Wednesday, 7 June 2017

Mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan

Mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan 

بسم الله الرحمن الرحيم .إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ . تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ.

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul Qadar(malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Al-Qadr

Antara teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw kepada umatnya ialah dengan menjadikan sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan sebagai kemuncak ibadah berbanding malam-malam yang lain. Nabi saw akan menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir secara keseluruhannya dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah swt. Saidatina ‘Aisyah ra berkata:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulallah saw apabila tibanya sepuluh Ramadhan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” HR.Muslim

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala (dari Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” HR.Bukhari

خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِفَتَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ

Maksudnya:“Aku keluar bagi memberitahu tarikh Lailatul Qadar, maka dua orang telah berkelahi lalu diangkat wahyunya. HR. Bukhari

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya:“Carilah lailatul Qadr pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.HR. Bukhari

Acara Ibadah Agar Mendapat Lailatul Qadar

1-Berbuka puasa:
لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ وَأَخَّرُوا الْسَّحُور

Maksudnya: “Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka meng-awalkan berbuka dan melewatkan sahur”. HR. Ahmad

Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,                                     

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّىَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Maksudnya:Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada rothb, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud dan Ahmad hasan shahih)

2-Solat Maghrib berjamaah.


مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ  غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
HR Muslim

3-Solat Isyak berjamaah. Sabda Nabi S.A.W.

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ اَلْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ فِيْ جَمَاعَةٍ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Maksudnya:”Sesiapa yang solat Maghrib dan Isyak pada Lailatul Qadar secara berjamaah, maka dia telah mengambil bahagiannya daripada Lailatul Qadar”. Tafsir Al-Qurtubi

4-Solat Tarawih (M )تَرْوِيْحَة   (J)   تَرَاوِيْح

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) maka diampunkan baginya dosanya yang lalu. HR. Bukhari

5-Membaca al-Quran

الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ . لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” Fathir: 29-30

6-Qiyamullail

Perkataan qiyamullail bermaksud menghidupkan malam. Menghidupkan malam adalah di antaranya dengan Solat, membaca Al Quran dan Zikir. Solat malam terbahagi kepada dua kategori; solat sebelum tidur dan solat selepas tidur.

Solat sebelum tidur adalah qiyamullail, dan Solat selepas tidur juga adalah qiyamullail. Bezanya ialah solat selepas tidur termasuk kategori tahajjud. Kadang-kadang orang salah faham, ramai orang menyangka solat malam atau qiyamullail ini hanyalah solat yang dilakukan selepas tidur sahaja.
Sebenarnya yang dilakukan sebelum tidur juga dikategorikan sebagai solat malam tetapi kualitinya tidak sama seperti solat atau ibadah yang dilakukan setelah bangun daripada tidur.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “ (Al-Israa, 17: 79)

Dari Aisyah raha:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam solat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula pada selainnya melebihi 11 rakaat.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

7-Bersahur di akhir malam.

عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya:”Diriwayatkan oleh Anas ra. Daripada nabi SAW. Baginda bersabda: Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat pada sahur keberkatan”.HR. Bukhari dan Muslim

8-Solat subuh berjamaah

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Maksudnya:”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Fajar/Subuh. Sesungguhnya solat Fajar/Subuh tu disaksikan (oleh malaikat).” . Al-Isra’: 78

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Maksudnya:”Barangsiapa yang solat isya` berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat Fajar/subuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” HR. Muslim

9-Menghindari perkara “lagha” atau sia-sia

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya:”Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang berusaha menjauhkan diri dari melakukan perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang sia-sia” Al-Mukminun : 1-3

10-I’tikaf

كَانَ رَسُول الّله يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

Dari Abdullah bin Umar, katanya adalah Nabi SAW beritikaf pada sepuluh terakhir bulan ramadhan. HR. Bukhari

No comments:

Post a Comment