Adab-adab
pada hari raya ialah:
v Mandi,
memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana yang dilakukan
oleh Nabi saw dan para sahabatnya iaitu Ibnu Umar dan Ali bin Abi Thalib dan
lain-lain. Said bin Al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga:”Berjalan
ketempat solat, makan sebelum keluar dan mandi”.
وَعَنْ عَلِيٍّ
رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ: مِنَ اَلسُّنَّةِ أَنْ يَخْرُجَ إِلَى اَلْعِيدِ مَاشِيًا
Daripada
‘Ali RA, katanya: “Adalah daripada sunnah keluar pada hariraya dengan berjalan
kaki” HR Tirmizi
عَنِ ابْنِ
السَّبَّاقِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: يَا مَعْشَرَ اْلمُسْلِمِيْنَ، اِنَّ هذَا
(يَوْمَ اْلجُمُعَةِ) يَوْمٌ جَعَلَهُ اللهُ عِيْدًا فَاغْسِلُوْا
Dari
Ibnus Sabbaaq, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Hai kaum Muslimin,
hari (Jumaat) ini adalah satu hari yang Allah jadikan hari raya. Kerana itu
hendaklah kamu mandi". HR Malik, dalam Al-Muwaththa’
Keterangan
:
Menurut
hadits tersebut, hari Jumaat dipandang sebagai hari raya dan kita disuruh mandi
padanya. Dengan demikian dapat difahami, bahawa mandi pada hari raya adalah
lebih utama.
v Sunat
bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang
akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan
oleh Rasulullah saw.
Catitan:
Mengikut riwayat yang sahih Nabi SAW tidak
pernah mengerjakan solat sunat hariraya di masjid kecuali apabila berlaku hujan
lebat dan sebagainya. Ia berdasarkan hadith Abu Hurairah RA, katanya:
أَنَّهُمْ أَصَابَهُمْ مَطَرٌ فِي يَوْمِ عِيدٍ، فَصَلَّى
بِهِمْ اَلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ اَلْعِيدِ فِي اَلْمَسْجِدِ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka ditimpa hujan
pada hariraya, lalu Nabi SAW solat hariraya bersama mereka di masjid”
(Riwayat Abu Daud)
Sementara mazhab al-Syafi`i berpendapat bahawa
dianjurkan solat hariraya di musalla sekiranya sesebuah masjid tidak mampu
menampung kapasiti jemaah yang ramai. Jika masjid mampu menampung kapasiti
jemaah yang ramai, maka solat dimasjid adalah lebih afdal. Dalam hal ini,
pendapat jumhur ulama ` adalah lebih tepat berdasarkan hadith yang sahih dan
juga amalan para sahabat.Pendapat jumhur ulama` yang terdiri dari tiga mazhab,
iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengerjakan solat hariraya di musalla(tempat
solat) adalah lebih afdal berdasarkan amalan Nabi SAW dan para sahabat kecuali
di Masjidil Haram.
v Sunat
makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha
pula tidak sunat makan dan minum sehingga bersolat.
وَعَنْ أَنَسٍ
رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَا يَغْدُو يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَات
Daripada
Anas RA, beliau berkata: “Adalah Rasulullah SAW tidak keluar waktu pagi pada
hari `idil fitr sehingga Baginda makan buah tamar dalam bilangan yang ganjil”
HR Bukhari
v Sunat
pergi ke masjid dengan melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadith,
daripada Jabir ra, katanya:
وَعَنْ جَابِرٍ
رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ اَلطَّرِيقَ
Maksudnya:
Nabi Saw melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya”.
HR Bukhari
v Sunat
saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan
hadith Wasilah yang diriwayatkan oleh Bukhari.
عَنْ وَاثِلَةَ
بْنِ الأَسْقَعِ ، قَالَ : لَقِيتُهُ يَوْمَ عِيدٍ ، فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ
مِنَّا وَمِنْكَ . فَقَالَ : نَعَمْ فَتَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ . ثُمَّ قَالَ
وَاثِلَةُ : لَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ
، فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ ، فَقَالَ : " نَعَمْ تَقَبَّلَ
اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ "
Ertinya
: Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda
"taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu
minna wa minka"
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya
mempunyai maksud yang sama.
v Selepas
matahari terbit, makruh bagi Imam bersolat sunat sebelum solat hari raya,
manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hatith
daripada Ibnu Abbas ra.
أَنَّ اَلنَّبِيَّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى خَرَجَ
يَوْمَ الْفِطْرِفَصَلَّ رَكْعَتَيْنِ، لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا
Maksudnya:
Nabi saw keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak
dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau
selepasnya. HR Bukhari
No comments:
Post a Comment