Tanda-tanda
Munafik-Mencaci maki
Perbuatan
mencaci maki atau menyakiti seseorang Muslim adalah dilarang dalam Islam kerana
boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang. Sikap demikian adalah termasuk
amalan munafik dan merupakan suatu pembohongan yang besar dan nyata.
Firman
Allah swt:
وَالَّذِينَ
يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا
بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
"Dan
orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan
yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa
yang nyata".Al-Ahzab:58
Islam
adalah agama yang universal yang sentiasa mementingkan perpaduan,keharmonian
dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat,kedudukan
dan keturunan. Malah umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan
maruah orang lain agar dapat membentuk budaya hidup masyarakat penyayang dan
berakhlak mulia berlandaskan iman.
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا
خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ
ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ
الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
"Hai
orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan
kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka.
Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi
yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan
jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan
adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Al-Hujurat:11
Rasulullah
saw bersabda:
كُلُّ
اْلمـُسْلِمِ عَلىَ اْلمـُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَ مَالُهُ وَ عِرْضُهُ
“Setiap
muslim terhadap muslim yang lain adalah haram darah, harta dan kemuliaannya”.
[HR Muslim: 2564, Abu Dawud: 4882, at-Turmudzi: 1927, Ibnu Majah: 3933 dan
Ahmad: II/ 277, 311, 360. Shahih
Rasulullah
saw bersabda pada waktu khutbahnya pada hari nahar di Mina di waktu haji wada’,
إِنَّ
دِمَاءَكُمْ وَ أَمْوَالَكُمْ وَ أَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ
هَذَا فىِ بَلَدِكُمْ هَذَا فىِ شَهْرِكُمْ هَذَا أَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ
“Sesungguhnya
darah, harta dan kemuliaan kalian adalah haram sebagaimana haramnya hari ini,
di negeri ini, di bulan ini. Tidakkah aku telah menyampaikannya?”. HR
al-Bukharii: 67, 105, 1741, 3197, 4406, 4662, 5550, 7078, 7447, Muslim: 1679
dan Ibnu Majah: 3931. Sahih
Sabda
Rasulullah saw:
لَا
يَنْبَغِى لِصَدِيقٍ أَنْ يَكُونَ لَعَّانً
“Tidak
patut seseorang sahabat baik mengutuk (sahabatnya). HR Muslim
Sabda
Rasulullah saw:
لَيْسَ
اْلمـُؤْمِنُ بِالطَعَانٍ وَلَا بلَعَّانٍ وَلَا بِلْفَاحِشِ وَ لَا بِلْبَذِيِّ
“seorang
Mukmin bukanlah orang yang suka mencaci, bukan suka menghina,bukan yang suka
berbuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji”. HR Muslim
سِبَابُ
الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Mencaci
seorang muslim adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran”. HR
al-Bukharii: 48, 6044, 7076, Muslim: 64, at-Turmudziy: 1983, 2635, an-Nasaiy:
V/ 121, 122, Ibnu Majah: 69 dan Ahmad: I/ 385, 411, 433, 439, 446, 454. Sahih
سِبَابُ
الْمُسْلِمِ فَسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Mencaci
orang Islam itu termasuk fasik dan membunuhnya termasuk kafir”. HR Abu Daud
لَعْنُ
الْمُؤْمِنِ كَقَتْلِهِ
“Mengutuk
seseorang muslim itu seperti membunuhnya”. HR Jama’ah kecuali Ibnu Majah.
أَكْثَرُ خَطَايَا ابْنِ آدَمَ فىِ لِسَانِهِ
“Kebanyakan
dosa anak-anak adam itu ada pada lisannya”. HR ath-Thabrani, Hasan