Monday, 5 June 2017

Nikah: Mahar di dalam Islam (Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?)

Nikah: Mahar di dalam Islam  (Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?)

Apakah maksud mahar di dalam Islam?
Mahar merupakan sesuatu yang diberikan suami kepada isteri berupa harta atau bentuk lainnya sebagai salah satu syarat dalam pernikahan. Mahar atau disebut juga dengan mas kawin diterangkan di dalam Alquran.

Firman Allah swt.:
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

“Dan berikanlah mahar (mas kawin) kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh kerelaan.” An-Nisaa’: 4

Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ جَاءَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ: ياَرَسُولَ اللهِ إِنّيِ وَهَبْتُ نَفْسِي لَكَ. فَقَامَتْ قِيَامًا طَوِيْلاً. فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ زَوِّجْنِيْهَا إِنْ لَـمْ يَكُنْ لَكَ بِهَا حَاجَة. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ : هَلْ عِنْدَكَ مِنْ شَيْءٍ تُصْدِقُهَا اِيَّاهُ؟ فَقَالَ: مَا عِنْدِيْ اِلاَّ اِزَارِيْ هذَا. فَقَالَ النَّبِيُّ اِنْ اَعْطَيْتَهَا اِزَارَكَ جَلَسْتَ لاَ اِزَارَ لَكَ فَالْتَمِسْ شَيْئًا. فَقَالَ: مَا اَجِدُ شَيْئًا. فَقَالَ: اِلْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيْدٍ. فَالْتَمَسَ فَلَمْ يَجِدْ شَيْئًا. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ : هَلْ مَعَكَ مِنَ اْلقُرْآنِ شَيْئٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. سُوْرَةُ كَذَا وَسُوْرَةُ كَذَا لِسُوَرٍ يُسَمِّيْهَا. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ : قَدْ زَوَّجْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ اْلقُرْآنِ

Dari Sahal bin Sa'ad bahwa nabi SAW didatangi seorang wanita lalu wanita itu berkata,"Ya Rasulullah, sesungguhnya ku hibahkan diriku untukmu", Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yang berkata," Ya Rasulullah kawinkan saya dengan wanita tersebut jika tuan hamba tidak ingin menikahinya". Rasulullah bersabdaa," Adakah kamu memiliki sesuatu untuk dijadikan mas kahwin?” Lelaki itu menjawab: “Saya tidak mempunyai apa-apa melainkan kain ini”. “Maka Rasulullah saw. pun bersabda: “Jika kamu beri kain kamu itu, nescaya kamu pula yang tidak berkain maka kamu carilah sesuatu (yang lain). “Lelaki itu menjawab: “Tidak ada ya Rasulullah. “Rasulullah saw. bersabda: “Carilah walaupun sebentuk cincin daripada besi. “Lalu lelaki itu pun mencari,. akan tetapi dia tidak juga memperolehi sesuatu apapun. Lalu Rasulullah saw. Bersabda kepadanya: “Adakah kamu hafal apa-apa daripada al-Quran? “Lelaki itu menjawab: “Ya. Lelaki itu menamakan surah-surah tersebut dan dari surah sekian ke surah sekian”. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Aku kahwinkan kamu dengannya dengan apa yang ada pada kamu dengan al-Quran”. HR Bukhari dan Muslim

Daripada hadith di atas, dapatlah disimpulkan bahawa jika seseorang itu sudah tidak mampu untuk menyediakan sesuatu sebagai mas kahwin walaupun sebentuk cincin besi, maka boleh dijadikan al-Quran itu sebagai mahar.

Maka perkahwinan itu adalah perkahwinan yang sah.

Diriwayatkan:

عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ أُتِيَ عَبْدُ اللَّهِ فِي امْرَأَةٍ تَزَوَّجَهَا رَجُلٌ ثُمَّ مَاتَ عَنْهَا وَلَمْ يَفْرِضْ لَهَا صَدَاقًا وَلَمْ يَكُنْ دَخَلَ بِهَا قَالَ فَاخْتَلَفُوا إِلَيْهِ فَقَالَ أَرَى لَهَا مِثْلَ صَدَاقِ نِسَائِهَا وَلَهَا الْمِيرَاثُ وَعَلَيْهَا الْعِدَّةُ فَشَهِدَ مَعْقِلُ بْنُ سِنَانٍ الْأَشْجَعِيُّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى فِي بِرْوَعَ ابْنَةِ وَاشِقٍ بِمِثْلِ مَا قَضَى

“Alqamah telah berkata: Ditanyakan kepada Abdullah tentang kisah seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki, lalu lelaki itu mati sedangkan lelaki itu belum tentukan maharnya dan belum berjimak. Maka jawabnya: Aku berpendapat bahawa perempuan itu berhak mendapat maharnya seperti perempuan-perempuan lain di dalam keluarganya dan dia juga berhak mendapat harta bahagaian warisan dan dia juga wajib ber’iddah. Hal ini pernah disaksikan oleh Ma’qal bin Sinan al-Asyjale bahawa Nabi saw pernah memfatwakan tentang Barwa’ binti Wasyiq sepertimana yang diputuskan oleh Abdullah ini. HR Abu Daud dan Tirmizi.

Jelaslah daripada hadith di atas bahawa nikah yang tidak disebut akan jumlah maharnya itu sah dan lelaki itu wajib membayar mahar tersebut menurut mahar yang berlaku dalam keluarga perempuan itu. Akan tetapi jika perempuan itu mahu maharnya kurang daripada itu, itu terserah kepadanya. Itu haknya dan dia boleh berbuat sesuka hatinya.


Oleh yang demikian, mahar nikah yang ditanya itu adalah sah dan perempuan itu ada hak untuk menuntut mahar sesuai dengan ukuran mahar di dalam keluarganya. Tetapi jika dia mahu kurang daripada itu tiada halangan, asalkan ada mahar ianya sudah cukup.

No comments:

Post a Comment