Tanda-tanda Munafik: Menangguh
pembayaran hutang
Seseorang
yang berhutang adalah wajib membayarnya mengikut hukum Islam. Oleh itu, orang
yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya
atau tidak mahu membayarnya, maka perbuatan ini adalah amalan orang-orang
munafik dan dibenci Islam.
Firman
Allah swt:
وَلَا
تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ
لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan
janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu
dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada
hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu
dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui".Al-Baqarah:188
مَنْ
أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيْدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ
"Barangsiapa
mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkanya (tidak mahu membayarnya),
nescaya Allah akan merosakkannya. HR Bukhari
No comments:
Post a Comment