (nusyuz):
1- Memberi nasihat kepada isteri.
2- Jika ia berdegil tinggalkan tempat
tidur.
3- Dan jika masih berdegil, pukul
isteri (dengan pukulan yang ringan bagi tujuan mengajarnya.
Tiga cara ini, tidak dilakukan dalam
satu kali, kita mestilah bijak menguruskannya, agar ianya berhasil, langkah
pertama memberi nasihat, sesudah nasihat dan masih juga tidak berhasil, maka
asingkan tempat tidur, supaya isteri kita mengetahui yang kita marah dengan
mereka. Jika tidak berhasil, barulah untuk memukul isteri dengan pukulan yang
dibenarkan itu. Rasulullah saw. bersabda:
لاَ تَجْهَروا النِّسَاءَ إِلاَّ فِيْ الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّجً
“Janganlah
kamu meninggalkan wanita (isterimu), melainkan di tempat tidurnya dan pukullah
mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan”. HR Ibnu Jarir
No comments:
Post a Comment