Ikhlas
Pengertian Ikhlas:
Al ‘Izz bin Abdis Salam berkata :
“Ikhlas ialah, seorang mukallaf melaksanakan ketaatan semata-mata karena Allah.
Dia tidak berharap pengagungan dan penghormatan manusia, dan tidak pula
berharap manfaat dan menolak bahaya”.
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ
أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖفَمَنْ
كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ
رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah:
"Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan
kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa".
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan
amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat
kepada Tuhannya".Al-Kahfi:110
Ikhlas
itu bahawasanya mengesakan Allah Ta’ala pada segala ketaatan dan qasad.Iaitu segala
ketaatan itu hanya semata-mata bertujuan untuk menghampirkan diri kepapa Allah
dan bukan selain daripadanya. Bukan kerana mengharapkan pujian manusia atau
harta benda atau kemuliaan dan yang lainnya daripada segala tujuan dunia.
Ikhlas
ialah, menghendaki keredhaan Allah swt dalam sesuatu amalan, membersihkannya
dari segala yang bermaksud kepentingan diri mahupun duniawi. Tidak ada sesuatu
yang menjadi latarbelakang kepada suatu amal, melainkan hanya kerana demi Allah
dan hari akhirat. Tidak ada titik noda yang mencampuri suatu amal, seperti
kecenderungan kepada dunia untuk diri sendiri, baik yang tersembunyi mahupun
yang terang-terangan, atau kerana mencari harta duniawi, atau kerana syahwat,
kedudukan, harta benda, atau agar mendapat tempat di hati orang ramai, atau
agar mendapat sanjungan tertentu, atau kerana kesombongan yang menyelubungi
diri, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji, yang intipatinya bukan
karena Allah.Tetapi karena sesuatu,maka kesemua ini merupakan noda yang
mengotori keikhlasan.
Dan
bahawasanya ikhlas itu adalah satu kelakuan hati yang dipuji.Dan segala amalan
tidak akan diterima melainkan dengan berlatar belakangkan ikhlas.
Allah
swt telah berfirman dalam surah al-Bayyinah:5
وَمَآ أُمِرُوٓا۟
إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
“Padahal mereka tidak diperintahkan kmelainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah/ketaatan kepada-Nya dalam
(menjalankan) agama yang lurus”.
Landasan
niat yang ikhlas adalah memurnikan niat karena Allah semata-mata. Setiap
bahagian dari perkara duniawi yang sudah mencemari amal kebaikan, sedikit atau
banyak, dan apabila hati kita bergantung kepadanya, maka kemurniaan amal itu
ternoda dan hilang keikhlasannya. Karena itu, orang yang jiwanya dikalahkan
oleh perkara duniawi, mencari kedudukan dan populariti, maka tindakan dan
perilakunya mengacu pada sifat tersebut, sehingga ibadah yang ia lakukan tidak
akan murni, seperti solat, puasa, menuntut ilmu, berdakwah dan lainnya.
Seperti
sabda Rasulullah saw:
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ
أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ
اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا
لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ
إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ
يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. HR Asy-Syaikhan
Ikhlas itu ada tiga pangkat seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab شرح القشرية:
1- Pangkat
pertama: Mengerjakan amal ibadah kerana semata-mata menjunjung perintah Allah
Ta’ala. Maka ini ikhlas yang paling tinggi.
2- Pangkat
kedua: Ikhlas pertengahan iaitu mengerjakan ibadah kerana menuntut pahala dan
lari dari siksa.
3- Pangkat ketiga:
Ikhlas yang lebih rendah, iaitu bahawa mengerjakan amal ibadah supaya mendapat
kemulain dari Allah di dunia dan akhirat atau mendapat keselamatan dari kebinasaan dunia. Seperti membaca قُلْ أَعُوذُ
بِرَبِّ النَّاسِ . supaya dipeliharakan dia daripada was-was syaitan.
4- Dan
selain dari tiga pangkat ini, bermakna tidak ada lagi ikhlas bahkan ia riya’.
Dan berkata
Imam Ghazali di dalam kitab al-Arba’in: Bahawa ikhlas itu tertegak dari tiga
rukun iaitu hakikat, asal dan kesempurnaan.
1- Asal: Iaitu
Niat- (menghendaki wajhullah Ta’ala) sebagai wasilahyang menyampaikan Ikhlas
(sebagai objektif).
2- Hakikat:
Menafikan campuran daripada niat (iaitu jernih/bulat niat tanpa ada sesuatu
yang lain).
3- Kesemprnaan:
Iaitu benar.
Benar
itu ada enam pangkat,barangsiapa yang sampai kepada kesemua pangkat itu dengan
sempurna nescaya patut dinamakan dengan shiddiq,ertinya yang banyak benar:
1- Benar
pada perkataan dan segala kelakuan.
2- Benar
pada niat, iaitu bersih suci padanya yang menyeru kepada kebaikan sahaja,
ertinya tiada bercampur sedikitpun dengan penyeruan kepada kejahatan. Maka jika
bercampur dengan kejahatan sudah luput(hilanglah) oleh benar pada niat. Pada yang kedua inilah yang dinamakan wasilah
kepada ikhlas.
3- Benar
pada cita-cita, seperti seseorang bercita-cita untuk bersedekah harta, kadang
-kadang cita-cita itu dhaif lagi taraddud(ragu-ragu) dan kadang-kadang
cita-cita yang putus(pasti) lagi kuat. Maka cita-cita yang putus itu dinamakan
dengan cita-cita yang benar lagi kuat (tanpa ada kegoncangan).
4- Benar
pada menyempurnakan(melaksanakan) cita-citanya itu dengan ertikata bahawa tiada
menyalahi ia akan cita-citanya yang benar lagi kuat. Seperti firman Allah Ta’ala
dalam surah al-Ahzab:23,
رِجَالٌ
صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ
“....(beberapa
lelaki) orang-orang yang menepati(benar) terhadap apa yang telah mereka
janjikan kepada Allah..”
5- Benar
pada segala pekerjaan, iaitu bersamaan luar dan dalamnya; Maka tidak benar pada
segala pekerjaan adalah seperti ada di dalam hatinya kehendak untuk menzahirkan
kekusyukan hatinya dengan anggota-anggota
zahirnya. Padahal hakikatnya hatinya tidak khuysuk, terkadang ianya adalah
membawa natijah riya’
6- Benar
pada segala yang batin seperti khauf(takut) dan sabar dan tawakkal iaitu bahawa
ia mengetahui(dengan mempelajari) apa yang dimaksudkan dengan khauf(takut) dan
raja’(harap) dan sabar dan syukur dan tawakkal dan lainnya. Serta merasai
kesemuanya itu di dalam hatinya, dengan erti kata lain bahawa kesemua sifat itu
telah sebati dalam dirinya dan menjadi tabiat yang mempengaruhi perbuatannya.
No comments:
Post a Comment