Berlumba Dalam
Melakukan Kebajikan
Sebagaiman firman
Allah SWT :
فَاسْتَبِقُوا
الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً
Maksudnya : oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada
Allah jualah tempat kembali kamu semuanya. al-Maidah : 48
Pengertian
kebajikan (kebaikan) dalam Islam yang mencangkupi dimensi ibadah dan kepedulian
sosial atau hablum minallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minan naas
(hubungan dengan sesama manusia).
Kadang-kadang
Perkataan (الخير) kebajikan dan kebaikan di sebut dalam Quran dan hadis dengan
lafaz Khair sendiri. Kadang-kadang disebut dengan perkataan lain tetapi
mengandungi makna yang sama seperti : Al-birr, Al-Ihsan, Ar-Rahmah, As-Sadaqah,
Tafrijul Al-Qurbah, Irathatul al-malhuf dan sebagainya (semuanya memberi makna
kebaikan, kebajikan),
Sesungguhnya
amalan kebajikan (kebaikan) yang dikembang dan dikukuhkan (dari semasa ke
semasa) dikira daripada tuntutan risalah Islam dan termasuk di dalam Maqasid
(objektif) Syariah Islam yang asas. Walaupun perkara kebajikan tidak disebut
oleh ulama-ulama silam di dalam bab Objektif ( Maqasid) dan bab Kemestian
(Ad-dhoriyyat al-Ashliyyah) yang berjumlah 5 atau 6 perkara : iaitu pertama -
menjaga agama, kedua - menjaga jiwa, ketiga - menjaga keturunan, keempat - menjaga akal, kelima - menjaga harta.
Setengah ulamak menambang yang keenama ialah : menjaga maruah.
Allah Ta’ala menerangkan pengertian
kebajikan menurut pengertian yang sebenarnya:
لَيْسَ
الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ
الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ
وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ
وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ
وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي
الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ
هُمُ الْمُتَّقُونَ
Maksudnya: Bukanlah menghadapkan
wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya
kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat,
kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan
orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan
shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia
berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam
peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang
yang bertakwa.Al-Baqarah:177
Ayat
ini mencangkupi sendi-sendi yang mulia, kaidah-kaidah yang umum, dan aqidah
yang lurus. Intisari ayat di atas adalah:
1- Beriman.
Beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan
nabi-nabi.
2- Suka
menginfak, Dermawan. Memberikan harta yang dicintainya kepada kaum kerabatnya,
anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan
orang-orang yang meminta-minta; (memerdekakan) hamba sahaya.
3- Taat
beribadah. Mendirikan solat dan menunaikan zakat.
4- Menepati
Janji. Menepati janjinya apabila ia berjanji
5- Sabar.
Orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan.
Dalam
firman Allah ini jelaslah gambaran apa yang dimaksudkan sebagai kebajikan. Seorang
insan perlu mematuhi segala aturan, membuat segala bentuk kegiatannya dan
tindakannya atas dasar cintanya kepada Allah dan kasih sayangnya kepada orang
lain yang didasari oleh pengabdian kepada Allah. Perkara ini boleh dijelaskan secara
berikut:
1- Umat
Islam haruslah beriman dengan benar dan tulus.
2- Umat
Islam haruslah memperlihatkan kebenaran dan kebajikan kepada sesama umat
manusia.
3- Umat
Islam haruslah menjadi Umat yang baik dengan memelihara persatuan yang kuat dan
membina organisasi sosial yang baik.
4- Umat
Islam haruslah menjadi umat yang tabah dalam menghadapi segala kesulitan dalam
berbagai keadaan dan situasi apapun.
Kerana
itu jelaslah bahawa kebajikan itu bukan tindakan melulu sekadar ucapan-ucapan kosong.
Tetapi ianya harus ditegakkan diatas keteguhan dan amal yang terus menerus. Bila
kebajikan-kebajikan dari prinsip-prinsip Islam telah didirikan, maka ia akan
memberikan kedamaian kepada setiap umat, masyarakat mendapat keamanan,kesejahteraan
dan ketenteraman di setiap peringkat. Betapa damai hidup ini bila masyarakat berpegang
pada kebajikan dan konsep-konsep yang dikemukan oleh Islam.
Manakala
amalan kebajikan yang di sebut dalam Al-Quran dan Sunnah adalah dengan pelbagai
bentuk antaranya dalam berbentuk suruhan, galakan, larangan dari berbuat
kezaliman, amaran daripada berbuat kejahatan. Di antaranya lagi dalam bentuk
memuji kepada orang yang melaksanakan kebajikan (kebaikan) dan mengeji orang
yang tidak melakukan kebajikan (kebaikan). Begitu juga (didatangkan dalam
bentuk) memuji orang yang melakukan sendiri kebajikan ini, memuji orang yang
menyeru kepada kebajikan ataupun bekerjasama dalam kebajikan dan berlumba-lumba
dalam kebajikan.
Firman
Allah SWT :
فَاسْتَبِقُوا
الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً
Maksudnya : oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). kepada
Allah jualah tempat kembali kamu semuanya. al-Maidah : 48
Firman
Allah SWT :
وَافْعَلُوا
الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya : kerjakanlah amal-amal
kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). Surah al-Hajj :77
Firman
Allah SWT :
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ
يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ
Maksudnya :dan segeralah kamu kepada (mengerjakan
amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi
orang-orang Yang bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah Ali Imran : 133-134
Firman
Allah SWT :
فَمَنْ
يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ
Maksudnya : maka sesiapa berbuat
kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Al-Zalzalah : 7
No comments:
Post a Comment