Friday, 2 June 2017

Kahwin semasa Idah

Kahwin semasa Idah

Soalan: Bolehkah seseorang wanita di dalam idah berkahwin dengan seseorang, dengan perjanjian perkahwinan selepas idah? Atau bolehkah berwakilkan qadi buat perkahwinan itu selepas idah?

Jawapan: Firman Allah swt.

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا ۚ وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ ۚ  وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا  فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”. Al-Baqarah:235

Ayat ini mengandungi beberapa fasa:

1.      Wanita yang di dalam idah itu, boleh kita berkias bahawa kita ingin meminangnya setelah habis idahnya.
Meminang secara terang-terangan semasa wanita itu dalam idah, tidak dibenarkan oleh agama.
2.      Boleh kita menaruh perasaan di dalam hati ingin berkahwin dengan wanita yang masih di dalam idah itu selepas habis idahnya.
3.      Tidak boleh melakukan perjanjian dalam rahsia, akan berkahwin dengan wanita dalam idah itu kecuali hanya kiasan sahaja.
4.      Tidak boleh menentukan perkahwinan dengan wanita yang masih di dalam idah.

Jika menentukan perkahwinan di dalam waktu idah sudah terlarang, maka melakukan perjanjian akan berkahwin sesudah habis idah juga tidak boleh.


Jika si wanita mewakilkan kepada qadi untuk melakukan perkahwinan dia selepas habis idah itu, dibolehkan, selagi dalam waktu idah itu, tidak ada ketetapan atau ketentuan waktu keduanya akan berkahwin. 

No comments:

Post a Comment