Haram berjimak ketika haid dan nifas
وَيَسْأَلُونَكَ
عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا
تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ
أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Ertinya:
"Mereka
bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu
kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di
waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila
mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan
Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan
menyukai orang-orang yang mensucikan diri".Al-Baqarah 222
Keterangan:
Perempuan
yang sedang dalam nifas hukumnya adalah sama seperti hukum perempuan yang haid di dalam masaalah ini.
Majoriti
ulama’ mengharamkan daripada menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus
haidnya dan mandi junub.
Manakala
pendapat Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya
putus, sekalipun belum mandi junub lagi.
No comments:
Post a Comment